Selasa, 28 Jun 2011

Team Building Pelajar....

           Post yg sebelum ni versi family...ni versi kerja pulak. Kat tempat yang sama je pantai Teluk Gorek. Team Building kami ni objektifnya nak merapatkan hubungan sesama mereka, melatih diri untuk kehidupan yg lebih disiplin dan bertanggungjawab. Sambil tu mereka bole release tension. Sbb jadual kami tak pack pun. Padan muka kepada yg xjoin memontengkan diri last minit...mereka adalah dalam golongan yg sgt rugi. Tak menghargai langsung penat lelah kami ni merancang program untuk korang..tapi korang....ek eeeh...

kump yg paling best akan dapat hamper yg paling tinggi...

wow...ayam yg sedia untuk dibakar. Dari kolej lagi kami dah siapkan tau....

           Aktiviti pertama adalah LDK 1 lebih kepada ice breaking...tapi aku tak sampai lg pada masa tu. Aku sampai aktiviti dh abis dan mereka semua sedang menanti mahu menonton secara langsung terus menrus melalui skrin besar Maharaja Lawak Final. Huh terbaaiklahhhh....rugi kan yg tak join. Aku ni pn sebenarnya dibenarkan untuk dtg pagi sabtu tapi memandangkan nk tgk rancangan ni kat sini, beramai2. Sanggup kami sekeluarga meredah kegelapan malam.

Maharaja Lawak...terbaiklahhh

              Aktitiviti pagi sabtu senaman dan jungle trekking. Aku, en. hubby dan hanis ikut sekali tau jgn tak percaya...menyusuri jalan kampung dan denai sehingga menuju ke air terjun. Jauuuhnya...terasa sgt tak larat. Sampai kat air terjun student dan yg lain meneruskan perjalanan dengan merentas bukit yg curam dan terus menuju ke tepi pantai. Arghh aku angkat bendera putih...tak larat laa dengan nak bertukar2 dengan en. hubby dukung si Hanis yg beratnya dh mencecah 12kg. Kami minta pihak resort dtg jemput kami, tapi kedengaran deruan enjin kereta...ohhh en. bom dtg bwk keta. yahuuu balik laa kami menaiki keta dia. Tak sempat plak snap gambar masa aktiviti ni. Sbb fokus ni...huhu. Student sampai semula ke Resort menjelang tengah hari. jauh laa tu maksudnya sbb mengambil masa yg pjg.

Sebelum nak meredah denai dan hutan buatlah senaman ringan dulu yek. Bertudung biru Cik Fara org kuat program ini...

             Ptg kami bersukaneka, berkayak, main bola tampar, mandi pantai......LDK? Sukar untuk kami nk jalankan LDK bila student tak ramai. Jd petang tu bersuka ria, mlm berbarbeque...student bakar kami mkn....ermmm takdenyee...diaorang bakar jugak tapi bab makan dia yg cpt habiskan. Kami dapt saki baki dan terpaksa tgu bakar utk 2nd round punya. Takpe kali ni je bagi peluang lain kali no no no way!!!

belon yg berisi air...pecah jek kump koranglah kalah....

Tgk tu cik Fara jugak nk kena ajar...mkn tak payah ajar pulak...

mkn dan mkn...

            Pagi Ahad ada treasure hunt. bersemangat budak2 nih. Kamilah best tgu jek diorang dtg mtk task kt kita sambil duduk2 dan menghabiskan masa dengan family...diorang berlari2 mengejar masa. 

Sedia....

Bertungkus lumus menyiapkan task yg diberi...

          Sebelum balik adalah penutup ringkas dan penyampaian hamper kepada setiap kumpulan. Terima kasih dan diharapkan semua yang terlibat berpuashati dengan program ini. Semuanya ok berjalan lancar cuma studentnya aje yg kurang. Moga program ini dapat dijalankan lagi dan mendapat sambutan yg menggalakkan dari student yek....

2 ulasan:

  1. alamak kak tang perap ayam tu siap tolong tutup tangan tu.hehhe aurat aurat..cam kenal tangan tu

    BalasPadam
  2. heheh nk masuk gmbr amnah yg berdiri kt sinki xjadik sbb tgn gak....huhu...masa bekerja xpe...tp klu kt sini sepanjang masa org boleh tgk bahaya...huhu

    BalasPadam