Rabu, 16 Mei 2012

Saat melahirkan...

           Alhamdulillah...mama dan baby selamat. Woww sgt lama tak menjenguk blog ini. Biasalah berpantang, busy uruskan baby...Dah sebulan pun umur baby. Nampak makin semangat, mama nak dukung lama pun tak larat. Ok jgn lari tajuk. Nak kongsi pengalaman bersalin. Pengalaman yg tak akan dilupakan sampai bila-bila. Sgt berbeza dgn pengalaman anak first dulu.

           Pagi Sabtu 14 Mei 2012...aku pujuk en. hubby supaya ke Mc Donald breakfast di sana. Ntah teringin sgt. Akhirnya dia bersetuju tapi aku yg kena belanja ok. ok order yg biasa yg utk family...tak abes mkn, sbb kt rumah dah minum milo masing-masing. So tgh hari kami tak mkn nasi abeskan apa yg ada jek...Mood sgt malas nk masak. Mlm kelaparan...aku mkn biskut jek, berharap en. Hubby balik Yaasin bawa berkat(makanan yg dibungkus dr kenduri) tapi malangnya takde. Tapi hati ni tak terlalu memikirkan tentang makanan tetapi kenapa baby dlm perut ni mengeras tak berhenti. Sakit? Mmm sakitlah gak. Bila en. Hubby balik aku tak ckp pn sakit...aku tahan sambil tgk citer aksi...(lupa tajuk apa...tapi kul 12mlm baru abes). Ok nak masuk tido ake rasa mengeras tu bertukar contraction yg jarang2...tp aduii sakit sgt bila contraction dtg. Soalan aku pada en. Hubby "abg klu lin sakit tgh mlm ni Hanis camne?" en. Hubby masih tenang..."sakit sgt ke? nak ke Hospital ke?anta umah kak Leha (owner taska Hanis) lah"...aku "sakitlah tapi ntahlah xpasti" sambil aku cuba mencari ketenangan utk cuba baring dan tido, tiba-tiba aku merasakan ada cecair mengalir keluar...aku ke toilet...alamak darah. Aku ckp ngan en. Hubby jomla ke hospital keluar darah plak ni. Hubby terus bisik ke telinga Hanis supaya tido di rumah nenek Leha. Jam pukul 1.00 pg. Alhamdulillah hanis mengangguk dan kak leha pun dpt dihubungi.

           Selepas hantar Hanis terus menuju ke Hospital. Aku pun tak pasti pukul bape sampai hospital dahlah diperjalanan ada accident. Mujur tgh mlm so taklah sesak jalan. Sampai hospital terus daftar dan masuk bilik saringan. Berkerut aku menahan sakit. Lama gak aku kt dalam... sbb CTG tak dapat nak baca ape yekb aku pun tak pasti...sbb doktor tolak2 perut ni sbb dia kata baby tido...aduii mama tgh sakit dia bleh tido hihi...setelah doktor cek bukaan baru 3cm so aku dihantar masuk wad...4cm baru leh masuk labor room itu prosedur...

          Ok en. Hubby gi daftar masuk wad dan hantar aku dan beg ke wad. Jam menunjukkan 3pg. Tapi malangnya mak guard dah bising suh suami keluar. Dia pun balik, anak first dulu kan poor progress. Aku rasa better dia balik berehat nnti ada apa-apa berita aku call. lagipun rumah ngan hospital bukanlah jauh sgt pun. Tapi sebaik En. hubby balik contraction makin kerap...aku try tenangkan diri, mengawal pernafasan dan mulut tak henti membaca doa nabi Yunus. Tapi klu dah sakit dtg, sume jd kelam kabut. Aku tak leh tahan...tapi aku tak nak panggil nurse sbb baru jap masuk wad dah sibuk nak panggil, cam mengada laa plak. Ok aku memujuk hati supaya sehingga pukul 4. Kebetulan nurse mmg dtg tepat pukul 4 utk check BP dan jantung baby. Bila dia tgk aku tgh menahan kesakitan, dia minta aku ke bilik khas utk periksa bukaan. Nurse check...tiba-tiba "alamak ooops air ketuban pecah...dah 5 cm ni..."dia terus arahkan aku utk tukar baju dan nurse lain dah tunggu utk tolak aku ke labor room. aku smpt call en. hubby utk dtg semula ke hospital. Sian dia mesti tak sempat pun nak rehat.

          Ok dalam labor room aku tgk jam pukul 4.30pg dah...contraction makin kerap dan sakitnya Tuhan saje yg tau...eh ibu2 yg pernah bersalin pun tau kot. Allahuakbar aku tak tahan...besi tepi katil laa tmpt aku genggam utk thn kesakitan...bila mengadu ngan nurse asik kena marah...oops  aku dah tak boleh kawal rasa nak push...nak terberak pn ada...dan mmg aku dah ter... pun. takot2 aku ckp ngan nurse...OOo dia ckp buang ajalah kt situ takkan awak nak gi toilet plak karang terberanak kat sana...ok nurse yg keluar masuk adalah 2 3 org...tapi doktor dan nurse yg garang sentiasa pantau aku walaupun dia sibuk di mejanya...bila aku mengadu tak tahan sakit sgt dan rasa nak meneran...dia suruh aku teran...tapi dia kata aku tak pandai dan dia ajar....aku pun tak tau bukaan dah berapa...tapi nurse suh teran...tapi aku spt dah tak berdaya, takde tenaga...dia suruh teran sehingga 1 minit...aku tak dapat pun tahan sampai 30 saat...aku tgk nurse tu dah menyinga sbb aku tak ikut arahan...bukan aku tak nak ikut tapi aku blum dpt kekuatan...akhirnya aku berjaya setelah cubaan ntah keberapa pun aku tak pasti, lagipun aku sgt takot bila nurse ckp "kesian anak awak kepala dah nampak tapi bila awak stop meneeran...kepala baby masuk balik tau, mana boleh macam ni anak awak lemas nanti" ya Allah beri lah aku kekuatan...dgn lafaz Allahuakbar aku meneran selama mana yg aku mampu dan aku berjaya...Jam 5.53pg. Aku terus berkata dgn nada sebak "mana suami saya?" . Seraya nurse menjawab "saya sibuk bg arahan kat awak smpai lupa nak panggil suami awak" tapi tak lama lps tu ada nurse lain menjenguk "eh dah bersalin ek? baru nak suruh husband dia masuk...so tak payahlah ek" Bila baby diletakkan di dada aku berkali-kali mulutku mengucap syukur...juga terima kasih pada nurse yg garang. Ok dia pun mintak maaf jika dia terlalu kasar...ok baby dibawa keluar utk diazankan oleh ayahnya...

baby girl, 3.1kg, lahir secara normal pada hari Ahad 15 April 5.53pg

           Bahagianya aku dpt bersalin normal...rasa sempurna menjadi seorang wanita. Opps ni  tak abes lagi walaupun dah pjg lebar...ada sesi yg mengerikan plak utk sambungan entry ini, walaupun dah selamat bersalin...hihi ngeri ke???


Tiada ulasan:

Catat Ulasan