Selasa, 22 Mei 2012

Hanis yg ringan mulut...

         Tiba-tiba rasa nak citer tentang kakak hanis. Walaupun dia dh 3 thn tapi perkataan dan ayat yg dikeluarkan selalu membuat mama nk gelak. Dia taklah pelat, butir yg dia ckp jelas tapi penggunaan tu tak kena tempat...tapi ada gak perkataan yg pelat...hihi aku dah tersenyum sorang-sorang nih...

#tusu-susu (puas mama betulkan tp still nak sebut macam tu)
#atas, bawah, tutup, buka, panas, sejuk (selalu dia guna perkataan ni tp selalu sgt jugak jd terbalik, cth: "mama hanis peluhlah...sejuklah mama" ok dia nak ckp panas sebenarnya)
#"yea yea ayah dah datang" masa tu dgr bunyi kereta dan org bukak pagar tanda ayah dia balik, ayat yg betul "ayah balik"
#bahasakan diri...jgn sesekali mama panggil ayah dia abg di hadapan dia klu x.... "mama bukanlah ni ayah bukan abg" ok sampai aku rasa en. hubby dah tak pernah panggil aku sayang kerana setiap masa aku bersam adia pasti ada anak-anak...
#dia makan sebiji epal tanpa dipotong, tiba-tiba dia meluru ke mama sambil berkata "mama mama, tgk ni kat buah ni ada kacang"...ok aku dah senyum lebar, aku ingat ada ulat...rupa-rupanya dia tergigit sehingga ke tgh buah dan nampak biji epal tersebut yg dia panggil kacang.
#selang beberapa rumah sebelah taska dia ada rumah tgh buat renovation "bila lalu dpn rumah tu dia pun melontarkan ayat "mama tgk rumah dia dah rosak" ok mama paham rosak sbb dia pecahkan pagar sbb nak buat tembok baru...
#patah, koyak, putus (penggunaan perkataan ni juga selalu silap cth: "hanis tak boleh nak main buai kat sekolah buai dah patah" mama dan teacher serentak membetulkan "putuslah bukan patah")
#mama selalu ajar dia sebutan benda sekeliling yg simple in english, mama tunjuk gambar tiger...dan dia ingat tu tiger, tapi mgkin ada org lain ckp tu adalah harimau maka dia pun ckp di masa yg lain "mama tu harimaulah bukan tiger"
Hanis dah jadi kakak

           Rasanya byk lagi perkataan atau ayat dari mulut dia tu membuatkan mama tersenyum. Tak perlu nak marah, sbb ini kan learning process...hanya perlu terangkan yg sebenar, klu dia still ulang kesilapan kita pun jgn jemu betulkan dan terangkan. Moga anak mama akan jadi seorang yg bijak - tgh survey mana2 tempat yg boleh ajar dia mengaji, waktu mmg dah paling sesuai ni...

Hannah Irdina

          Post harini nak tunjuk anak dara ku yg kedua. HANNAH IRDINA. Muka macam sape? Ntah...Klu ikut pandangan mama dia ni sebijik sama muka kakak dia masa baby dulu. Tapi ramai kata muka ayah dia...takde muka Hanis. Takpelah muka sapa pun dia ikut asal sempurna rupa paras dan sihat aku dah bersyukur sgt. Hari ke7 aku dah mintak mak bidan sunat, cukur dan tindik...mak bidan aku mmg biasa buat 3 in 1 ni...saja aku mintak hari ke 7 dapat gak sunat cukur rambut. Oleh kerana rambut baru tu baru tumbuh dan nampak cacak-cacak...ramai yg ckp anak aku lelaki walaupun telinga dah jelas bertindik...Ape-ape je laaa...jom tgk anak dara aku ni...

baru lahir

nak balik dari hospital

hari ke 3...dah sampai kampung dah...

rambut sebelum dipotong dan dicukur

sedang buat rambut...hihi

dah botak...tapi maintain comel kan...kan...

dah balik kota tinggi...disamping bantal comel pemberian aunty sofya

ramai sgt org ckp macam lelaki...kena cari baju ala ala warna cenggini baru nampak gigirl...

ayah, mama dan baby ada appointment dgn doktor...

blum dpt snap gambar terbaik masa dia senyum dan bercerita...sudah suka buat bunyi anak mama ni

         Alhamdulillah anak mama sihat dan ceria...lahir - 3.1 kg, 10hari - 3.5 kg, 21hari - 4.0 kg dan hari ni 38hari - 4.3 kg....semoga anak mama dapat menikmati penyusuan susu mama secara eklusif sehingga 2 thn...aminn

Jumaat, 18 Mei 2012

Selepas bersalin

            Dalam entry yg sebelum ni dah cerita betapa seronok aku dpt melahirkan anak kedua ku secara normal...cukuplah anak first jek yg ceaser.Tapi ada kengerian dan rasa serik bila dah dpt melahirkan normal ni. kenapa ye? Mesti ramai yg tak setuju sbb ramai sedia maklum bersalin normal lebih byk kebaikan compare ceaser. Tapi bila ada kisah tak best disebaliknya mungkin fakta itu akan jd terbalik...

