Ahad, 12 Jun 2011

Aktiviti weekend

            Haha...weekend yg lepas ni taklah bosan dan penat sangat. Bosan sebab selalu en. hubby OT memanjang...penat sebab dah dua kali weekend balik kampung. Balik kampung memang best tapi penat...kain baju nak basuh bertambah, rumah tak berkemas. Memang kalau ada tetamu nak datang rasanya tidak diberi kebenaran untuk masuk. Bukan apa malu rumah bersepah. Nak harap hari bekerja untuk berkemas, memang ala kadar je lah. Dapur pun dah lama tak berasap.

            Tapi weekend yg baru berlalu ni agak penuh jadual sebab en. hubby tak pergi kerja langsung walaupun dia kata nak kerja. Bila waktu pagi ku tanya bila nak pergi kerja dia kata petang, bila petang dia kata malam....erm esok ajelah abang kerja lagipun kesian kat Hanis tak sihat. Kebetulan Jumaat malam tu Hanis batuk dan muntah-muntah. Risau juga kalau nak jaga dia sorang-sorang. Dan bila Sunday morning dia kata alahai abang takde mood nak OT. Takpelah abang akan OT weekdays je. Alhamdulillah nampaknya kesepian sudah pergi jauh. Terima kasih sayangku.

sempat buat cheesecake...biarlaa nampak tak lawa yang penting sedap dimakan. Ceh nak sedapkan hati sendiri. Baru belajar...akan diperbaiki dari semasa ke semasa....


breakfast at KFC Kota Tinggi....huhu malasnya mama ni kan Hanis, pagi-pagi dah keluar cari makanan. Takpelah Hanis mesti suka. "Jom essci (KFC versi sebutan Hanis) ayah"


Lepas breakfast singgah jap Kip Mart beli barang dapur en. Hubby mintak masak soto plak. Layan jelaa walaupun mesti tak sedap macam kat kedai...soriii kena banyak belajar lagi ni nak bagi sedap. Ni Hanis yang mesti nak naik binatang yang terdapat di sana, bukan kat zoo tau. Tapi oklah dapat naik sekali je dia dah ok then bye bye kat binatang yang dia naik tu.


            Kami jalan ke Jusco...ke Uptown Pandan....KFC Kota...Kip mart...Ronda-ronda kat taman...opps ada lagi satu tempat sebelum terlupa...Poliklinik Puteri kat Kota. Takdalah gi mana sangat pun. Just shopping barang Hanis, barang dapur, jalan-jalan cuci mata......Huhu kalau ada duit lebih mahu saje gi jalan jauh sikit...tapi tak boleh juga sebab kesihatan Hanis yang kurang mengizinkan itu...Hah gambar-gambar ni dah tunjuk betapa happynya Hanis mama ni....kat Jusco dan Pandan takda snap gambar plak...tak sempat


ronda-ronda kat taman...wajiblah bwak Hanis gi kat playground dia...tapi tak berapa nak selesa sebab lepas hujan, so lecak dan basah....

Ni tipu ni...ni bukan aktiviti weekend, tapi Friday lepas, lunch di Jusco. Haha macam dekat je Jusco dengan Bandar Penawar.  Sebenarnya highway Desaru Senai mula beroperasi pada hari tersebut. Aku pun tak melepaskan peluang untuk melaluinya.(macam jakun jek padahal aku ni duduk dah dekat sangat dengan Jusco). Tapi nak cakap kat sini aku sangat kagum...dulu dari Bandar Penawar nak ke Pasir Gudang hampir 2 jam, dengan adanya highway ni tak sampai 30minit dah boleh sampai Pasir Gudang. Tapi ada banyak kekurangan kat Highway ni. Takpelah mungkin akan dinaik taraf nanti. Gambar di atas adalah pemandangan dari dalam kereta di atas jambatan highway baru tersebut. Mai laa datang bercuti di Desaru beramai-ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan