Selasa, 23 Oktober 2012

Rindu nak membebel di sini...

Busynya... Kerja sampai mati pun takkan abes kan. Aku try ambil sikit masa sekadar menjengah membuang sawang di blog aku yg sunyi sepi ni. Citer byk tapi tak terbuat ayat sbb aku hanya ada sedikit masa jek. InsyaAllah bila semester ini tamat, budak bercuti aku boleh manage kerja-kerja dgn lebih baik.

aku nak share pengalaman bf aku, bezanya anak aku dulu yg bf sekadar 3 bln dan anak yg ni sehingga kini aku still bf cuma dah campurlah air masak dan makanan pejal sbb dah 6 bln. Tapi mungkin lain kali. Aku kesuntukan masa.

 Jom tgk muka budak bam bam ni je dulu...






Sayang princess mama... sayang jugak ayah dia hihi...

Nanti ada citer lain kali ek

Rabu, 19 September 2012

Raya 2012

Dah abis pun Syawal nan indah...nak citer pun dah lupa. Tapi Aidilfitri mmg saat dinanti, lagi aku dah ada dua anak dara sekarang. Rasa tambahlah meriah...Tapi preparation utk raya biasa2 jek sbb duit bonusku dan en. suami sudah ku habiskan utk topup deposit kereta baruku... Hihi bak kata en. suami, takpelah bg org tgk kereta kita bukan baju raya kita. Duit yg lain pun byk habis ke rumah baru ku...uish siap kena tipu lagik...kurang ajar itu org tipu en. suami ku.abes lesap duit kabinet terbengkalai...ok ok...aku dah lari tajuk ni...

Raya tahun ni pagi raya di rumah MIL yg tercinta...biasanya boring sikit bila 1st day raya kat umah MIL sbb duduk di rumah tunggu tetamu jek.Hadoiii bosan. Aku cadangkan pd en. suami jomlerr beraya...eh yg lain semua nk join...ok meriah...aku suke...eh tgk gambar di pagi raya yg hening dulu lah...








Ni lah gambar yg sempat disnap di pagi raya...konon nak tema pink tapi jadi tak berapa nak pink plak...

Tapi gambar bersama keluarga aku takde plak. Bila dah jumpa byk bercerita sambil beraya dan mengunyah kerepek raya lupa nak amik gambar. Takpelah yg penting aku jumpa sanak saudara...dan aku mmg harap sgt dpt beraya ke rumah mak cik pakcik sebelah arwah mak...ok tahun ni aku dapat jejak 2 ok. Cik Jenah di Felda Ulu Belitong dan Cik Tam di Kulai. Tahun lepas dapat pergi rumah wak long sbb konvoi ngan kak Anti. Tahun ni tak sempat pulak.

Layan plak gambar raya kat rumah baru ku...hihi seronok ada rumah sendiri...suka hati kita nak hias. kalau rumah sewa nak paku pun tak boleh (tertera pada perjanjian)...




 Ni curik dari FB adik iparku Sofya (jgn mara...) ni laa gambar anak-anak...comel kan...


Eh ni gambar sambutan merdeka raya, kat kolej bersama anak-anak didik ku...anak kat rumah  semua perempuan, anak kat tempat keje ni semua hero...eeeiii hero laa sgt...


Oklaa panjang umur leh citer pasal raya tahun depan...




Selasa, 18 September 2012

Kurus ker???

Rindu sgt nak membebel di sini...apakan daya aku tak mampu menguruskan masa dgn baik sehingga susah utk mencuri sedikit pun masa berharga ku. Adoii anak mak baru 2 jek...rs dah terlalu sibuk. Tapi sebenarnya lps cuti bersalin ni byk benda yg aku kena kejar...bila bos pun dah bertukar byk pulak benda yg jd semakin rumit (bg aku lah bukan bg org lain kut). Tapi aku sentiasa memujuk hati utk positif

Ok itu sekadar rungutan pemula bicara...17 Julai, hari pertama kerja selepas bercuti selama 3 bln...huwarggg malasnya nak kerja. Tapi jd berbunga-bunga hati ini bila ramai sgt yg berkata "waaa dah kurus"..."wow semakin slim, apa rahsia ni?"..."ya Allah dari tadi sy tgk dr belakang ingatkan sape...kak lin rupanya...slim gila"..."Kak lin apsal jd macam ni...pnt jg anak ke"(sambil memicit lenganku yg kononnya dah lebih kecik)...

Tp cool lin...cool jgn cpt sgt terbuai oleh ayat-ayat itu...Aku yakin aku kurus sbb full breastfeed...Masa kakak hanis dulu 2 bln dah campur susu formula, 3 bulan stop terus breastfee(bf) sbb 2weeks tgl berkursus...Maafkan mama kakak, dulu ilmu dan kesedaran mama tentang penyususan susu ibu sgt  sgt cetek. Dan mungkin aku kurus sbb dulu aku ceaser, yg ni kan normal...ermm boleh guna ke sbb ni??? Aku pun tak perasan yg aku dah kurus klu org tak tegur...yelah kat rumah masa pantang pakai kain batik...tapi taklah byk sgt pun beza berat tu...Klu tgk gambar pun just nmpk muka aku ada cengkung sikit nak compare before pregnant dan time pregnant yg menampakkan pipiku yg penuh...

Aku rasa nanti bila aku dah stop bf mgkin badan aku akan naik spt sediakala...lagilah bila tgk aku yg mkn on time dan bukan kuantiti sikit ok...byk...apa-apa je laa yg penting aku bertekad utk bg eksklusif bf kat anakanda kedua ku ini...tapi klu boleh mantain...maintain yek...orang rendang ni cam aku ni klu gumuk kureng sesuai kot...hiihii alahai asal sihat dah oklaaa...


Selasa, 22 Mei 2012

Hanis yg ringan mulut...

         Tiba-tiba rasa nak citer tentang kakak hanis. Walaupun dia dh 3 thn tapi perkataan dan ayat yg dikeluarkan selalu membuat mama nk gelak. Dia taklah pelat, butir yg dia ckp jelas tapi penggunaan tu tak kena tempat...tapi ada gak perkataan yg pelat...hihi aku dah tersenyum sorang-sorang nih...

#tusu-susu (puas mama betulkan tp still nak sebut macam tu)
#atas, bawah, tutup, buka, panas, sejuk (selalu dia guna perkataan ni tp selalu sgt jugak jd terbalik, cth: "mama hanis peluhlah...sejuklah mama" ok dia nak ckp panas sebenarnya)
#"yea yea ayah dah datang" masa tu dgr bunyi kereta dan org bukak pagar tanda ayah dia balik, ayat yg betul "ayah balik"
#bahasakan diri...jgn sesekali mama panggil ayah dia abg di hadapan dia klu x.... "mama bukanlah ni ayah bukan abg" ok sampai aku rasa en. hubby dah tak pernah panggil aku sayang kerana setiap masa aku bersam adia pasti ada anak-anak...
#dia makan sebiji epal tanpa dipotong, tiba-tiba dia meluru ke mama sambil berkata "mama mama, tgk ni kat buah ni ada kacang"...ok aku dah senyum lebar, aku ingat ada ulat...rupa-rupanya dia tergigit sehingga ke tgh buah dan nampak biji epal tersebut yg dia panggil kacang.
#selang beberapa rumah sebelah taska dia ada rumah tgh buat renovation "bila lalu dpn rumah tu dia pun melontarkan ayat "mama tgk rumah dia dah rosak" ok mama paham rosak sbb dia pecahkan pagar sbb nak buat tembok baru...
#patah, koyak, putus (penggunaan perkataan ni juga selalu silap cth: "hanis tak boleh nak main buai kat sekolah buai dah patah" mama dan teacher serentak membetulkan "putuslah bukan patah")
#mama selalu ajar dia sebutan benda sekeliling yg simple in english, mama tunjuk gambar tiger...dan dia ingat tu tiger, tapi mgkin ada org lain ckp tu adalah harimau maka dia pun ckp di masa yg lain "mama tu harimaulah bukan tiger"
Hanis dah jadi kakak

           Rasanya byk lagi perkataan atau ayat dari mulut dia tu membuatkan mama tersenyum. Tak perlu nak marah, sbb ini kan learning process...hanya perlu terangkan yg sebenar, klu dia still ulang kesilapan kita pun jgn jemu betulkan dan terangkan. Moga anak mama akan jadi seorang yg bijak - tgh survey mana2 tempat yg boleh ajar dia mengaji, waktu mmg dah paling sesuai ni...

Hannah Irdina

          Post harini nak tunjuk anak dara ku yg kedua. HANNAH IRDINA. Muka macam sape? Ntah...Klu ikut pandangan mama dia ni sebijik sama muka kakak dia masa baby dulu. Tapi ramai kata muka ayah dia...takde muka Hanis. Takpelah muka sapa pun dia ikut asal sempurna rupa paras dan sihat aku dah bersyukur sgt. Hari ke7 aku dah mintak mak bidan sunat, cukur dan tindik...mak bidan aku mmg biasa buat 3 in 1 ni...saja aku mintak hari ke 7 dapat gak sunat cukur rambut. Oleh kerana rambut baru tu baru tumbuh dan nampak cacak-cacak...ramai yg ckp anak aku lelaki walaupun telinga dah jelas bertindik...Ape-ape je laaa...jom tgk anak dara aku ni...

baru lahir

nak balik dari hospital

hari ke 3...dah sampai kampung dah...

rambut sebelum dipotong dan dicukur

sedang buat rambut...hihi

dah botak...tapi maintain comel kan...kan...

dah balik kota tinggi...disamping bantal comel pemberian aunty sofya

ramai sgt org ckp macam lelaki...kena cari baju ala ala warna cenggini baru nampak gigirl...

ayah, mama dan baby ada appointment dgn doktor...

blum dpt snap gambar terbaik masa dia senyum dan bercerita...sudah suka buat bunyi anak mama ni

         Alhamdulillah anak mama sihat dan ceria...lahir - 3.1 kg, 10hari - 3.5 kg, 21hari - 4.0 kg dan hari ni 38hari - 4.3 kg....semoga anak mama dapat menikmati penyusuan susu mama secara eklusif sehingga 2 thn...aminn

Jumaat, 18 Mei 2012

Selepas bersalin

            Dalam entry yg sebelum ni dah cerita betapa seronok aku dpt melahirkan anak kedua ku secara normal...cukuplah anak first jek yg ceaser.Tapi ada kengerian dan rasa serik bila dah dpt melahirkan normal ni. kenapa ye? Mesti ramai yg tak setuju sbb ramai sedia maklum bersalin normal lebih byk kebaikan compare ceaser. Tapi bila ada kisah tak best disebaliknya mungkin fakta itu akan jd terbalik...

          Camni, pengalaman aku membuat aku seakan serik utk mengulangi kejadian ini. Anak first walaupun ceaser aku dpt rasakan diri sihat dgn begitu cpt dan aku still berurut dan berbengkung selepas seminggu bersalin kerana mak bidan aku meyakinkan aku, bila dia tgk luka kt perut nampak dah kering. Tapi perut mmg dia xsentuh, urut bahagian lain...pakai bengkung tapi tmpt bahagian jahitan mak bidan longgarkan sikit. Aku pun takde rasa sakit pun di situ...just rasa ngilu sikit kt dalam. Tapi anak kedua ni...ni dah lebih sebulan pergerakan aku terbatas...tiap kali lepas buang air kena sapu ubat luka lagi...luka jahitan di bawah belum sembuh sehingga sekarang. Sedih aku mengenangkan...perlu ke aku sedih???

         Saat lepas melahirkan...biasalah mesti kena potong sikit, mgkin hanya org yg bertuah tak kena potong utk bantu melahirkan. Ok nurse yg garang tu yg jahit jahitan aku...dia ada panggil doktor mengadu yg ada pendarahan di tempat jahitan...ntahlah apa yg mereka bincangkan aku malas nak amik tau...lagipun sakit sgtkan bila dah jahit yg bahagian luar...ok selesai jahit aku terus masuk wad. Dalm pukul 10 pg nurse lain check jahitan...dia kata byk sgt darah, tapi jahitan cantik...ok cantik ke,,,tapi klu berdarah teruk sgt habislah nnt darah aku. Dia letak ubat luka byk dan pesan kat aku pakai pad 2lapis...ish normal ke keadaan camni. Klu takde pendarahan tu aku dah boleh balik tghari. So sekarang kena tgu check ptg pulak...alamak doktor lelaki...org lain check sekejap jek..tp aku lama, siap panggil doktor lain. Kenapa? Dlm ati berdoa jgnlah ada  masalah. Tapi mmg ada masalah pun. Jahitanku hampir mengenai saluran najis. Untuk jangka masa panjang klu dibiarkan mgkin akan blocking lubang tersebut...or bila seolah-olah dah ada connection antara 2 lubang tu mgkin darah period atau najis boleh masuk ke lubang yg di antara 2 tu. So jln penyelesaiannya kena buka semua jahitan dan jahit semula...aku rasa cam nak pengsan dgr penjelasan itu. Terbayang muka nurse garang yg menjahit selepas aku bersalin pagi tadi. Kenapalah dia boleh jahit sebegini kat aku? Redha lin...sabar...Utk mengelakkan sakit aku menjalani jahitan kedua di OT(operation theater). Aku dibius separuh badan. Aduhai bersalin normal pun kena bius gak...

         Ok 2 hari di hospital aku terus balik berpantang di kampung. Tapi aku rasa sgt tak selesa kt bahagian jahitan...sakit, dan hari ke sehari still tak kurang. Nak tgk sendiri tak pandai, nk suruh en. hubby dia dh blik kota tinggi. Bila aku mengadu sakit kt nurse yg dtg melawat kat rumah, dia check dan maklumkan yg jahitan merenggang, dan nmpk luka tu melecet. kena hati-hati, besar risiko nak terbuka. Adoii knape ye jadi cmni?? Tp nurse ada ckp mgkin kulit aku ni jenis lembut sgt...istilah lain 'kulit tauhu' ataupun jahitan awak tu mmg longgar, doktor yg jahit tu tak tarik ketat. Kali ni aku terbayang doktor yg menjahit tu plak...alahai doktor dah buat kt OT kenapa tak buat sehabis baik...tapi tak taulah benda ni jadi ntah-ntah faktor diri aku sendiri  bkn silap doktor pun...2 hari selepas itu nurse check semula dan confirm jahitan ku terbuka...nurse tersebut terus buat appointment dgn doktor klinik kesihatan Pt Sulong. Aduii menangis teresak-esak aku kala dijahit. walaupun ada bius tapi aku tetap rasa sgt sakit...cukuplah aku tak sanggup.

         Selepas itu aku sentiasa dibayangi jahitan terbuka...aku jadi stress. Aku tak dpt menikmati percutian ini dgn bahagia tak spt anak first dulu. Selepas hampir 2minggu aku ajak en. hubby ke klinik swasta utk pastikan jahitan ok. Tgk betapa stress aku sehingga sanggup ke klinik. Keluar je dari bilik pemeriksaan berlinangan air mata aku. Hilang dah rasa malu dgn org kt klinik tu yg memandang aku. Doktor siapkan surat utk refer ke hospital. Jahitan dah hampir terbuka. Menurutnya "kena jahit kalau tak u yg suffer nanti. Ni u kena masuk OT juga kena repair"...aduii sakitnya dijahit aku dah dpt rasakan. Esoknya aku terus ke Hospital Batu Pahat. Lamanya menunggu...tapi alhamdulillah bila doktor-doktor (ada 4 org doktor ok yg periksa...dah macam bhn tontonan) tu ckp takde jahitan yg terbuka, cuma mgkin masa menjahit tu tak terkena tu yg ada lubang gapping dm 0.5cm. Jgn risau ia akan bercantum dan pastikan dia sentiasa bersih. Ya Allah..syukur sgt. Lega rasanya, klu kena masuk OT utk jahit aku pasti menangis mengenangkan baby kat rumah dan aku sure admit wad. Tapi aku dah buat stok perahan susu awal-awal lagi. Cuma kesian seawal 20 hari dah minum menggunakan botol.

          Hari ke 30 aku perlu jumpa doktor...utk follow up kes aku ni. Doktor check...statement yg sama..."luka bersih, lubang kecil boleh cantum. Just keep it always dry, don't forget utk bg ubat"...ada kelegaan...tapi aku confuse dah 10 ari ni tapi doktor still ckp menghampiri 0.5cm. Macam takde perubahan jek. So rutin aku setiap kali keluar toilet kena lap betul-betul kering dan sapu ubat. Dah masuk botol ke3 ubat luka yg aku guna...aku sentiasa berdoa supaya aku akan kembali sihat seperti biasa. Oleh kerana luka still belum baik...makan wajib berpantang lagi...pati ikan haruan, kapsul gamat, jeli gamat...sume aku dah telan. Ada suggestion lain ke?

        Sekarang aku sentiasa berfikir utk anak seterusnya, perlukah aku ceaser atau biarlah normal tapi aku harus berjaga-jaga. Tapi apakah salah aku sehingga aku hampir perlu repair jahitan kali ke 3...aku dah bosan dgr setiap doktor dan nurse mengeluarkan perkataan 'epi wound breakdown'...ataupun mmg servis hospital aku bersalin tu yg problem atau mmg masalah kulit aku lembik dan rapuh macam tauhu...Aku berserah pada ketentuanMu ya Allah. Semoga aku akan sembuh dgn cpt dan dapat menjalankan aktiviti spt sediakala. Aminnn...

Rabu, 16 Mei 2012

Saat melahirkan...

           Alhamdulillah...mama dan baby selamat. Woww sgt lama tak menjenguk blog ini. Biasalah berpantang, busy uruskan baby...Dah sebulan pun umur baby. Nampak makin semangat, mama nak dukung lama pun tak larat. Ok jgn lari tajuk. Nak kongsi pengalaman bersalin. Pengalaman yg tak akan dilupakan sampai bila-bila. Sgt berbeza dgn pengalaman anak first dulu.

           Pagi Sabtu 14 Mei 2012...aku pujuk en. hubby supaya ke Mc Donald breakfast di sana. Ntah teringin sgt. Akhirnya dia bersetuju tapi aku yg kena belanja ok. ok order yg biasa yg utk family...tak abes mkn, sbb kt rumah dah minum milo masing-masing. So tgh hari kami tak mkn nasi abeskan apa yg ada jek...Mood sgt malas nk masak. Mlm kelaparan...aku mkn biskut jek, berharap en. Hubby balik Yaasin bawa berkat(makanan yg dibungkus dr kenduri) tapi malangnya takde. Tapi hati ni tak terlalu memikirkan tentang makanan tetapi kenapa baby dlm perut ni mengeras tak berhenti. Sakit? Mmm sakitlah gak. Bila en. Hubby balik aku tak ckp pn sakit...aku tahan sambil tgk citer aksi...(lupa tajuk apa...tapi kul 12mlm baru abes). Ok nak masuk tido ake rasa mengeras tu bertukar contraction yg jarang2...tp aduii sakit sgt bila contraction dtg. Soalan aku pada en. Hubby "abg klu lin sakit tgh mlm ni Hanis camne?" en. Hubby masih tenang..."sakit sgt ke? nak ke Hospital ke?anta umah kak Leha (owner taska Hanis) lah"...aku "sakitlah tapi ntahlah xpasti" sambil aku cuba mencari ketenangan utk cuba baring dan tido, tiba-tiba aku merasakan ada cecair mengalir keluar...aku ke toilet...alamak darah. Aku ckp ngan en. Hubby jomla ke hospital keluar darah plak ni. Hubby terus bisik ke telinga Hanis supaya tido di rumah nenek Leha. Jam pukul 1.00 pg. Alhamdulillah hanis mengangguk dan kak leha pun dpt dihubungi.

           Selepas hantar Hanis terus menuju ke Hospital. Aku pun tak pasti pukul bape sampai hospital dahlah diperjalanan ada accident. Mujur tgh mlm so taklah sesak jalan. Sampai hospital terus daftar dan masuk bilik saringan. Berkerut aku menahan sakit. Lama gak aku kt dalam... sbb CTG tak dapat nak baca ape yekb aku pun tak pasti...sbb doktor tolak2 perut ni sbb dia kata baby tido...aduii mama tgh sakit dia bleh tido hihi...setelah doktor cek bukaan baru 3cm so aku dihantar masuk wad...4cm baru leh masuk labor room itu prosedur...

          Ok en. Hubby gi daftar masuk wad dan hantar aku dan beg ke wad. Jam menunjukkan 3pg. Tapi malangnya mak guard dah bising suh suami keluar. Dia pun balik, anak first dulu kan poor progress. Aku rasa better dia balik berehat nnti ada apa-apa berita aku call. lagipun rumah ngan hospital bukanlah jauh sgt pun. Tapi sebaik En. hubby balik contraction makin kerap...aku try tenangkan diri, mengawal pernafasan dan mulut tak henti membaca doa nabi Yunus. Tapi klu dah sakit dtg, sume jd kelam kabut. Aku tak leh tahan...tapi aku tak nak panggil nurse sbb baru jap masuk wad dah sibuk nak panggil, cam mengada laa plak. Ok aku memujuk hati supaya sehingga pukul 4. Kebetulan nurse mmg dtg tepat pukul 4 utk check BP dan jantung baby. Bila dia tgk aku tgh menahan kesakitan, dia minta aku ke bilik khas utk periksa bukaan. Nurse check...tiba-tiba "alamak ooops air ketuban pecah...dah 5 cm ni..."dia terus arahkan aku utk tukar baju dan nurse lain dah tunggu utk tolak aku ke labor room. aku smpt call en. hubby utk dtg semula ke hospital. Sian dia mesti tak sempat pun nak rehat.

          Ok dalam labor room aku tgk jam pukul 4.30pg dah...contraction makin kerap dan sakitnya Tuhan saje yg tau...eh ibu2 yg pernah bersalin pun tau kot. Allahuakbar aku tak tahan...besi tepi katil laa tmpt aku genggam utk thn kesakitan...bila mengadu ngan nurse asik kena marah...oops  aku dah tak boleh kawal rasa nak push...nak terberak pn ada...dan mmg aku dah ter... pun. takot2 aku ckp ngan nurse...OOo dia ckp buang ajalah kt situ takkan awak nak gi toilet plak karang terberanak kat sana...ok nurse yg keluar masuk adalah 2 3 org...tapi doktor dan nurse yg garang sentiasa pantau aku walaupun dia sibuk di mejanya...bila aku mengadu tak tahan sakit sgt dan rasa nak meneran...dia suruh aku teran...tapi dia kata aku tak pandai dan dia ajar....aku pun tak tau bukaan dah berapa...tapi nurse suh teran...tapi aku spt dah tak berdaya, takde tenaga...dia suruh teran sehingga 1 minit...aku tak dapat pun tahan sampai 30 saat...aku tgk nurse tu dah menyinga sbb aku tak ikut arahan...bukan aku tak nak ikut tapi aku blum dpt kekuatan...akhirnya aku berjaya setelah cubaan ntah keberapa pun aku tak pasti, lagipun aku sgt takot bila nurse ckp "kesian anak awak kepala dah nampak tapi bila awak stop meneeran...kepala baby masuk balik tau, mana boleh macam ni anak awak lemas nanti" ya Allah beri lah aku kekuatan...dgn lafaz Allahuakbar aku meneran selama mana yg aku mampu dan aku berjaya...Jam 5.53pg. Aku terus berkata dgn nada sebak "mana suami saya?" . Seraya nurse menjawab "saya sibuk bg arahan kat awak smpai lupa nak panggil suami awak" tapi tak lama lps tu ada nurse lain menjenguk "eh dah bersalin ek? baru nak suruh husband dia masuk...so tak payahlah ek" Bila baby diletakkan di dada aku berkali-kali mulutku mengucap syukur...juga terima kasih pada nurse yg garang. Ok dia pun mintak maaf jika dia terlalu kasar...ok baby dibawa keluar utk diazankan oleh ayahnya...

baby girl, 3.1kg, lahir secara normal pada hari Ahad 15 April 5.53pg

           Bahagianya aku dpt bersalin normal...rasa sempurna menjadi seorang wanita. Opps ni  tak abes lagi walaupun dah pjg lebar...ada sesi yg mengerikan plak utk sambungan entry ini, walaupun dah selamat bersalin...hihi ngeri ke???


Selasa, 10 April 2012

40 weeks ++

            Dah 2 hari bercuti. Klu ikut due kiraan nurse dah lebih 2 hari...tp ikut kiraanku dan system kt klinik tu dah lebih 4 hari...Dahlah doktor pakar minta aku menyerah diri 9 hari selepas tarikh due. Maksudnya 17 April. Ada seminggu lagi. Aku sekarang sgt pantang dgn soalan "dah bersalin blum", aku paham niat org yg bertanya tu prihatin...tapi bikin aku stress...mmglah aku nak bersalin awal, berdoa aku tak pernah lupa, tp mgkin masih belum mencukupi agaknya. Tapi mgkin ini rezeki dan bahagian utk aku, sepanjang mengandung takde masalah tapi bila nak menunggu bersalin mesti lambat...kawan2 yg due lebih lmbt dah selamat semuanya.

           Aku sentiasa cuba relax spt nasihat en. Hubby...Jgn terlalu memikirkan sgt bila nak bersalin. Tapi tgk perut yg membolat ni mana mungkin aku utk tidak memikirkannya. Tak pernah dalam hidup aku tekanan darah sehingga 130/90. Tapi hasil cek up hari ini itulah hasilnya. nasib baik bila repeat balik selepas hampir sejam bacaan menjadi 120/80. Biasanya 110/60 atau 110/ 70 jek. Ni sbb aku terlalu memikirkannya  bila nak bersalin ke? Risau plak aku... ni nak kena release tension ni...Tak nak stress aku ni akan memberi effect pada baby dlm perut. Semua nurse yg aku jumpa harini bercerita pengalaman bersalin dirinya ataupun patient mereka...tapi klu ada 10 org...rasanya aku 10 pengalaman berbeza. Ya Allah aku redha atas ketentuanmu, semoga aku dan bayi ini sentiasa dalam keadaan sihat dan selamat...

        Klu mmg aku kena tunggu sehingga tarikh serah diri, semoga hari tersebut akan tiba dgn pantas...nasib baik sekarang ni exited nak masuk rumah baru...dalam sehari 2 kali aku menjenguk rumah tersebut...berbunga2 hati ni nak masuk rumah baru...hilang sekejap stress...

Khamis, 29 Mac 2012

Normal or Ceaser???

            Genap dah 39weeks pregnant. Debaran sudah kian lama terasa...Mood malas nak buat kerja sentiasa rajin menjenguk tiba...stress ditempat kerja kerana sentiasa ada penambahan kerja sedangkan kerja yg perlu disetllekan sebelum cuti asik tergendala...Ikutkan hati nak je aku cuti awal...tapi aku akan jd lebih malas dan asik tido...oo itu sgt tidak elok....

             Kembali kepada topik...Isnin lepas aku berjumpa pakar O & G...bukan aku yg nak jumpa...tapi dah arahan doktor ataupun lebih mudah prosedur pemeriksaan dah macam tu kena lah ikut. Tapi tak semua org kena jumpa pakar, yg ada masalah kesihatan semasa mengandung. Tapi aku bermasalahkah? ooo rasanya mmg takde masalah...tapi sejarah kelahiran anak pertama yang terpaksa emergency ceaser tu yg menyebabkan aku perlu refer pada pakar... Ayat pertama dia "Puan jgn risau bersalin ni ada 2 cara shj kalau bukan normal ceaser, klu bukan ceaser normal" Allahuakbar Dr Ramadas ni...tu aku pun dah maklum....

           Jika dilihat dari scan, kedudukan, keadaan baby dlm perutku sgt ok. Mmg peluang utk normal 80-90%....tapi bila Dr. tu ckp tapi biasanya masalah poor progress(masalah yg menyebabkan aku terpaksa ceaser) ini kebiasaannya kerap berulang. Tapi jgn risau walaubagaimanapun puan akan cuba normal dulu. So kesimpulannya kalau cubaan utk normal berjaya...aku hanya akan lalui fasa itu sahaja...tapi klu kes dulu berulang maka aku akan melalui fasa dibius dan diceaser...-YaAllah aku redha dengan ketentuanmu. Hanya Kau yang Maha Mengetahui yang terbaik utkku- Mmg jauh di sudut hati aku nak melahirkan secara normal, tapi klu mmg terpaksa ceaser aku perlu terima utk kebaikan diriku dan anakku....

          So normal atau ceaser akan diketahui bila tiba masanya - alamak debaran semakin kencang, apalagi bila rakan seangkatan telah menyerah diri utk diinduce kerana berat baby dah melebihi sepatutnya...walaupun sepatutnya due aku dulu baru turn dia...apa-apa je lah yg penting selamat....

Persediaan nak masuk rumah baru...

            Wah sejak dah dpt kunci rumah ni entry asik pasal rumah jek. Walaupun rumah tu byk defect maka segala grill dan kabinet tak dapat nak buat selagi pemaju tak hantar kontraktor utk baiki defect tersebut. Jadi lmbtlah prosesnya...lambatlah nak masuk rumahnya...tp oklah setakat ni meter TNB dah pasang, DB dah pasang...mgkin sehari dua lagi meter air SAJ akan disambung...

             Jumaat yang lepas, 23 mac, aku cuti sbb nak keluarkan duit KWSP aku seberapa byk yg boleh. Tapi masalahnya tak byk sbb aku dh kelaurkan 10% masa loan beli rumah dah lulus. Seb baik aku ni kakitangan kerajaan dan ada skim pencen yg membolehkan aku mengeluarkan simpanan aku. Tapi bukan semua dan aku pun tidak pasti berapa byk. Tanya pegawai yg uruskan pun dia kata nanti puan tgk berapa masuk dlm akaun puan ye. Kami tak dapat memberi perincian sekarang....mmm sabar je lah...tunggulah seminggu dua lagi...

           Selesai urusan di KWSP aku pergilah ke Danga City Mall. 1st time aku masuk mall ni. Sbb ada Mom and Baby Expo. Tentang expo ni aku citer entry lain nnti yek...lps aku tgu en. Hubby solat Jumaat kami meneruskan misi mencari lampu dan kipas utk rumah kami...sambil-sambil nak survey kabinet dapur. Alhamdulillah kami pergi kat area Bukit Indah sbb byk kedai lampu di sana. Aku tak pernah tau pun, tapi en. Hubby kan kerja kat area sana...so dia yg beriya bawa aku ke sana. Ok 3 kedai kami masuk, cari design compare harga...terus decide dan beli...yang tak tahannya kami beli dari ketiga-tiga kedai. Yelah design lampu tiap kedai pun lain kan. lepas tu harga pulak ada kat kedai ni mahal tapi kedai sana ok. Kami taklah beli yg design pelik...just lampu hall utama, dining, car porch yg ada design sikit. Lampu dan kipas utk bilik dan yg lain semua yg biasa jek...nak harga yg biasa. Alhamdulillah selesai yg itu, tapi kabinet dapur mmg tak nmpk lagi...mgkin kumpul quatation dan compare dgn budget kami. Haraplah lepas.


salah satu kedai yang kami kunjungi...teruja dan rambang mata...tapi teguhkan iman perlu bersederhana...


hah tu dia ternganga en. Hubby...miss ni plak sgt peramah dan yg aku paling suka dia mudah utk negiotate harga. Semua yg kami beli dapat ditawar, menurutnya kedai dia ni sgt baru...so masih dalam promosi...


Nilah hasil yg dapat kami sambar...huhu rasanya setiap ruang yg perlu ada lampu dan kipas kami dah beli. tinggal pasang dan adalah point yg perlu ditambah memandangkan rumah tu hanya menyediakan poin kipas utk ruang utama dan master bedroom shj. Anak dara aku tu biasalah sgt suka jadi model tak berbayar skrg ni....

           Pada Sabtu kami meneruskan pencarian herga dan material yg berpatutan utk kabinet dapur kami. Tapi klu nak yg cantik dan tahan lama kena prepare RM10K ke atas ok...alahai sayangnya duit...tapi takpe mgkin lepas ni ada tmpt yg harga lebih murah dan materialnya ok...byk-byklah berdoa ye...

Terima Kasih abang....

           Seperti biasa org pertama yg wish happy birthday pastinya en. Hubby. Aku tau dia tak pernah lupa cuma kadangkala lambat sikit...dan aku pun tak pernah mengharapkan sesuatu yg bersifat material berharga. Kalau itu yg aku nak, pastinya aku tak memilih dia utk menjadi raja yg bertakhta di hati...pastinya aku cari org yg bergelar datuk ke jutawan ke...hihi tapi dia adalah pilihanku, jodohku yg dah tertulis dan aku rasa dialah yg terbaik dan sesuai untukku...moga Allah memberi jodoh ini sehingga ke Syurga. Semoga rezeki kami sekeluarga sentiasa dilimpahi rezeki dan rahmat...

ok takde sebiji kek...tapi 3 jenis potongan kek. So takdelah upacara potong kek, just ucapan dan ciuman dari en. hubby dan si comel kesayangan mama sebelum makan kek...

tadaaa...ni yg dia beli...alhamdulillah...mmg dia selalu ckp, "mama belilah purse baru dah mengelupas kt tepi-tepi tu" aku ni selagi duit tak bocor aku malas nak fikir...belum lagi tahap keperluan...lgpun purse bukan utk ditayang...duduk elok dlm hand bag kan. Tapi org dah bagi mestilah diterima dgn hati yg terbuka. berapa harga..takpelah tak perlu difikirkan...terima kasih abang...sayang abang...

              Semoga kebahagiaan ini kekal yaAllah. Semoga anak yg bakal lahir ini akan menambah kebahagiaan kami sekeluarga...Aminnn

Rabu, 28 Mac 2012

Horaayyy dah dapat kunci rumah baru....

            Ni entry tertangguh lama sgt dah. Nak share kat sini betapa gembiranya aku bila dpt call dah boleh amik kunci pada hari tersebut.(16 Mac 2011)....tapi aku tak dapat gak nak amik pada hari tersebut mengenangkan aku dan en. Hubby tak dapat nak meninggalkan keje utk amik kunci rumah.Ok tangguh ke hari Isnin. Teruja ok, rumah kami patut siap bln 6 thn lps, tp tertunda hingga tarikh ini. Tapi alhamdulillah penantian sudah berakhir.  Tapi bukan semudah yg disangka ye nak masuk rumah baru, byk perkara yg perlu disediakan....difikirkan...

            Ok antara perkara utama yg perlu difikirkan adalah grill pintu dan tingkap bagi keselamatan diri dan harta benda, kedua perkakasan elektrik sekurang-kurangnya yang wajib mestilah lampu dan kipas. Ada budget lebih bolehlah tambah kabinet dapur, perabot di bilik-bilik. Semua perkara ni akan jadi senang bila ongkosnya ada...jika tiada mmg beratlah jadinya. Aku??? sedang mencongak, mencari....mana-mana ada simpanan yg boleh mengadakan benda ini semua. Tak lupa kumpul quatation dari beberapa kontraktor supaya kita dapat perkhidmatan yg berkualiti dgn harga yg berpatutan. Harap sgt budgetku mencukupi utk buat kabinet dapur....

           Rumahku syurgaku...pasti aku nak yang terbaik utk rumah sendiri...sebelum ini meyewa tak bolehlah nak lebih-lebih kan....

ooo ni laa mahligai kami sekeluarga....
opps ni gambar dari web pemaju...gmbr cth jek, rumah aku bukan corner lot pun...

Bersyukur....

            Alhamdulilllah kupanjatkan syukur atas nikmat yg Tuhan berikan. Yaa aku sudah 31tahun berada di dunia ini. Semoga hari-hari mendatang aku akan lebih cemerlang dalam memberi kebahagiaan kepada keluarga serta kerjayaku. Terima kasih insan-insan tersayang yg berada di sekelilingku....semoga mereka tak pernah jemu dengan kerenahku....

           Ya Allah rezeki darimu tidak terhingga...rezeki yang jelas adalah anak yg bakal kulahirkan ini. Semoga semuanya dipermudahkan. Aku sentiasa berdoa semoga ditetapkan imanku dan semakin dekat denganmu. Amin...

Rabu, 14 Mac 2012

Kerja...kerja dan kerja

            Sebelum aku cuti bersalin ni byk benda nak kena settle. Takot nnti aku menyusahkan org lain. Klu org yg aku susahkan tu jenis yg paham dan tak berkira takpe. Klu jenis nak merungut dan rs beban tertambah... aku mmg rs tak sedap...Tapi sejak akhir-akhir ni macam byk sgt program kat kolej aku nih...walaupun sasarannya students...tapi sbg lecturer aku pun memainkan peranan jugak...tak pasal-pasal jd sibuk sbb nak menyibuk... Aku ngajar kt kolej komuniti...bukan unibesiti...so budak2 ni nak kena pantau dan selia selalu....tapi alhamdulillah 2 perkara dah selesai semalam

Perhimpunan pagi yang dianjurkan oleh student kelas aku ler...hihi kelas lain pun kena ikut turn jek...ni aku snap gambar persembahan  mereka...lagu 'ingat sokmo hok mok pese'...suara dah ok audience senyap (sgt memberi perhatianlah tu) tapi pemandangan kurang menarik pabila kurasakan mereka ni perlu belajar berdiri tegak...Tapi yang penting aku berterima kasih pada semua kerana beri komitmen pada tugas yg diamanahkan. Walaupun persediaan agak last minute...

Sempena sambutan Maulidurrasul pada 28 Mac nanti, diadakan pertandingan Nasyid antara kelas. Bayangkan pagi tu kami yg handle perhimpunan...ptg plak kena join pertandingan nasyid, yg menang kena buat persembahan di hari sambutan sebenar nanti. Tgk masalah yg sama susah nak berdiri betul...tapi better than persembahan perhimpunan tadi...

          Tu belum masuk lagi program CSR (Khidmat Bakti Komuniti)...dah berjalan 2 kali...dan akan ada sekali lagi dlm tempoh terdekat ni. Aku still kena join ke...tak larat nak naik turun tangga, setakat nak mengarah dan memantau student memastikan kerja selesai aku ok...tapi nak mendaki tu aku ralat sikit. CSR ni biasanya kat sekolah. Sekolah sekarang ada yg 4 tingkat...aircond yg nak diservis pn byk...Khidmat bakti kami adalah servis aircond...maklumlah dah ngajar budak course aircond kan....takkan nak servis benda lain plak...
hihi ni saje jek...bekas pelajar aku...sem lepas aku ajar diorang sem ni diorang dah ada lecturer lain...wahhh nampak khusyuk....

CSR di SMKA Bandar Penawar (28 Feb 2011)

Dah penat sgt lupa nak mengabadikan kenangan CSR di SK Datuk Usman Awang (6 Mac 2011), lagipun peg. yang entertaint kitaorang dah beredar mungkin byk kerja lain yg perlu disettlekan. Kitaorang sempat menyinggah rumah rakan sepengajaranku...sbb dia dpt new baby.

            Mungkin akan ada satu lagi CSR...dan majlis sambutan Maulidurrasul nanti pelajar wajib turut serta dalam pertandingan kain rentang dan perarakan. Itu memerlukan komitmen pelajar dan seliaan dari lecturer jugak...program dan aktiviti ni mmg bagus tapi anak-anak didikku...jgn sampai tak tergapai apa yg nak kamu pelajari dahlah....biar seimbang semuanya yek...



           

Balik kampung...tgk anak sedara baru

            Lama sgt tak di udpate blog ni. Si empunya sedang kemalasan...Aku pun pregnant dah masuk 37weeks. Dah semakin lambat pergerakanku. Dah semakin ramai yg menegur tumbesaran perutku yang sgt pesat. Tapi aku still kuat berjalan. Balik kampung lagi weh last weekend. Seperti biasa balik kampung bukan untuk berehat tapi melawati semua tempat.

           Seawal 10pg kami dah bersiap sedia utk berjalan. Kat Batu Pahat ni mana lagi nak pergi bandar je lah...aku pun ke Summit dgn alasan nak beli hadiah baby utk akakku yg sulong Kak Anti..atas kelahiran anaknya yg ke5. Balik tyerus menuju umah kak Anti. Malangnya dia takde kat rumah, aku membayangkan mestilah dia ada, belum 40 hari kan...Tapi dia mengunjungi umah sedaranya yang ada majlis sikit. Tapi menurutnya on the way balik. Aku pun pergi lepak surau berhampiran sementara. Setelah lama dan bosan menunggu, barulah dapat aku jumpa baby baru tu...klu.

            Oleh kerana sabtu dah lepak umah MIL...maka ahad giliran rumah aku pula. Kat umah abah ni ada baby gak...anak kak lela. Kak Lela balik kampung sempena cuti persekolahan. Aku dah tgk baby aqeel ni masa 5hari...ni aku dpt tgk lg, dah dekat 2 bulan...wahhh tak sbrnya nak menatap anak sendiri...baby dalam perut...jgnlah duk lama2 sgt...meh lihat dunia...lihat mama...eiii tapi kena lalui proses bersalin dulu...alahai kecut perutku...