          Camni, pengalaman aku membuat aku seakan serik utk mengulangi kejadian ini. Anak first walaupun ceaser aku dpt rasakan diri sihat dgn begitu cpt dan aku still berurut dan berbengkung selepas seminggu bersalin kerana mak bidan aku meyakinkan aku, bila dia tgk luka kt perut nampak dah kering. Tapi perut mmg dia xsentuh, urut bahagian lain...pakai bengkung tapi tmpt bahagian jahitan mak bidan longgarkan sikit. Aku pun takde rasa sakit pun di situ...just rasa ngilu sikit kt dalam. Tapi anak kedua ni...ni dah lebih sebulan pergerakan aku terbatas...tiap kali lepas buang air kena sapu ubat luka lagi...luka jahitan di bawah belum sembuh sehingga sekarang. Sedih aku mengenangkan...perlu ke aku sedih???

         Saat lepas melahirkan...biasalah mesti kena potong sikit, mgkin hanya org yg bertuah tak kena potong utk bantu melahirkan. Ok nurse yg garang tu yg jahit jahitan aku...dia ada panggil doktor mengadu yg ada pendarahan di tempat jahitan...ntahlah apa yg mereka bincangkan aku malas nak amik tau...lagipun sakit sgtkan bila dah jahit yg bahagian luar...ok selesai jahit aku terus masuk wad. Dalm pukul 10 pg nurse lain check jahitan...dia kata byk sgt darah, tapi jahitan cantik...ok cantik ke,,,tapi klu berdarah teruk sgt habislah nnt darah aku. Dia letak ubat luka byk dan pesan kat aku pakai pad 2lapis...ish normal ke keadaan camni. Klu takde pendarahan tu aku dah boleh balik tghari. So sekarang kena tgu check ptg pulak...alamak doktor lelaki...org lain check sekejap jek..tp aku lama, siap panggil doktor lain. Kenapa? Dlm ati berdoa jgnlah ada  masalah. Tapi mmg ada masalah pun. Jahitanku hampir mengenai saluran najis. Untuk jangka masa panjang klu dibiarkan mgkin akan blocking lubang tersebut...or bila seolah-olah dah ada connection antara 2 lubang tu mgkin darah period atau najis boleh masuk ke lubang yg di antara 2 tu. So jln penyelesaiannya kena buka semua jahitan dan jahit semula...aku rasa cam nak pengsan dgr penjelasan itu. Terbayang muka nurse garang yg menjahit selepas aku bersalin pagi tadi. Kenapalah dia boleh jahit sebegini kat aku? Redha lin...sabar...Utk mengelakkan sakit aku menjalani jahitan kedua di OT(operation theater). Aku dibius separuh badan. Aduhai bersalin normal pun kena bius gak...

         Ok 2 hari di hospital aku terus balik berpantang di kampung. Tapi aku rasa sgt tak selesa kt bahagian jahitan...sakit, dan hari ke sehari still tak kurang. Nak tgk sendiri tak pandai, nk suruh en. hubby dia dh blik kota tinggi. Bila aku mengadu sakit kt nurse yg dtg melawat kat rumah, dia check dan maklumkan yg jahitan merenggang, dan nmpk luka tu melecet. kena hati-hati, besar risiko nak terbuka. Adoii knape ye jadi cmni?? Tp nurse ada ckp mgkin kulit aku ni jenis lembut sgt...istilah lain 'kulit tauhu' ataupun jahitan awak tu mmg longgar, doktor yg jahit tu tak tarik ketat. Kali ni aku terbayang doktor yg menjahit tu plak...alahai doktor dah buat kt OT kenapa tak buat sehabis baik...tapi tak taulah benda ni jadi ntah-ntah faktor diri aku sendiri  bkn silap doktor pun...2 hari selepas itu nurse check semula dan confirm jahitan ku terbuka...nurse tersebut terus buat appointment dgn doktor klinik kesihatan Pt Sulong. Aduii menangis teresak-esak aku kala dijahit. walaupun ada bius tapi aku tetap rasa sgt sakit...cukuplah aku tak sanggup.

