Selasa, 28 Jun 2011

Team Building Pelajar....

           Post yg sebelum ni versi family...ni versi kerja pulak. Kat tempat yang sama je pantai Teluk Gorek. Team Building kami ni objektifnya nak merapatkan hubungan sesama mereka, melatih diri untuk kehidupan yg lebih disiplin dan bertanggungjawab. Sambil tu mereka bole release tension. Sbb jadual kami tak pack pun. Padan muka kepada yg xjoin memontengkan diri last minit...mereka adalah dalam golongan yg sgt rugi. Tak menghargai langsung penat lelah kami ni merancang program untuk korang..tapi korang....ek eeeh...

kump yg paling best akan dapat hamper yg paling tinggi...

wow...ayam yg sedia untuk dibakar. Dari kolej lagi kami dah siapkan tau....

           Aktiviti pertama adalah LDK 1 lebih kepada ice breaking...tapi aku tak sampai lg pada masa tu. Aku sampai aktiviti dh abis dan mereka semua sedang menanti mahu menonton secara langsung terus menrus melalui skrin besar Maharaja Lawak Final. Huh terbaaiklahhhh....rugi kan yg tak join. Aku ni pn sebenarnya dibenarkan untuk dtg pagi sabtu tapi memandangkan nk tgk rancangan ni kat sini, beramai2. Sanggup kami sekeluarga meredah kegelapan malam.

Maharaja Lawak...terbaiklahhh

              Aktitiviti pagi sabtu senaman dan jungle trekking. Aku, en. hubby dan hanis ikut sekali tau jgn tak percaya...menyusuri jalan kampung dan denai sehingga menuju ke air terjun. Jauuuhnya...terasa sgt tak larat. Sampai kat air terjun student dan yg lain meneruskan perjalanan dengan merentas bukit yg curam dan terus menuju ke tepi pantai. Arghh aku angkat bendera putih...tak larat laa dengan nak bertukar2 dengan en. hubby dukung si Hanis yg beratnya dh mencecah 12kg. Kami minta pihak resort dtg jemput kami, tapi kedengaran deruan enjin kereta...ohhh en. bom dtg bwk keta. yahuuu balik laa kami menaiki keta dia. Tak sempat plak snap gambar masa aktiviti ni. Sbb fokus ni...huhu. Student sampai semula ke Resort menjelang tengah hari. jauh laa tu maksudnya sbb mengambil masa yg pjg.

Sebelum nak meredah denai dan hutan buatlah senaman ringan dulu yek. Bertudung biru Cik Fara org kuat program ini...

             Ptg kami bersukaneka, berkayak, main bola tampar, mandi pantai......LDK? Sukar untuk kami nk jalankan LDK bila student tak ramai. Jd petang tu bersuka ria, mlm berbarbeque...student bakar kami mkn....ermmm takdenyee...diaorang bakar jugak tapi bab makan dia yg cpt habiskan. Kami dapt saki baki dan terpaksa tgu bakar utk 2nd round punya. Takpe kali ni je bagi peluang lain kali no no no way!!!

belon yg berisi air...pecah jek kump koranglah kalah....

Tgk tu cik Fara jugak nk kena ajar...mkn tak payah ajar pulak...

mkn dan mkn...

            Pagi Ahad ada treasure hunt. bersemangat budak2 nih. Kamilah best tgu jek diorang dtg mtk task kt kita sambil duduk2 dan menghabiskan masa dengan family...diorang berlari2 mengejar masa. 

Sedia....

Bertungkus lumus menyiapkan task yg diberi...

          Sebelum balik adalah penutup ringkas dan penyampaian hamper kepada setiap kumpulan. Terima kasih dan diharapkan semua yang terlibat berpuashati dengan program ini. Semuanya ok berjalan lancar cuma studentnya aje yg kurang. Moga program ini dapat dijalankan lagi dan mendapat sambutan yg menggalakkan dari student yek....

Pantai Teluk Gorek, Mersing


Kami sekeluarga menghabiskan hujung minggu kami dengan deruan gemersik ombak dan hembusan segar angin pantai. Rasanya lama sgt tak bercuti....huhu ni pun sebenarnya bekerja. Tapi 2 in 1 laa. Kerja pn dapat bawak keluarga bercuti pn dapat....


