Selasa, 22 Mei 2012

Hanis yg ringan mulut...

         Tiba-tiba rasa nak citer tentang kakak hanis. Walaupun dia dh 3 thn tapi perkataan dan ayat yg dikeluarkan selalu membuat mama nk gelak. Dia taklah pelat, butir yg dia ckp jelas tapi penggunaan tu tak kena tempat...tapi ada gak perkataan yg pelat...hihi aku dah tersenyum sorang-sorang nih...

#tusu-susu (puas mama betulkan tp still nak sebut macam tu)
#atas, bawah, tutup, buka, panas, sejuk (selalu dia guna perkataan ni tp selalu sgt jugak jd terbalik, cth: "mama hanis peluhlah...sejuklah mama" ok dia nak ckp panas sebenarnya)
#"yea yea ayah dah datang" masa tu dgr bunyi kereta dan org bukak pagar tanda ayah dia balik, ayat yg betul "ayah balik"
#bahasakan diri...jgn sesekali mama panggil ayah dia abg di hadapan dia klu x.... "mama bukanlah ni ayah bukan abg" ok sampai aku rasa en. hubby dah tak pernah panggil aku sayang kerana setiap masa aku bersam adia pasti ada anak-anak...
#dia makan sebiji epal tanpa dipotong, tiba-tiba dia meluru ke mama sambil berkata "mama mama, tgk ni kat buah ni ada kacang"...ok aku dah senyum lebar, aku ingat ada ulat...rupa-rupanya dia tergigit sehingga ke tgh buah dan nampak biji epal tersebut yg dia panggil kacang.
#selang beberapa rumah sebelah taska dia ada rumah tgh buat renovation "bila lalu dpn rumah tu dia pun melontarkan ayat "mama tgk rumah dia dah rosak" ok mama paham rosak sbb dia pecahkan pagar sbb nak buat tembok baru...
#patah, koyak, putus (penggunaan perkataan ni juga selalu silap cth: "hanis tak boleh nak main buai kat sekolah buai dah patah" mama dan teacher serentak membetulkan "putuslah bukan patah")
#mama selalu ajar dia sebutan benda sekeliling yg simple in english, mama tunjuk gambar tiger...dan dia ingat tu tiger, tapi mgkin ada org lain ckp tu adalah harimau maka dia pun ckp di masa yg lain "mama tu harimaulah bukan tiger"
Hanis dah jadi kakak

           Rasanya byk lagi perkataan atau ayat dari mulut dia tu membuatkan mama tersenyum. Tak perlu nak marah, sbb ini kan learning process...hanya perlu terangkan yg sebenar, klu dia still ulang kesilapan kita pun jgn jemu betulkan dan terangkan. Moga anak mama akan jadi seorang yg bijak - tgh survey mana2 tempat yg boleh ajar dia mengaji, waktu mmg dah paling sesuai ni...

1 ulasan:

  1. hehehe..lucu lah hanis...
    Cik Johan kata Hanis cakap macam orang besar....

    BalasPadam