         Selepas itu aku sentiasa dibayangi jahitan terbuka...aku jadi stress. Aku tak dpt menikmati percutian ini dgn bahagia tak spt anak first dulu. Selepas hampir 2minggu aku ajak en. hubby ke klinik swasta utk pastikan jahitan ok. Tgk betapa stress aku sehingga sanggup ke klinik. Keluar je dari bilik pemeriksaan berlinangan air mata aku. Hilang dah rasa malu dgn org kt klinik tu yg memandang aku. Doktor siapkan surat utk refer ke hospital. Jahitan dah hampir terbuka. Menurutnya "kena jahit kalau tak u yg suffer nanti. Ni u kena masuk OT juga kena repair"...aduii sakitnya dijahit aku dah dpt rasakan. Esoknya aku terus ke Hospital Batu Pahat. Lamanya menunggu...tapi alhamdulillah bila doktor-doktor (ada 4 org doktor ok yg periksa...dah macam bhn tontonan) tu ckp takde jahitan yg terbuka, cuma mgkin masa menjahit tu tak terkena tu yg ada lubang gapping dm 0.5cm. Jgn risau ia akan bercantum dan pastikan dia sentiasa bersih. Ya Allah..syukur sgt. Lega rasanya, klu kena masuk OT utk jahit aku pasti menangis mengenangkan baby kat rumah dan aku sure admit wad. Tapi aku dah buat stok perahan susu awal-awal lagi. Cuma kesian seawal 20 hari dah minum menggunakan botol.

          Hari ke 30 aku perlu jumpa doktor...utk follow up kes aku ni. Doktor check...statement yg sama..."luka bersih, lubang kecil boleh cantum. Just keep it always dry, don't forget utk bg ubat"...ada kelegaan...tapi aku confuse dah 10 ari ni tapi doktor still ckp menghampiri 0.5cm. Macam takde perubahan jek. So rutin aku setiap kali keluar toilet kena lap betul-betul kering dan sapu ubat. Dah masuk botol ke3 ubat luka yg aku guna...aku sentiasa berdoa supaya aku akan kembali sihat seperti biasa. Oleh kerana luka still belum baik...makan wajib berpantang lagi...pati ikan haruan, kapsul gamat, jeli gamat...sume aku dah telan. Ada suggestion lain ke?

        Sekarang aku sentiasa berfikir utk anak seterusnya, perlukah aku ceaser atau biarlah normal tapi aku harus berjaga-jaga. Tapi apakah salah aku sehingga aku hampir perlu repair jahitan kali ke 3...aku dah bosan dgr setiap doktor dan nurse mengeluarkan perkataan 'epi wound breakdown'...ataupun mmg servis hospital aku bersalin tu yg problem atau mmg masalah kulit aku lembik dan rapuh macam tauhu...Aku berserah pada ketentuanMu ya Allah. Semoga aku akan sembuh dgn cpt dan dapat menjalankan aktiviti spt sediakala. Aminnn...

Rabu, 16 Mei 2012

Saat melahirkan...

           Alhamdulillah...mama dan baby selamat. Woww sgt lama tak menjenguk blog ini. Biasalah berpantang, busy uruskan baby...Dah sebulan pun umur baby. Nampak makin semangat, mama nak dukung lama pun tak larat. Ok jgn lari tajuk. Nak kongsi pengalaman bersalin. Pengalaman yg tak akan dilupakan sampai bila-bila. Sgt berbeza dgn pengalaman anak first dulu.

           Pagi Sabtu 14 Mei 2012...aku pujuk en. hubby supaya ke Mc Donald breakfast di sana. Ntah teringin sgt. Akhirnya dia bersetuju tapi aku yg kena belanja ok. ok order yg biasa yg utk family...tak abes mkn, sbb kt rumah dah minum milo masing-masing. So tgh hari kami tak mkn nasi abeskan apa yg ada jek...Mood sgt malas nk masak. Mlm kelaparan...aku mkn biskut jek, berharap en. Hubby balik Yaasin bawa berkat(makanan yg dibungkus dr kenduri) tapi malangnya takde. Tapi hati ni tak terlalu memikirkan tentang makanan tetapi kenapa baby dlm perut ni mengeras tak berhenti. Sakit? Mmm sakitlah gak. Bila en. Hubby balik aku tak ckp pn sakit...aku tahan sambil tgk citer aksi...(lupa tajuk apa...tapi kul 12mlm baru abes). Ok nak masuk tido ake rasa mengeras tu bertukar contraction yg jarang2...tp aduii sakit sgt bila contraction dtg. Soalan aku pada en. Hubby "abg klu lin sakit tgh mlm ni Hanis camne?" en. Hubby masih tenang..."sakit sgt ke? nak ke Hospital ke?anta umah kak Leha (owner taska Hanis) lah"...aku "sakitlah tapi ntahlah xpasti" sambil aku cuba mencari ketenangan utk cuba baring dan tido, tiba-tiba aku merasakan ada cecair mengalir keluar...aku ke toilet...alamak darah. Aku ckp ngan en. Hubby jomla ke hospital keluar darah plak ni. Hubby terus bisik ke telinga Hanis supaya tido di rumah nenek Leha. Jam pukul 1.00 pg. Alhamdulillah hanis mengangguk dan kak leha pun dpt dihubungi.

           Selepas hantar Hanis terus menuju ke Hospital. Aku pun tak pasti pukul bape sampai hospital dahlah diperjalanan ada accident. Mujur tgh mlm so taklah sesak jalan. Sampai hospital terus daftar dan masuk bilik saringan. Berkerut aku menahan sakit. Lama gak aku kt dalam... sbb CTG tak dapat nak baca ape yekb aku pun tak pasti...sbb doktor tolak2 perut ni sbb dia kata baby tido...aduii mama tgh sakit dia bleh tido hihi...setelah doktor cek bukaan baru 3cm so aku dihantar masuk wad...4cm baru leh masuk labor room itu prosedur...

          Ok en. Hubby gi daftar masuk wad dan hantar aku dan beg ke wad. Jam menunjukkan 3pg. Tapi malangnya mak guard dah bising suh suami keluar. Dia pun balik, anak first dulu kan poor progress. Aku rasa better dia balik berehat nnti ada apa-apa berita aku call. lagipun rumah ngan hospital bukanlah jauh sgt pun. Tapi sebaik En. hubby balik contraction makin kerap...aku try tenangkan diri, mengawal pernafasan dan mulut tak henti membaca doa nabi Yunus. Tapi klu dah sakit dtg, sume jd kelam kabut. Aku tak leh tahan...tapi aku tak nak panggil nurse sbb baru jap masuk wad dah sibuk nak panggil, cam mengada laa plak. Ok aku memujuk hati supaya sehingga pukul 4. Kebetulan nurse mmg dtg tepat pukul 4 utk check BP dan jantung baby. Bila dia tgk aku tgh menahan kesakitan, dia minta aku ke bilik khas utk periksa bukaan. Nurse check...tiba-tiba "alamak ooops air ketuban pecah...dah 5 cm ni..."dia terus arahkan aku utk tukar baju dan nurse lain dah tunggu utk tolak aku ke labor room. aku smpt call en. hubby utk dtg semula ke hospital. Sian dia mesti tak sempat pun nak rehat.

          Ok dalam labor room aku tgk jam pukul 4.30pg dah...contraction makin kerap dan sakitnya Tuhan saje yg tau...eh ibu2 yg pernah bersalin pun tau kot. Allahuakbar aku tak tahan...besi tepi katil laa tmpt aku genggam utk thn kesakitan...bila mengadu ngan nurse asik kena marah...oops  aku dah tak boleh kawal rasa nak push...nak terberak pn ada...dan mmg aku dah ter... pun. takot2 aku ckp ngan nurse...OOo dia ckp buang ajalah kt situ takkan awak nak gi toilet plak karang terberanak kat sana...ok nurse yg keluar masuk adalah 2 3 org...tapi doktor dan nurse yg garang sentiasa pantau aku walaupun dia sibuk di mejanya...bila aku mengadu tak tahan sakit sgt dan rasa nak meneran...dia suruh aku teran...tapi dia kata aku tak pandai dan dia ajar....aku pun tak tau bukaan dah berapa...tapi nurse suh teran...tapi aku spt dah tak berdaya, takde tenaga...dia suruh teran sehingga 1 minit...aku tak dapat pun tahan sampai 30 saat...aku tgk nurse tu dah menyinga sbb aku tak ikut arahan...bukan aku tak nak ikut tapi aku blum dpt kekuatan...akhirnya aku berjaya setelah cubaan ntah keberapa pun aku tak pasti, lagipun aku sgt takot bila nurse ckp "kesian anak awak kepala dah nampak tapi bila awak stop meneeran...kepala baby masuk balik tau, mana boleh macam ni anak awak lemas nanti" ya Allah beri lah aku kekuatan...dgn lafaz Allahuakbar aku meneran selama mana yg aku mampu dan aku berjaya...Jam 5.53pg. Aku terus berkata dgn nada sebak "mana suami saya?" . Seraya nurse menjawab "saya sibuk bg arahan kat awak smpai lupa nak panggil suami awak" tapi tak lama lps tu ada nurse lain menjenguk "eh dah bersalin ek? baru nak suruh husband dia masuk...so tak payahlah ek" Bila baby diletakkan di dada aku berkali-kali mulutku mengucap syukur...juga terima kasih pada nurse yg garang. Ok dia pun mintak maaf jika dia terlalu kasar...ok baby dibawa keluar utk diazankan oleh ayahnya...

baby girl, 3.1kg, lahir secara normal pada hari Ahad 15 April 5.53pg

           Bahagianya aku dpt bersalin normal...rasa sempurna menjadi seorang wanita. Opps ni  tak abes lagi walaupun dah pjg lebar...ada sesi yg mengerikan plak utk sambungan entry ini, walaupun dah selamat bersalin...hihi ngeri ke???