Wah tgk si hanis sekarang mula suka kembali untuk berposing....haha xdela posing sgt pn. Tapi kira ok sbb selalunya susah sgt nk amik gmbar dia...terpaksa candid. Pegang belon tu kuat2...nanti diterbangkan dek angin pantai....

Ayah kena layan Hanis yea....

mkn2 di tepi pantai...

berceloteh dengan Hanis....huhh memang best klu mood si kecik ni sentiasa ok....

Klu ada belon mesti hanis nak tp semua belon tu hilang berterbangan akhirnya dan tak dapat diselamatkan.

mama: jum mandi pantai Hanis, main air...
Hanis: aaa'nak laa mama
mama: jumlaa best ni main air
Hanis: aa'nak laa mama (sambil berjalan menuju buaian yg aunty zue naik...)
Lepas tu try jugalah bagi dia rasa air pantai...tp tgk je laa muka dia kt bwh ni...
:
:
:
Statik, kaku semacam...sahlaa anak mama tak suka mandi pantai. Water fall, jeram, sungai, water park dia ok jek...pantai tidak ye...

gaya apa ye nih...ooo mama tunjuk monkey kt atas....huhu mmg byk monkey kat sana.diorang hidang makanan klu takde org jaga memang monkey laa yg makan nnti...

Hanis seronok, en. hubby dan aku pn seronok. Moga ada kesempatan lagi untuk bercuti sebegini atau percutian yg lebih hebat atau menarik...tapi kenalah kumpul duit dulu.

Rabu, 22 Jun 2011

CCe Challenge di Plaza Angsana

            Sabtu yang lepas saja je jalan-jalan kt Plaza Angsana sbb dah niat dlm hati ni nk pegi Kamdar beli kain langsir. Huhu misi sebelum raya nak siapkan langsir jahitan sendiri. Harap-harap bkn hangat-hangat tahi ayamlaaa. Selain beli kain langsir window shopping sekali...tp eeh terbeli plak baju Hanis...Beg sekolah Hanis (ekoran mama Hanis ni terasa bila ada budak setaska Hanis cakap hee tak lawa beg dia). Umur sekecil Hanis ni apa dia peduli org ckp apapun...tp mama plak touching terlebih...sudah-sudahlaa anak mama bawak beg yg mama dpt free masa kursus. Huhu bkn apa dr tidak digunakan kan....nanti tukar beg bari yek...

            Kembali pada tajuk tadi...ofisku menganjurkan CCe Challenge...menggalakkan student utk jadi usahawan. Ni peringkat wilayah Johor. So adalah dari Segamat, Pagoh, Ledang...wehhh ramailaa. Masa perasmian lagi ramailah sebab ada Menteri Kementerian Pengajian Tinggi datang kan. Kebanyakkan gerai menjual makanan dan brg kraf. Dari tempat kami sendiri pun menjual brg kraf dari kain felt. Wahh kat ofis ni mmg ramai yg sggh meminati kraf felt ni. Hanis siap paksa mama dia beli pin bunga. Aik confuse ngan budak ni hahh...bukan pakai tudung pn. Cadang nk beli klip rambut tp dh abis...Takpelah hanis pakailaa masa raya nanti...

         Byk juga aktiviti yg menarik selain jualan gerai, ada pakaian beragam kanak-kanak, mewarna dan fashion show dari student Pasir Gudang. Tapi tu semua berlaku di hari Ahad. Tak dapatlah nak tgk. Takpelah yg penting dtg jugak tgk sbg tanda sokongan kepada program sebagini...

         Jum jengah-jengah di sana........................................................................................................

pentas utama

gerai jualan



 Hanis kepenatan


ni kat gerai Pesona Craft KKBP.......
     

Isnin, 20 Jun 2011

Happy father's day....

           Agak-agaknya bila father's day apa orang semua buat? Aku just wish sahaja tanpa memberi apa-apa. Mungkin sebab keluargaku dulu kurang mengambil berat soal hari-hari istimewa ni. Takpelah tak pernah pun rasa nk salahkan mak abah sbb mereka byk komitmen lain yg lebih penting sedangkan kami ada lapan beradik, nak mengingatkan tarikh lahir anak pn agak sukar mungkin....

