Khamis, 2 Jun 2011

Rindu menyapa...

            Menanti jam 5.00 ptg sempat lagi bersembang di FB bersama best friend ku noli eh..usatazah Norlee namanya. Kawan masa di Kuantan dulu. Perkenalan kami dah tiga tahun sama-sama menghuni di ofis yang sama. Bercerita tentang rakan-rakan di sana serius detik hati ni melonjak kerinduan pada memori yang tersimpan jauh di sudut hati yang pernah singgah selama 3 tahun lebih diriku berada di bumi Kuantan. Sangat ku rindui ofismate lamaku...rumah lamaku...walaupun keadaan di sana waktu itu agak sukar dan meyedihkan kerana tiada hubby kesayanganku di sisi, tapi diri ini still kuat menempuh dugaan dan tetap dapat mengumpul kenangan indah yang mungkin sukar untuk dilupakan. Alhamdulillah rezeki meyebelahiku dan bertukarla ofis yang baru di Kota yang tinggi ni...

             Memori yang dicorat-coretkan di atas gambar....

bersama Suhaini disambutan hari raya 2010, berlatarbelakangkan rakan-rakan sekerja. takde pose menarik bersama juadah hari raya

Lawatan ke Istana...Ampun Tuanku....yang bertudung paling labuh tu laa Ustazah Norlee....Rindunya....

 2 orang yang bertudung putih yana dan sue tu pernah menjadi housemateku...kenangan yang tak dapat di lupakan saat En. Wira(bekas kekasih lamaku) rosak kat depan Petronas jln ke bandar Kuantan terpaksa korang tolak en.wira ku walaupun pakai baju lawa-lawa. Lepas tu menyusahkan plak Syamsi hero moto hijau paling glemer kat ofis untuk datang tolong tgkkan en. wira ku itu.(tapi masa tu takda lagi moto hijau dia tu) Kenangan kan.... tempat jatuh lagi di kenang inikan pula...... Sekarang rakanku itu masing-masing dah bergaya dengan kereta sendiri.

hah ni aktiviti orang bujang dan tak bujang(tapi PJJ-perkahwinan jarak jauh). En. Hubby join sekali kebetulan waktu itu dia dtg melawat anak bini dia ni.....bestnya berendam kat Sungai Lembing....

             Nanti tiba saat dan ketika akan ku lawati Kuantan. Walaupun teman-teman mungkin dah berbeza arahnya, tapi dapat tengok rumah lamaku, ofis lamaku, bandar lama tempat shopping dan mengulo (jgn ckp ngan bos lamaku) hik hik keluar kadang-kadang jek bila takda kelas takda kerja yang berlambak... Dengarnya kelab staf ofis kat sini nak buat family day kt Bukit Gambang....Huhu I like....Harap-harap ini kenyataan bukan khabar angin. Kuantan tunggu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan