Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan

Khamis, 2 Mei 2013

Happy Birthday My Princess

Post yang baru sebentar tadi kununnya nak citer pasal birthday diorang... tapi melaut plak aku. Birthday hannah jatuh pada 15 April, kakak Hanis plak 25 April. So mama bagi diorang share potong kek pada 29 April. Lambat sikit, almaklumlah mama dan ayahnya asik busy kononnya.

 Kek yang mama tempah dari http://delicioushalalcake.blogspot.com
Ada nama Hannah dan nama Hanis, ada gambar Hannah dan gambar Hanis...
 Hannah makan kek. Tu bersama pengasuh, kawan-kawan mama jgn kecik ati, mama just ajak pengasuh dan anak-anak dia jek, memandangkan merekalah yg paling rapat dengan Hannah dan Hanis
 Wah sudah remaja si kakak... perangai pun boleh tahan gak....
Seronok sgt bila dapat menghabiskan masa bersama... semoga sentiasa ada masa gembira untuk kita luangkan bersama

Agak-agaknya tahun depan bertambah ke bilangan...adoii sakit bersalin masih terasa, tapi ayah request nak anak lelaki kembar... Haahuuuhaaa ketawa kesesakan aku...mampukah aku menahan sabar, menjaga anak perempuan dua yang berbeza umur pun mama selalu 'bertukar' inikan pula kembar lelaki. Aku berdoa jelah, Allah yang memberi rezeki dan Dia juga yang Maha Mengetahui aku mampu atau tidak untuk menerima rezeki itu...

Sekian terima kasih... eh nyanyi sikit... Hepy besday to Hannah dan Hanis hepy besday to you

Khamis, 29 Mac 2012

Persediaan nak masuk rumah baru...

            Wah sejak dah dpt kunci rumah ni entry asik pasal rumah jek. Walaupun rumah tu byk defect maka segala grill dan kabinet tak dapat nak buat selagi pemaju tak hantar kontraktor utk baiki defect tersebut. Jadi lmbtlah prosesnya...lambatlah nak masuk rumahnya...tp oklah setakat ni meter TNB dah pasang, DB dah pasang...mgkin sehari dua lagi meter air SAJ akan disambung...

             Jumaat yang lepas, 23 mac, aku cuti sbb nak keluarkan duit KWSP aku seberapa byk yg boleh. Tapi masalahnya tak byk sbb aku dh kelaurkan 10% masa loan beli rumah dah lulus. Seb baik aku ni kakitangan kerajaan dan ada skim pencen yg membolehkan aku mengeluarkan simpanan aku. Tapi bukan semua dan aku pun tidak pasti berapa byk. Tanya pegawai yg uruskan pun dia kata nanti puan tgk berapa masuk dlm akaun puan ye. Kami tak dapat memberi perincian sekarang....mmm sabar je lah...tunggulah seminggu dua lagi...

           Selesai urusan di KWSP aku pergilah ke Danga City Mall. 1st time aku masuk mall ni. Sbb ada Mom and Baby Expo. Tentang expo ni aku citer entry lain nnti yek...lps aku tgu en. Hubby solat Jumaat kami meneruskan misi mencari lampu dan kipas utk rumah kami...sambil-sambil nak survey kabinet dapur. Alhamdulillah kami pergi kat area Bukit Indah sbb byk kedai lampu di sana. Aku tak pernah tau pun, tapi en. Hubby kan kerja kat area sana...so dia yg beriya bawa aku ke sana. Ok 3 kedai kami masuk, cari design compare harga...terus decide dan beli...yang tak tahannya kami beli dari ketiga-tiga kedai. Yelah design lampu tiap kedai pun lain kan. lepas tu harga pulak ada kat kedai ni mahal tapi kedai sana ok. Kami taklah beli yg design pelik...just lampu hall utama, dining, car porch yg ada design sikit. Lampu dan kipas utk bilik dan yg lain semua yg biasa jek...nak harga yg biasa. Alhamdulillah selesai yg itu, tapi kabinet dapur mmg tak nmpk lagi...mgkin kumpul quatation dan compare dgn budget kami. Haraplah lepas.


salah satu kedai yang kami kunjungi...teruja dan rambang mata...tapi teguhkan iman perlu bersederhana...


hah tu dia ternganga en. Hubby...miss ni plak sgt peramah dan yg aku paling suka dia mudah utk negiotate harga. Semua yg kami beli dapat ditawar, menurutnya kedai dia ni sgt baru...so masih dalam promosi...