           Tapi tu dulu kisah dulu...untuk sekarang impianku adalah untuk buat mereka yang menjadi kesayanganku happy lebih-lebih lagi di hari-hari istimewa... kepada Abah...En hubby  kesayanganku "haPPy FatHer'S DaY".... I luv U forever laaa....untuk en hubby semoga anak-anak kita akan menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat amin...(amin tu skali doa untuk 'anak-anak' supaya cpt dpt tambah)

Alamak kereta rosak!!!

            Wah dah lama tak bercorat-coret di sini....Agak busy sikit kt ofis sejak akhir-akhir ni. So tak dapatlah nak bagi masa utk ini semua. Pada hari Jumaat lepas turn aku drive. Eh sebelum tu kena ceritalah yang kami ada lima sekawan yang mengamalkan perkongsia kereta. Geng SAUJANA gelaran ku beri. Semua orang pun tau bila kita berkongsi ni byk faedahnya. Yelah perjalanan 60km tu memaksa kami utk mengeluarkan tenaga dan kos perjalanan yg agak membebankan....jadi...sharing is caring kan....

           Berbalik pada cerita tadi...selamat je sampai kat ofis ni seperti biasa kami akan pergi breakfast. Kebetulan Stella dan Kak Has dh tapaw bekal, kak Lily plak cuti. So kami berdua je bersama Che Sue. nak dipendekkan cerita sampai kt food court balau (best woo makcik kat situ masak...mai laa weh) aku perasan en. getzku berasap dan seperti bunyi enjin yg tidak dimatikan...siap aku gi cek...alamakaii sengal tak sengal dh kunci ada kt tgn mestilaa enjin dh mati...hihi ye laa kan mr getz ni keta biasa jek bkn yg power sehingga on enjin dgn button jek...huhu

            Dengan kalut-kalut aku mencari air(aku pun tak pasti untuk apa air itu) rupa-rupanya ada org dh nmpak dan tanya kenapa? Bila cek, dia kata ada leaking dan mengarahkan aku untuk mengisi perut dulu sementara menanti kereta sejuk. Abis je mkn si lelaki tadi (husband kak shikin ofismateku rupanya) dia dah tambah air dan arahkan aku untuk ke bengkel berhampiran. Semakin ramai yg bertanya sbb memang ramai ofismateku yg gemar breakfast di Balau ni. Alamak glemer lahh sekejap. Tapi dlm perjalanan ke bengkel pada monitor mr getzku menunjukkan tanda amaran. Berhenti tepi jalan sambil menunggu bos dtg membantu, sbb kami call bos...sementara menunggu rasanya semua yg makan kt Balau berenti menjenguk keretaku. hah amik kau tmbh air sebanyak yg patut sambung perjalanan.
mereka yang berkenaan tgh meninjau dimanakah leaking yg menyebabkan mr getz ni panasss. gi bengkel bawah-bawah pokok jek...mana yg boleh sampai kan...

            Kat Bandar Penawar ni manalah bengkel ni ada semua brg yg perlu, so dia repair jek, tak diganti pn dengan barang baru...takpelah yang penting kami berempat selamat sampai ke Taman Sri Saujana. Huhu bila harini husband bawak ke Hyundai Service terpaksa tukar banyak benda...batery pn dah nk kena tukar(memang dah lama pn)....jadi melayang-layang lah duit ku dan en. hubby ku demi mr getz ku itu...moral di sini service ikut jadual...jgn ikut sukahati jek...

          Jgnlah jadi lagi insiden sebegini lg haru biru dibuatnya. Terima kasih kepada che sue, husband kak shikin, my boss, dan sgt terima kasih kpd geng ofis di pembangunan tolong cek dan tolong hantar kami sampai ke bengkel dan deal dgn tauke bengkel...cayalahh korang

Ahad, 12 Jun 2011

Aktiviti weekend

            Haha...weekend yg lepas ni taklah bosan dan penat sangat. Bosan sebab selalu en. hubby OT memanjang...penat sebab dah dua kali weekend balik kampung. Balik kampung memang best tapi penat...kain baju nak basuh bertambah, rumah tak berkemas. Memang kalau ada tetamu nak datang rasanya tidak diberi kebenaran untuk masuk. Bukan apa malu rumah bersepah. Nak harap hari bekerja untuk berkemas, memang ala kadar je lah. Dapur pun dah lama tak berasap.

