Selasa, 10 April 2012

40 weeks ++

            Dah 2 hari bercuti. Klu ikut due kiraan nurse dah lebih 2 hari...tp ikut kiraanku dan system kt klinik tu dah lebih 4 hari...Dahlah doktor pakar minta aku menyerah diri 9 hari selepas tarikh due. Maksudnya 17 April. Ada seminggu lagi. Aku sekarang sgt pantang dgn soalan "dah bersalin blum", aku paham niat org yg bertanya tu prihatin...tapi bikin aku stress...mmglah aku nak bersalin awal, berdoa aku tak pernah lupa, tp mgkin masih belum mencukupi agaknya. Tapi mgkin ini rezeki dan bahagian utk aku, sepanjang mengandung takde masalah tapi bila nak menunggu bersalin mesti lambat...kawan2 yg due lebih lmbt dah selamat semuanya.

           Aku sentiasa cuba relax spt nasihat en. Hubby...Jgn terlalu memikirkan sgt bila nak bersalin. Tapi tgk perut yg membolat ni mana mungkin aku utk tidak memikirkannya. Tak pernah dalam hidup aku tekanan darah sehingga 130/90. Tapi hasil cek up hari ini itulah hasilnya. nasib baik bila repeat balik selepas hampir sejam bacaan menjadi 120/80. Biasanya 110/60 atau 110/ 70 jek. Ni sbb aku terlalu memikirkannya  bila nak bersalin ke? Risau plak aku... ni nak kena release tension ni...Tak nak stress aku ni akan memberi effect pada baby dlm perut. Semua nurse yg aku jumpa harini bercerita pengalaman bersalin dirinya ataupun patient mereka...tapi klu ada 10 org...rasanya aku 10 pengalaman berbeza. Ya Allah aku redha atas ketentuanmu, semoga aku dan bayi ini sentiasa dalam keadaan sihat dan selamat...

        Klu mmg aku kena tunggu sehingga tarikh serah diri, semoga hari tersebut akan tiba dgn pantas...nasib baik sekarang ni exited nak masuk rumah baru...dalam sehari 2 kali aku menjenguk rumah tersebut...berbunga2 hati ni nak masuk rumah baru...hilang sekejap stress...