              Aku sempat jumpa mak bidanku utk tgk kandunganku...dia menyatakan yg baby dah turun...suka aku dgr...tp oopss aku taknak over exited...pengalaman hingga terpaksa meyerah diri membuat aku lebih bersedia dan tak nak terlalu mengharap takot stress. Buktinya harini jumpa doktor...doktor kata baby tak turun lagi...so mana 1 yg betul???tunggu dan lihat sahajalah.

           Layan gambar anak daraku....

Tak abes-abes nak suruh snap gambar dia...nak fokus pilih brg pun susah. Lokasi: UO Superstore, The Summit, B. Pahat


Tgk...bukan beli hadiah baby semata melayang dah duit mama beli baju kakak Hanis. Takpelah dia dah makin meninggi baju jalan dia semua bila angkat tgn ke atas...akan nmpklah perut(dah singkat)

Sabtu beli, Ahad dah pakai...ayah dia laa ni. Nak pergi kenduri kawen eloklah pakai camni, sopan jek.. tapi nmpk serabut sbb baju besar. aku saje jek bli saiz besar biar leh pakai lama...mak aii kedekutkan aku nih....baru je lepas potong rambut...tapi nampak tak berubah plak ngan gambar di atas sebelum potong rambut...

          Selagi mama larat dan belum berpantang ni puaslah mama alayan Hanis jalan-jalan. Harapan mama bila mama berpantang nnti rajinlah ayah bawak Hanis jalan-jalan yek...sbb itu adalah permintaan dia bilan weekend menjelang....

Rabu, 7 Mac 2012

SBPA batal???

            Wahhh tajuk....sebelum ni slalu citer benda yg dah berlalu. Tapi yang ni pengumuman hari ni ok. Aku merupakan salah seorang dari penjawat awam di Malaysia. Aku tak pasti nak geram atau marah atau suka dengan apa yg PM umumkan ni. Pada mulanya dengar dr mulut kengkawan je berita ni, aku mmg sgt marah ok. Yelah kelas seharian, bila rehat jumpa staf kat kantin dan dgr berita yg mcm tak best ni (pd masa tersebut aku rasa berita ni sgt tak best)...

Inilah intipati penting pengumuman tersebut

          Setelah selesai membeli makanan terus laju aku mengadap lappy mencari info tentang pengumuman ini. Mmmm  tak perlu pun bukak website kerajaan or yg lain...Kat Facebook dah ramai yg update status dan share info. Setelah baca dan aku fahami reda sedikit kemarahan...cuma kesal sebab dah sign, siap menghabiskan masa pergi taklimat kat luar...dgr forum, bual bicara...then at last BATAL. Tapi yg membuatkan aku sejuk hati, gaji tetap naik...walaupun tak sebanyak seperti Skim SBPA. Aku nak buang marah aku ni jauh-jauh...dan cuba menerima rezeki yg ada ini...Ramai lagi di luar sana yg jauh lebih susah dari aku.

        Aku sebenarnya risau sbb bulan depan aku akan menyambut org baru dan kemungkinan besar akan terima kunci utk rumah yg aku beli. Of course perbelanjaan bulanan meningkat. Bila aku sign SBPA dah berangan menyusun budget utk thn ini. Tapi takpelah aku sgt pasti setiap anak tu adalah rezeki. So jgn marah jgn emosi...kita teruskan hidup dengan enjoyyy...Alhamdulillah syukur atas rezeki Allah berikan. Semoga kerja aku sentiasa dalam keberkatan.

Isnin, 20 Februari 2012

Festival Layang-layang Sedunia kali ke 17

           Wah event ni dah lama sgt aku nantikan. Aku dulu pernah pergi sekali je masa tahun 2007 masa aku keje kat Masai dulu. Zaman bercinta hihi....Lepastu sebaik je aku kahwin terus dapat kerja kat Kuantan. Dah kat Kuantan, mmglah aku tak dapat nak tgk lagi event ni. Awal thn lepas barulah dapat pindah kat sini tapi masa event yg aku nnti-nntikan ni aku outstation ke UUM...jauh tu klu aku nak curi-curi balik... So tahun ni la aku dpt tgk selepas 5 tahun






Sekitar pemandangan di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang. Sgt ramai pengunjung...tapi layang-layang plak tak banyak. Layang-layang yg besar mmg aku tak berpeluang langsung nak tgk. Keadaan cuaca yg kurang baik menyebabkan festival ni kelihatan suram dibandingkan pada tahun sebelumnya. Tapi ada je layang-layang yang besar dinaikkan tapi bukan waktu aku berada di situ. Lagi satu...kawasan tgh padang dikepung dgn pagar, tahun sebelum ni takde ok...so pengunjung bebas membentang tikar di mana sahaja. tapi kali ini ruang utk pengunjung menghabiskan masa bersama keluarga sgt terhad. Masa pun agak terhad kerana hujan turun hampir setiap petang....


ok ni markah gaya adalah...tapi layang-layang hanis tak nak terbang. Serius angin tak banyak, klu dulu aku tak sempat nak rasa panas...kerana angin sgt byk. Tapi tidak kali ni. Oleh kerana kesian kat Hanis...mama belilah kepala angry bird yg dah siap dgn gas helium....yg ni confirm terbang...huhu...

Adikku, Nurin yg berusaha tlg En. Hubby ku nak naikkan layang-layang... hanis dah bahagia dengan angry bird dia

Ok ada pun muka aku...Tu laa layang-layang yang Hanis pilih masa kitaorang gi Tanjung Balau. 'layang-layang pempuan'

Erm sempat mengabadikan gambar dengan Funna ex opismate kt Kuantan dulu. Diorang punya program keusahawanan sampai kat sini. Cayalah korang....

            Terus terang aku katakan yang aku kurang berpuas hati dgn festival ini pada tahun ini. Harap-harap di masa akan dtg lebih meriah dan cuaca ok...aku pergi Sabtu dan Ahad...bukanlah dekat dari umah aku...tapi nak pastikan dapat tgk layang-layang dan kanak-kanak yg berlarian bersama keluarga masing-masing sambil angin bertiup nyaman....Tapi semua tu seakan kurang pada tahun ini.... mood kecewa...