            Tapi weekend yg baru berlalu ni agak penuh jadual sebab en. hubby tak pergi kerja langsung walaupun dia kata nak kerja. Bila waktu pagi ku tanya bila nak pergi kerja dia kata petang, bila petang dia kata malam....erm esok ajelah abang kerja lagipun kesian kat Hanis tak sihat. Kebetulan Jumaat malam tu Hanis batuk dan muntah-muntah. Risau juga kalau nak jaga dia sorang-sorang. Dan bila Sunday morning dia kata alahai abang takde mood nak OT. Takpelah abang akan OT weekdays je. Alhamdulillah nampaknya kesepian sudah pergi jauh. Terima kasih sayangku.

sempat buat cheesecake...biarlaa nampak tak lawa yang penting sedap dimakan. Ceh nak sedapkan hati sendiri. Baru belajar...akan diperbaiki dari semasa ke semasa....


breakfast at KFC Kota Tinggi....huhu malasnya mama ni kan Hanis, pagi-pagi dah keluar cari makanan. Takpelah Hanis mesti suka. "Jom essci (KFC versi sebutan Hanis) ayah"


Lepas breakfast singgah jap Kip Mart beli barang dapur en. Hubby mintak masak soto plak. Layan jelaa walaupun mesti tak sedap macam kat kedai...soriii kena banyak belajar lagi ni nak bagi sedap. Ni Hanis yang mesti nak naik binatang yang terdapat di sana, bukan kat zoo tau. Tapi oklah dapat naik sekali je dia dah ok then bye bye kat binatang yang dia naik tu.


            Kami jalan ke Jusco...ke Uptown Pandan....KFC Kota...Kip mart...Ronda-ronda kat taman...opps ada lagi satu tempat sebelum terlupa...Poliklinik Puteri kat Kota. Takdalah gi mana sangat pun. Just shopping barang Hanis, barang dapur, jalan-jalan cuci mata......Huhu kalau ada duit lebih mahu saje gi jalan jauh sikit...tapi tak boleh juga sebab kesihatan Hanis yang kurang mengizinkan itu...Hah gambar-gambar ni dah tunjuk betapa happynya Hanis mama ni....kat Jusco dan Pandan takda snap gambar plak...tak sempat


ronda-ronda kat taman...wajiblah bwak Hanis gi kat playground dia...tapi tak berapa nak selesa sebab lepas hujan, so lecak dan basah....

Ni tipu ni...ni bukan aktiviti weekend, tapi Friday lepas, lunch di Jusco. Haha macam dekat je Jusco dengan Bandar Penawar.  Sebenarnya highway Desaru Senai mula beroperasi pada hari tersebut. Aku pun tak melepaskan peluang untuk melaluinya.(macam jakun jek padahal aku ni duduk dah dekat sangat dengan Jusco). Tapi nak cakap kat sini aku sangat kagum...dulu dari Bandar Penawar nak ke Pasir Gudang hampir 2 jam, dengan adanya highway ni tak sampai 30minit dah boleh sampai Pasir Gudang. Tapi ada banyak kekurangan kat Highway ni. Takpelah mungkin akan dinaik taraf nanti. Gambar di atas adalah pemandangan dari dalam kereta di atas jambatan highway baru tersebut. Mai laa datang bercuti di Desaru beramai-ramai.

Dinner - Malam Pra Graduan

           Khamis lepas student dah abis exam. So yang semester akhir ni menganjurkanlah Malam Pra Graduan. Makan-makan, suka-suka. Bagi tidak mengecewakan mereka aku penuhi jugalah undangan dari students tu...Kiranya ni first time datang majlis yang diajurkan oleh student. Erm oklah semuanya berjalan lancar. Makan pun best walaupun mintak pakej semurah yg boleh. Yelah nama pn student...klu ada yang nak sponsor tu mesti best...huhu tapi siapa nk sponsor setakat bagi sikit sumbangan tu mampulah.

          Dari awal lagi aku dah mengagak yang penampilan student akan lebih vouge dari lecturer...biasalah diorang muda mesti nk bergaya. Mana lagi, bila lagi nak bergaya. Kan..kan... Masa ni lah. Mungkin masa ni juga yang single nk test market sebelum berpisah dengan rakan-rakan yang pastinya mempunyai hala tuju masing-masing yang berbeza. Tapi ni yang perempuan je la. Lelaki biasa-biasa je pakaian diorang. Kami sebagai tenaga pengajar pun biasa-biasa je. Tak apalah walau apa pun yang korang pakai asalkan tidak menjolok mata kami ni. Semoga semuanya akan lebih berjaya di luar sana.

          Ok habis citer student. Majlis tu aku ditemani budak comel...sapa lagi Hanis anakku lah. Ajak ayahnya tak sudi pula so pergi je lah berdua dengan si Hanis. Oleh kerana pergi berdua aku pun menumpang kereta kawan sahaja. Huhu event kat Hotel Selesa JB...aku ni masih tahap penakut dengan jalan dan kawasan JB. Kurang biasa. Bergelak ketawa ofismateku mendengarkan celoteh Hanis kat dalam kereta sehinggalah kat meja makan....lagilah bila nampak board kung fu panda kt tepi jalan. "ma tu ma ku aanda"....hahahaa budak umur macam dia masih sukar nak menyebut satu-satu perkataan dengan penuh dan betul. tapi oklah sekurang-kurangnya dia ingat lagi movie yang dia tengok minggu lepas.

 bersama ofismate ku....
bersama Hanis ku yang asik makan je...balik sampai rumah muntah sebab kenyang sangat
*ihsan gambar dari umi....huhu susah nak snap gambar bila berdua dengan hanis.

           Kami balik dalam 10.30pm....Masa tu Hanis dah mengantuk dan mula buat hal...tak nak jalan, baring atas lantail pulak tu...puas pujuk. Erm tapi lepas tu kena dukung dia ni yang tak larat ni. Suka sangat bawak dia jalan tapi bila datang mood tak ok dia...penat laa mendukung. Kalau ada ayah dia bagi je ayah dia dukung...Hanis....

Rabu, 8 Jun 2011

Kanak-kanak riang ria


Jom tengok aktiviti Hanis dan cousin dia. Bukan main seronok dia dapat jumpa kat kampung.



Kita sibuk rewang kat dapur dia gi serbu rumah nenek sedara a.k.a jiran sebelah. Kat sana ada basikal cucu-cucu nenek...Hanis asik jadi penumpang je sebab dia paling kecik antara semua yang ada kat situ.

Puas main basikal main buaian pulak, baik-baik risau kalau jatuh....

Ni Hanis dengan Hakim, pantang jumpa mahu bercakaran saja....tengok tu main tanduk-tanduk plak. Yang paling lawak bila tiba Hanis kalah dengan Hakim datang kat mama dengan tangisan nyaringnya. Mama selamba je pujuk "ala sikitlaa sayang, Hakim buat apa je yang Hanis sedih dan macam sakit sangat ni???" jawab Hanis "Mama sakit hakim gigit sambil tunjuk pergelangan tangannya yang masih jelas berbekas" alamak Hakim makin mengganas. Hanis ni memang jarang kalah tapi dia memang tak pandai gigit orang....huhu lawak plak...


Tido setelah keletihan. Walaupun di siang hari, dia sibuk nk berstokin sebab dia nampak stokin Hakim tu....Tak bagi menangis laa pulak. Layan je lah....

Kepada Ammar dan Haziq raya ni bolehlah korang join beriang ria sekali...menambahkan riuh rendah suasana...sekarang masih duduk dekat mak ayah masing-masing...masih takut kut....

Bila balik kampung banyaklah khabar gembira, atuk belah mama akan dapat sorang lagi cucu, belah ayah akan dapat 2 orang lagi cucu. Moga lepas ni adalah rezeki untuk mama hanis pula. Doa-doakanlah. Biar Hanis ada kawan. Seronok sgt tengok dia happy....

Selasa, 7 Jun 2011

Hati sakit....

           Sensitifkah diriku ini? Marahkah aku pada sidia? Wajarkah aku mendiamkan diri atau ia akan menjadikan sakit ini lebih parah? Atau sebenarnya dia tak pernah mengerti ataupun tau apa perasaan yang berbaur dalam fikiranku yang sedang bergejolak dengan emosi ini. Atau sebenarnya ini adalah masalah dalaman diriku sendiri. Dan tak perlu untuk aku melibatkan dia untuk segala apa yang dia rasakan tidak penting dan tidak ada kaitan pada dirinya. Sedangkan aku merasakan ianya sangat penting...sangat penting. Atau aku sudah tidak penting baginya? Hanya dia yang ada jawapan itu, tapi dia tidak tahu aku mempunyai persoalan itu pada waktu ini.
           
            Rasanya aku perlu beralah lagi. Demi untuk kebaikan aku mesti mengalah. Mengalah tidak bererti kalah, beralah mungkin akan akan kutemui ketenangan disebalik kekalutan hati ini. Arrgh hatiku cepatlah engkau sembuh dan jangan kau tinggalkan parut walau sedikit pun....Sabarlah duhai hati....Sesungguhnya sabar itu separuh dari iman. Amat besar ganjaran untuk orang-orang yang bersabar....Semoga orang yang menjadi kesayanganku akan tetap teguh menyokongku....kerana setiap hembusan nafas yang Tuhan nikmatkan kepada ku adalah untuk melihat kebahagiaanmu di dunia ini dan di Akhirat kelak insyaAllah. Maka tidak penting untukku membuang masa mendodoi hati yang lara ini. Pasti ini semua bersifat sementara... Semoga aku diberi kekuatan dalam menghadapi kehidupan seharian. Sesungguhnya dugaan ini amat kecil duhai hati....

Isnin, 6 Jun 2011

1234.....


aRIs ARiwatAn
Title : 1234

Satu... kasih yg abadi 
Tiada tandingi dia yang satu 
Dua.. sayang berpanjangan 
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga 
Rela berpayahan setianya ayah 
Empat... mudah kau ketemu 
Berhati selalu beza antara 
Kasih dan kekasih

Ulang * 

Ibu kuingat dahulu 
Menyisir rambut ku kemas selalu 
Ayah menghantar ke sekolah 
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini 
Untuk kau sandarkan buat pedoman 
Jangan manis terus ditelan 
Pahit terus dibuang... itu bidalan 
Harus kau renungkan

Andai kau peroleh bahagia 
Ingat itu bukan 
Untuk selamanya 
Andai kau dalam sengsara 
Ingat itu bukan 
Untuk selamanya 
Hidup ini sementara (ulang 2x)

Lagu yang sentiasa mama nyanyikan untuk Hanis....Sayang mama padamu umpama pantai tidak bertepi.....

Ahad, 5 Jun 2011

Kung Fu Panda

           Jom ke panggung tengok wayang. Citer ape  ye sekarang...Pirate, Nur Kasih....huhu tak bolehlah nak tengok semua. Tengok satu movie je dulu. Kami tgk Kung Fu Panda...kami tu termasuklah dua orang kesayanganku Hanis dan en. hubby. Sayang sangatlah kat diorang ni sebab nak gak teman mama tgk wayang setelah sekian lama tak buat aktiviti ini. Ni first trial bawa Hanis masuk panggung, sebab itulah kami memilih Kung Fu Panda, supaya hanis tak boring.

           Menarik juga ceritanya. lebih-lebih lagi tengok panda yg terlalu lurus dan baik, berbadan bulat dan sangat comel lebih-lebih lagi apabila melakukan aksi sembunyi-sembunyi untuk mengelakkan diri daripada dilihat oleh pihak musuh. So cute tak tahan nak gelak...Hanis pn gelak, tapi tak pasti dia gelak sebab sama-sama merasakan lucu or dia terikut-ikut mama dia ni gelak. Lagipun suasana dalam panggung nampak sangat meriah dengan suara kanak-kanak. Ramai jugala kanak-kanak tapi kebanyakkannya yang age lebih dari Hanislah. Ok laa nampaknya bolehlah bawak hanis tengok movie lagi. Huhu sebenarnya mama dia ni yang beriya nak tengok tapi tak pasti mahu diletakkan di mana si Hanis ni. So bila dia dah boleh tengok oklaa, boleh dia teman mama kalau ayah buzy.....

Po....ni dia hero citer ni...hensem tak???

Hanis anak mama sementara menanti waktu menonton...tertarik dengan The Smurf....

           Alhamdulillah dalam kesibukan en hubby sempat lagi dia melayan kami tengok wayang. Thank you so much much.....Doaku semoga dia juga happy sepertiku dan Hanisku....