Nilah hasil yg dapat kami sambar...huhu rasanya setiap ruang yg perlu ada lampu dan kipas kami dah beli. tinggal pasang dan adalah point yg perlu ditambah memandangkan rumah tu hanya menyediakan poin kipas utk ruang utama dan master bedroom shj. Anak dara aku tu biasalah sgt suka jadi model tak berbayar skrg ni....

           Pada Sabtu kami meneruskan pencarian herga dan material yg berpatutan utk kabinet dapur kami. Tapi klu nak yg cantik dan tahan lama kena prepare RM10K ke atas ok...alahai sayangnya duit...tapi takpe mgkin lepas ni ada tmpt yg harga lebih murah dan materialnya ok...byk-byklah berdoa ye...

Terima Kasih abang....

           Seperti biasa org pertama yg wish happy birthday pastinya en. Hubby. Aku tau dia tak pernah lupa cuma kadangkala lambat sikit...dan aku pun tak pernah mengharapkan sesuatu yg bersifat material berharga. Kalau itu yg aku nak, pastinya aku tak memilih dia utk menjadi raja yg bertakhta di hati...pastinya aku cari org yg bergelar datuk ke jutawan ke...hihi tapi dia adalah pilihanku, jodohku yg dah tertulis dan aku rasa dialah yg terbaik dan sesuai untukku...moga Allah memberi jodoh ini sehingga ke Syurga. Semoga rezeki kami sekeluarga sentiasa dilimpahi rezeki dan rahmat...

ok takde sebiji kek...tapi 3 jenis potongan kek. So takdelah upacara potong kek, just ucapan dan ciuman dari en. hubby dan si comel kesayangan mama sebelum makan kek...

tadaaa...ni yg dia beli...alhamdulillah...mmg dia selalu ckp, "mama belilah purse baru dah mengelupas kt tepi-tepi tu" aku ni selagi duit tak bocor aku malas nak fikir...belum lagi tahap keperluan...lgpun purse bukan utk ditayang...duduk elok dlm hand bag kan. Tapi org dah bagi mestilah diterima dgn hati yg terbuka. berapa harga..takpelah tak perlu difikirkan...terima kasih abang...sayang abang...

              Semoga kebahagiaan ini kekal yaAllah. Semoga anak yg bakal lahir ini akan menambah kebahagiaan kami sekeluarga...Aminnn

Rabu, 28 Mac 2012

Horaayyy dah dapat kunci rumah baru....

            Ni entry tertangguh lama sgt dah. Nak share kat sini betapa gembiranya aku bila dpt call dah boleh amik kunci pada hari tersebut.(16 Mac 2011)....tapi aku tak dapat gak nak amik pada hari tersebut mengenangkan aku dan en. Hubby tak dapat nak meninggalkan keje utk amik kunci rumah.Ok tangguh ke hari Isnin. Teruja ok, rumah kami patut siap bln 6 thn lps, tp tertunda hingga tarikh ini. Tapi alhamdulillah penantian sudah berakhir.  Tapi bukan semudah yg disangka ye nak masuk rumah baru, byk perkara yg perlu disediakan....difikirkan...

            Ok antara perkara utama yg perlu difikirkan adalah grill pintu dan tingkap bagi keselamatan diri dan harta benda, kedua perkakasan elektrik sekurang-kurangnya yang wajib mestilah lampu dan kipas. Ada budget lebih bolehlah tambah kabinet dapur, perabot di bilik-bilik. Semua perkara ni akan jadi senang bila ongkosnya ada...jika tiada mmg beratlah jadinya. Aku??? sedang mencongak, mencari....mana-mana ada simpanan yg boleh mengadakan benda ini semua. Tak lupa kumpul quatation dari beberapa kontraktor supaya kita dapat perkhidmatan yg berkualiti dgn harga yg berpatutan. Harap sgt budgetku mencukupi utk buat kabinet dapur....

