Isnin, 6 Jun 2011

1234.....


aRIs ARiwatAn
Title : 1234

Satu... kasih yg abadi 
Tiada tandingi dia yang satu 
Dua.. sayang berpanjangan 
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga 
Rela berpayahan setianya ayah 
Empat... mudah kau ketemu 
Berhati selalu beza antara 
Kasih dan kekasih

Ulang * 

Ibu kuingat dahulu 
Menyisir rambut ku kemas selalu 
Ayah menghantar ke sekolah 
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini 
Untuk kau sandarkan buat pedoman 
Jangan manis terus ditelan 
Pahit terus dibuang... itu bidalan 
Harus kau renungkan

Andai kau peroleh bahagia 
Ingat itu bukan 
Untuk selamanya 
Andai kau dalam sengsara 
Ingat itu bukan 
Untuk selamanya 
Hidup ini sementara (ulang 2x)

Lagu yang sentiasa mama nyanyikan untuk Hanis....Sayang mama padamu umpama pantai tidak bertepi.....

2 ulasan:

  1. tak lama lagi hanis pandai lah nyanyi lagu ni...

    BalasPadam
  2. haha...lagu ni dia xpandai sbb pjg sgt...dia pandai nyanyi lagu cicak di dinding jek...

    BalasPadam