Khamis, 2 Jun 2011

Rindu menyapa...

            Menanti jam 5.00 ptg sempat lagi bersembang di FB bersama best friend ku noli eh..usatazah Norlee namanya. Kawan masa di Kuantan dulu. Perkenalan kami dah tiga tahun sama-sama menghuni di ofis yang sama. Bercerita tentang rakan-rakan di sana serius detik hati ni melonjak kerinduan pada memori yang tersimpan jauh di sudut hati yang pernah singgah selama 3 tahun lebih diriku berada di bumi Kuantan. Sangat ku rindui ofismate lamaku...rumah lamaku...walaupun keadaan di sana waktu itu agak sukar dan meyedihkan kerana tiada hubby kesayanganku di sisi, tapi diri ini still kuat menempuh dugaan dan tetap dapat mengumpul kenangan indah yang mungkin sukar untuk dilupakan. Alhamdulillah rezeki meyebelahiku dan bertukarla ofis yang baru di Kota yang tinggi ni...

             Memori yang dicorat-coretkan di atas gambar....

bersama Suhaini disambutan hari raya 2010, berlatarbelakangkan rakan-rakan sekerja. takde pose menarik bersama juadah hari raya

Lawatan ke Istana...Ampun Tuanku....yang bertudung paling labuh tu laa Ustazah Norlee....Rindunya....

 2 orang yang bertudung putih yana dan sue tu pernah menjadi housemateku...kenangan yang tak dapat di lupakan saat En. Wira(bekas kekasih lamaku) rosak kat depan Petronas jln ke bandar Kuantan terpaksa korang tolak en.wira ku walaupun pakai baju lawa-lawa. Lepas tu menyusahkan plak Syamsi hero moto hijau paling glemer kat ofis untuk datang tolong tgkkan en. wira ku itu.(tapi masa tu takda lagi moto hijau dia tu) Kenangan kan.... tempat jatuh lagi di kenang inikan pula...... Sekarang rakanku itu masing-masing dah bergaya dengan kereta sendiri.

hah ni aktiviti orang bujang dan tak bujang(tapi PJJ-perkahwinan jarak jauh). En. Hubby join sekali kebetulan waktu itu dia dtg melawat anak bini dia ni.....bestnya berendam kat Sungai Lembing....

             Nanti tiba saat dan ketika akan ku lawati Kuantan. Walaupun teman-teman mungkin dah berbeza arahnya, tapi dapat tengok rumah lamaku, ofis lamaku, bandar lama tempat shopping dan mengulo (jgn ckp ngan bos lamaku) hik hik keluar kadang-kadang jek bila takda kelas takda kerja yang berlambak... Dengarnya kelab staf ofis kat sini nak buat family day kt Bukit Gambang....Huhu I like....Harap-harap ini kenyataan bukan khabar angin. Kuantan tunggu....

Rabu, 1 Jun 2011

Blueberry Cheesecake

            Sebelum ni ada entry yg menceritakan tentang kursus kek. Kali ni nk masukkan resepi kek ni, huhu walaupun resepi cheesecake ni berlambak dah kt blog org lain lebih-lebih lagi yang memang karier atau hobinya memasak. Ok terus ke bahan dan caranya.


ni je pic yang ada, yg lain masih selamat dalam hensetku yang lama...

Lapisan bawah:
100g biskut oreo/chipesmore/marrie
50g butter dicairkan

Cara-cara
1-Hancurkan biskut dan cairkan butter
2-Sebatikan keduanya dan terap dalam loyang
3-Bakar dalam masa 5 minit dan sejukkan dalam fridge selama 20 min

Bahan A
250g creamcheese(keju philadelphia)
100g gula kastor

Bahan B
250g whipping cream (anchor)

Bahan C
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
20g tepung gandum
1 sb tepung jagung

Hiasan
Blueberry paste
biskut oreo
coklat emulco

Cara-cara
1-Pukul bahan A sampai kembang
2-Masukkan bahan C. Kacau sampai sebati
3-Pukul pula bahan B sehingga kembang (dalam bekas yang berlainan)
4-Campurkan bahan B ke dalam bahan A.
4-Tuangkan ke atas loyang base tadi. Bakar pada suhu 170C selama 1 jam
5-Bakar dengan cara steam bake


Suka sangat cheese cake...jom masak....