           Rumahku syurgaku...pasti aku nak yang terbaik utk rumah sendiri...sebelum ini meyewa tak bolehlah nak lebih-lebih kan....

ooo ni laa mahligai kami sekeluarga....
opps ni gambar dari web pemaju...gmbr cth jek, rumah aku bukan corner lot pun...

Isnin, 20 Februari 2012

Festival Layang-layang Sedunia kali ke 17

           Wah event ni dah lama sgt aku nantikan. Aku dulu pernah pergi sekali je masa tahun 2007 masa aku keje kat Masai dulu. Zaman bercinta hihi....Lepastu sebaik je aku kahwin terus dapat kerja kat Kuantan. Dah kat Kuantan, mmglah aku tak dapat nak tgk lagi event ni. Awal thn lepas barulah dapat pindah kat sini tapi masa event yg aku nnti-nntikan ni aku outstation ke UUM...jauh tu klu aku nak curi-curi balik... So tahun ni la aku dpt tgk selepas 5 tahun






Sekitar pemandangan di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang. Sgt ramai pengunjung...tapi layang-layang plak tak banyak. Layang-layang yg besar mmg aku tak berpeluang langsung nak tgk. Keadaan cuaca yg kurang baik menyebabkan festival ni kelihatan suram dibandingkan pada tahun sebelumnya. Tapi ada je layang-layang yang besar dinaikkan tapi bukan waktu aku berada di situ. Lagi satu...kawasan tgh padang dikepung dgn pagar, tahun sebelum ni takde ok...so pengunjung bebas membentang tikar di mana sahaja. tapi kali ini ruang utk pengunjung menghabiskan masa bersama keluarga sgt terhad. Masa pun agak terhad kerana hujan turun hampir setiap petang....


ok ni markah gaya adalah...tapi layang-layang hanis tak nak terbang. Serius angin tak banyak, klu dulu aku tak sempat nak rasa panas...kerana angin sgt byk. Tapi tidak kali ni. Oleh kerana kesian kat Hanis...mama belilah kepala angry bird yg dah siap dgn gas helium....yg ni confirm terbang...huhu...

Adikku, Nurin yg berusaha tlg En. Hubby ku nak naikkan layang-layang... hanis dah bahagia dengan angry bird dia

Ok ada pun muka aku...Tu laa layang-layang yang Hanis pilih masa kitaorang gi Tanjung Balau. 'layang-layang pempuan'

Erm sempat mengabadikan gambar dengan Funna ex opismate kt Kuantan dulu. Diorang punya program keusahawanan sampai kat sini. Cayalah korang....

            Terus terang aku katakan yang aku kurang berpuas hati dgn festival ini pada tahun ini. Harap-harap di masa akan dtg lebih meriah dan cuaca ok...aku pergi Sabtu dan Ahad...bukanlah dekat dari umah aku...tapi nak pastikan dapat tgk layang-layang dan kanak-kanak yg berlarian bersama keluarga masing-masing sambil angin bertiup nyaman....Tapi semua tu seakan kurang pada tahun ini.... mood kecewa...



Khamis, 26 Januari 2012

Cuti CNY...balik kampung laaa

            Sempena CNY ni aku balik kampung laa. Yelaa cuti isnin dan selasa, dari hari sabtu sampai selasa aku kat kampung. Puas juga duduk kat kampung lama...cuaca pun tak terlalu panas so ok laa xlah aku cpt terasa nak balik kota tinggi. Mengandung ni mmg aku sgt tak tahan dgn panas. Sebelum balik kampung dapat sms dari kak lela yg menyatakan dah masuk ke labor room. Ermmm balik dr kampung nnti laa baru kami melawat.

           Wah awal-awal lagi aku dah berpesan pada suami aku nak minum air kelapa muda yg fresh di bawah pokok juga rambutan. Agak kecewa bila takde pun rambutan yg berbuah sama ada di rumah MIL ataupun rumahku sendiri. Air kelapa huh sampai kembung minum. Sejak dh masuk 7 bulan ni aku dah berani minum air kelapa. Awal mengandung takutlah juga. Akhirnya dapat juga makan rambutan bila tgk umah mak cik aku sebelah rumah ada buah rambutan yg bergayutan. Aku apa lagi dgn tanpa segan silunya aku mintak...wah dpt mkn dpt lagi bawak balik kota tinggi. Yummm gembiranya hatiku ini...

          Aktiviti lain...biasa je. Jom layan gambar sikit....

Jalan kat Summit Batu Pahat. Best gak summit ni bila dah ada UO Super Store. Dulu bila The Store tutup rasa tak best langsung jln kat summit ni..Tgklah anak dara ku itu yg pantang nampak stage mesti nak naik. Aku peliklah...ni gara-gara mama dia suka tgk rancangan realiti nyanyian ni...sudahlah....

Makan di Juara Sulong Tom Yam...tempat kegemaran ku...tapi dululah. Mlm tu ntahlah rasa serba xbestlah. Tukang masak dulu dah berenti kot...hihi pandai je aku buat kesimpulan. Tgk gambar tu...kat belakang tu ita (cousin aku) dan family dia. Kebetulan tak janji pun....

Ni plak masa balik dari kampung. Kami singgah Air Hitam. En. Hubby nak belikan Hanis angry bird. Aku tak pasti sebenarnya Hanus or ayah dia yg nak angry bird ni....dulu Hanis xkenal pn angry bird ni, tapi sejak dia asik tgk mama dia main game kt hset tu...tiba-tiba dia pn sgt suka dgn angry bird. Ni salah aku lagi ni...sudahlaaa...

Ni wajib naik yek klu hanis nampak. So aku selalu akan pergi jln jsuh utk elak Hanis minta menunggang kenderaan or binatang yg makan syiling ni...Ni kat Tesco Kulai....rasa jauh perjalanan balik sbb byk sgt persinggahan.

Masing-masing nak melaram....apa yg ayah dia pakai pun dia nak. belilah satu utk puaskan hati dia...alahai anak mama

              Rasanya sebelum aku bersalin aku akan balik kampung kut...sbb kak anti dah masuk hospital 1 feb ni. Dah tiba masa ataupun belum tetap kena masuk, sbb dia ada kencing manis semasa pregnant kali ni. So kak lela dah selamat, kak anti sdg berdebar...aku tunggu dulu....InsyaAllah moga semuanya selamat.

Khamis, 19 Januari 2012

Happy Birthday....My Hubby...

            Tanggal 15 Jan, birthday En hubby. Dah makin tua laa nmpknya. Hihi aku pun apa kurangnya hanya 2 bln membezakan umur kami. Lambat sikit aku wish birthday dia, sbb aku moody sikit hari sabtu tu. Aku rasa aku hilang mood sbb seharian duduk kat rumah, Hanis plak ntahlah asik nak mengamuk...tak larat dah aku nak layan, ayah dia plak sikit pun tak nak tolong pujuk anak tu. Aku pelik gak, nape En Hubby aku ni...kut mengada sbb esok nak jadi birthday boy....tepat 12am...huhu aku dah elok tido selepas aku pnt melayan Hanis. Aku tau Hanis spt aku klu seharian terperap dlm rumah mmg jadi cacing kepanasanlaa...ok lupakan citer xbest hari sabtu.

           Ok Ahad pagi dia dah keluar jogging sorang-sorang, then balik tgk Hanis dah bgn gi bawak bli bungkus sarapan kat luar. Malas nak bertanya aku kot takut mood aku still xok. Ok lepas mkn Hanis pun jerit "mama mandi laaa jum jalan-jalan" wah arahan yg bunyinya agak menggembirakan. Ok saat Hanis mandi ngan ayah dia aku pn keluarkan hadiah yg dah 2 minggu aku perap dlm store.Alhamdulillah dia suka...pastu kami jalan-jalan ke Plaza Angsana. Wah berjalan mmg terapi yg paling baik utk aku...mood confirm berubah ceria serta merta.

Huhu...sebelum mama dan Hanis tido mlm tu sempat kami main color2 jap...kad xbeli pun....

Tadaa lepas mandi ada hadiah menanti....barulah komunikasi kami lancar seperti biasa. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri...Happy Birthday sayang....

Inilah dia kasut futsal ikhlas dari mama. Ayah asik ckp gaji nanti nak beli kasut...tapi setiap kali gaji duit habis ke lain jek...Dari reaksinya dia sgt suka...harap bukan lakonan semata utk mengambil hatiku...huhu

Ni kat Pizza Hut Plaza Angsana...Hanis ni mama nak bli kek utk ayah dia yg sibuk nak kek yg ni. Bukan dia makan sgt pun.

Cupcake utk Hanis...1 slice cake utk ayah. Eiii kedekutkan aku ni beli tu jek...lilin pun takde. Oklaa tu isnin baru gaji laaa...masa ni tak gaji lagi hihi...kena jimat sikit...



Berselera sungguh Hanis makan haritu..tiba-tiba rasa macam birthday dia plak. Nanti birthday dia dah laa kita kat kampung mama tgh berpantang. Tak dapatlah nak celebrate kat Taska dengan kawan-kawan. 

              Seronok sgt hari tu sbb dpt gembirakan mereka berdua buah hati ku...Moga hadirnya puteri kedua ni dapatlah lebih menyinari dan menambahkan lagi kegembiraan keluarga kecil ini.....Sayang mereka semua....merekalah penawar duka dan laraku...

Ahad, 8 Januari 2012

Balik kampung...aqiqah Khaleda

            Wah ni post pertama tahun 2012...sgt bz sejak akhir-akhir ni. Bukan saja xde post baru, nak bukak blog ni pun xsempat...tgk kat punch card pn tak lawa, byk sgt aku cuti akhir thn dan awal tahun. Bukan bercuti tapi emergency. Bermula dengan sakit perut aku, pastu balik kampung, pastu Hanis xsihat...aduhhh mujur student minggu ni baru daftar. Harapan aku dah berakhirlah segala kekalutan supaya aku bole fokus pada kelas dan student baru aku.

             Kisah balik kampung pd penghujung tahun dibuat last minit bila MIL aku nak buat yaasin. Aku ingatkan yaasin semata-mata, rupanya nak aqiqahkan cucu barunya Khaleda, anak kpd abg iparku. Majlis tu hari Ahad, tapi hari sabtu sempat gak aku memanjangkan kaki ke Batu Pahat. En. Hubby dah gaji aku nak tuntut baby cot yg ktorg dah tgk masa balik kampung yg lepas. Wah ada lagi design tu... cuma yg xbestnya ada warna biru spt display tu jek....tapi kami mengambil keputusan utk terus beli. Karang tangguh duit melayang kat lain. Rasa hepy sgt dpt beli tu...huhu org lain beli lagi mahal pun tak exited macam aku. Tapi lupa nak amik gambar, baby cot tu pn tinggalkan kat kampung sbb perancangan nak pantang kat kampung jek...
lepas bershopping pergi mkn kat tasik Y....teringat biasanya Sofya bawak Ammar main kt playground kat Taman ni....

            Hari Ahad semestinya sibuk di rumah MIL. Buat persiapan utk akikah. Rewang sikit je, sbb ramai makcik yg dtg membantu, lagipun daging dah upah org tlg masak. Aku cadang nak balik lewat mlm sikit, yelah penat rewang seharian...tapi aku lagi rasa penat dan letih dgn bahang cuaca panas kat pt sulong ni. Duk kat Kota Tinggi hujan dan angin sentiasa. Bila balik kampung panas yg sgt terik...ditambah pula rumah mertuaku rumah separa kayu, lagi bahanglah. Kami mengubah fikiran abes je majlis ptg tu kami terus berkemas utk balik. Masuk dlm kereta wow nyamannya...aircond. Ya Allah ini baru panas dunia, bagaimana aku nak menghadapi panas dia akhirat nanti. Moga terampun segala dosaku...

            Hari Isnin aku cuti. Org hari pertama bekerja utk tahun baru sepatutnya berkobar-kobar tapi aku cuti plak. Aku risau kepenatan bercuti pendek di kampung....bersambung...

Selasa, 6 Disember 2011

Balik kampung...cuti pjg...

           En. Hubby tukar kerja...so ada gap seminggu before masuk tempat baru....apalagi enjoy...Tak ke mana pun, balik kampung je sempena cuti awal Muharram. Aku biasalah baki cuti rehat kan byk...yelah selalu nk cuti ada kelas tiap hari. So sekarang la masa nk cuti. Sebelum balik kampung pada hari Sabtu pagi singgah umah abg ipar kt Puteri Wangsa amik MIL yg dh hampir seminggu menjaga birasku dalam pantang. Tahniah kak yati dengan kehadiran baby Khalida. Rasa tak sabar plak nak bersalin asik tgk new baby je.

          Balik kampung pun xde ape sgt...tapi dapat berita kurang menarik, bila abah bgtau dia kena angin ahmar...nampak muka lain dah. Tapi alhamdulillah sbb takde darah tinggi maka abah masih gagah bergerak dan bekerja. Cuma katanya bahagian muka sebelah tak terasa. tapi setelah berjumpa doktor dan berubat kampung dah semakin ok. Semoga abah cepat sihat....tiba-tiba jek teringat kat mak...

          Hari Ahad ronda-ronda Batu Pahat...rasa mana ada tmpt jual brg baby mesti aku singgah tapi tak beli apapun...just survey jek...tak taulaa nak survey bape kali baru nak beli. Pejam celik nak bersalin dah nanti...perut pun dah start menunjukkan isinya ni...baby sedang giat mengembang...mama tgh sedap mkn pulak...tapi yg aku rasa lawak, dikelapangan yg ada ni  nak tgk wayang hajatnya...saja nk bawak Hanis tgk Happy Feet. Tapi betullah en. Hubby ckp wayang tutup atas arahan Jabatan Agama katanya. So meloponglah aku....

waa...ayam hot n spicy sudah kembali...dan aku sudah mula bole terima ayam semula setelah beberapa bulan  aku tak langsung menjamah ayam walaupun hirisan ayam kecil dalam mee goreng...

             Balik kampung yang seronok adalah jumpa adik beradik dan anak-anak sedara...alhamdulillah semua ada kecuali kak lela yg sentiasa bz itu....

Jumaat, 11 November 2011

Balik kampung...korban

            Alhamdulillah raya haji tahun ni akak ipar dan mak mertua buat korban. So wajiblah balik kampung. Tahun lepas abah korban, tahun sebelum tu pun ada je org korban kt kampung....tapi bezanya aku tak pernah tgk dgn jarak yg dekat org menguruskan ibadah korban ni. Tapi tahun ni sebab kt masjid pn dah 4 ekor lembu, so mak mertua amik keputusan buat je kt rumah...tapi tang nk tumbangkan lembu dan nak sembelih mmg aku tak tgk...sumpah tak sanggup, just tgk selepas lembu dah selamat disembelih.

            Mak mertua dah pesan kt abg ipar jgn tlg ape-ape...sbb bini dia tgh sarat mengandung...aku pn menyibuk tanya kenapa???tapi jawapannya "yelaa kak yati kan mengandung...issh jgnlah"....pastu aku xpuas ati dan bertanya lagi "laa mak org ni mengandung gak tapi...." hee menyibukkah aku..."xpe xnampak lg, kak yati dh sarat" pulak dah...aku tetap xpuas ati dan siap bg warning kt en. Hubby jgn tgk org sembelih tu...tapi dia, biasalah malas nk layan pergi gak siap bawak Hanis plak...aku ni jenguk dari tingkap jek...itupun selesai sembelih...susah jugak nak mengerjakan lembu seekor ni...tapi berkat kerjasama org kampung yang mengamalkan rewang ni semuanya jadi mudah dan pantas...

           Aku hanya tlg sediakan makanan utk org rewang jek...kemas setelah selesai. En. hubby pn mengkhabarkan yang dia xde tolong pun,semua org rewang buat...lagipun rasa takut pun ada, sbb diorang pn bertanya klu-klu ada bini yang mengandung tak payah buat...so dia ambil keputusan untuk tlg amik barang yang kurang dan perlu dan tolong kemas...ntahlah petua org tua ni jgn dipandang remeh tapi jgn diagungkan sgt takut lain plak jadinya...

          Harap pada tahun-tahun akan dtg adalah rezeki kami sekeluarga pulak buat ibadah korban ni...buat adik beradikku terima kasih atas daging yang sudah diperap dengan rempah sate tu yek...balik Kota Tinggi tinggal masak...yahooo...sedap banget plak tu...Lagi satu kami dapat berkumpul adik beradik pada Aidiladha kali ni...adik beradik aku juga adik beradik en. Hubby...tahun sudah ada je adik beradik yang xdapat balik...

Khamis, 3 November 2011

Aktiviti bersama...

            Hiiiii...lama takde entry...malaskah, sibukkah atau takde ape nk dibebelkan di sini. Rasanya semua sebab tu adalah sikit, malas pun iye, sibuk pun iye takde citer tu tipu..cuma takde citer yg selain biasa. Huhu takde yang special pun. Adake entry aku yg special??heeeee. Tapi sejak pregnant ni aku mmg selalu malas. Camne ye nak mengatasi masalah ni, risau plak anakku dlm kandungan ni terikut perangai buruk mak dia ni. Mintak jauhkanlah, baby ikut yg baik je yek...

            Sebab selalu perangai buruk tu jadi selalu laa dapurku tak berasap...makan kat luar, bungkus, atau mkn yg simple jek yg mudah disediakan. Tapi hujung minggu yg lepas aku ajak en. Hubbyku jalan-jalan. Yala minggu ni dia sgt sibuk selau balik mlm kdg-kdg pagi...hari sabtu dan ahad pn kerja...tapi aku dah pesan awal-awal mlm minggu waktu kita sefamily bersama...takdelah gi tempat yg best sgt pn...kami menuju ke medan yg menjual makanan spt yong tau fu dan seangkatannya. Aku gelar makanan tersebut cucuk-cucuk, sbb dia letak mknn tu spt sate cucuk pada lidi...gerai diorang ni kt van masing-masing. Area dekat-dekat dataran JB. Mmg happening tmpt tu...ramai sgt manusia dan aku yakin sebahagiannya adalah warga singapore...

           Tapi aku tak mkn kt situ...bungkus jek pastu lepak kt tepi pantai Lido sambil menyaksikan kereta yang lalu lalang dan sekali-sekala melihat bot kecil para penggemar pencari sumber laut...kami lepak dan mkn kat sana...ntahlaa ni dh kali kedua aku pergi...rasa tenang, tak macam kat Danga Bay banyak hiburan tapi selalu sakit mata tgk pemandangan yg kadangkala kurang mengenakkan.

Ni lah dia yang aku gelarkan cucuk-cucuk...sedap tau sesuai dgn harganya tapi kuah dia plak kureng...len kali beli kat van yang lainlah....

Hanis tak sabar dah nak merasa...tapi biasalah dia exited jek lebih...pastu bape ketul jek dia makan...

tapi meet ball tu semua dia nk abeskan sorang...mama pn nak gak...

makan sikit pastu leh plak duk menari berpusing-pusing, risau sgt kalau dia berlari ke jalan raya....kereta yang lalu lalang mana ada yg slow...


Hanis yang memang semakin manja ngan ayahnya. Mama dia garang dan malas layan dia sekarang ni...sian dia kan....

Tapi Hanis tetap sayang mama kan.....

Dapat gak....susah nak snap gambar bersama....bukan mudah nak dapat saat sebegini lebih-lebih lagi bila en. Hubby tu bz....


Gambar ni takde kena mengena ngan aktiviti di atas...Tgk tu...sdp kami meratah ketam air tgn en. Hubby...dia yg order ketam fresh kt kawan dia, dia yg bersihkan dan masak...aku main order jek dan makan...sungguh aku mmg belum layak utk jadi isteri mithali...tq my dear...i luv u forever lahhh (gambar tak begitu cantik dh mkn hampir habis baru ingat nak snap gambar...dh comot-comot mangkuk tu....)

              Walaupun en. Hubby bz tapi rasanya dia tak pernah mengeluh dgn perangai mengandungkan anak keduaku ni. Dia layan je aku...harapannya cptlah perangai burukku hilang...agar lebih sejahtera keluargaku...

Isnin, 17 Oktober 2011

Sepagi di HSI

            Hari Khamis yg lepas 13 Oktober 2011 tarikh yg ditunggu oleh en. hubby. Hari untuk dia menyerah diri ke hospital untuk operation kecil di kawasan berhampiran telinga. Alkisah dia ni mmg di tempat tu ada wujud lubang halus (mm lebih kurang cam lubang air mata) sejak dilahirkan lagi. Menurutnya juga, ibu dan kakaknya turut sama mempunyai lubang halus di tempat yg sama. Kenapa ada lubang tersebut hanya Allah yg mengetahuinya. Lubang tersebut ada yg boleh memudaratkan dan ada yg tidak memberi sebarang masalah pn. Buktinya en. Hubby mempunyai lubang tersebut dikedua-dua belah namun yg disebelah kiri sahaja yg menimbulkan masalah.

            Apakah masalah yg mengganggu sehingga suamiku rela utk dibedah....bisul. Bisul ni bkn kecik bila dia jadi...besar, terpaksa ulang alik klinik utk cuci dan buang. Bisul ni mungkin terjadi disebabkan sebarang kekotoran terperangkap di lubang tersebut. Sedangkan liang roma tersumbat pn boleh naik jerawat ni kan pulak lubang yang kedudukannya memungkinkan pencuci, minyak rambut mungkin losyen terperangkap di situ. Memanglah bisul tu terjadi setahun atau 2 tahun sekali namun dia tetap mengganggu kehidupan seharian. Nasihat dari kebanyakkan doktor supaya berjumpa pakar dan buang lubang tersebut. Rupa-rupanya kes sebegini dah biasa bagi pakar telinga. Kita je yg rasa pelik sebab jarang jumpa. Setelah berjumpa doktor pakar beberapa kali maka tarikh inilah en. Hubby akan di operate. Tapi sebelah yg biasa tumbuh bisul jek, yang sebelah lagi dia tak kacau.

            Awal lagi aku dah apply cuti nak menemani yg tersayang ke HSI. So pagi-pagi lagi en. Hubby spt biasa menghantar puteriku ke taska dan aku pura-pura hendak bekerja. Sebaik sampai ke hospital buat registration masuk tempat rawatan dan pembedahan, suamiku terus dipanggil. Terkedu aku seketika. Ntahlaa takut ke aku risau ke aku...walaupun doktor menyatakan pembedahan kecil dan tiada risiko namun sbb operate di kawasan kepala membuatkan aku risau. Tu yang aku sanggup tolak tawaran pergi ke Langkawi tu...

            Kerisauan ku mula pudar bila aku rasa sgt letih dan bosan menunggu. Masuk ke dalam pukul 9lebih....keluar dah hampir pukul 12...ooo lamanya. Bila saja nampak kelibat suamiku ditolak keluar dgn pantas aku mendapatkannya. Alhamdulillah dia senyum dan seperti tiada apa yg berlaku....bila nurse tanya ada rasa pening ke tidak dia kata tak ada...dia rasa ok. So kami boleh balik selepas amik ubat. Bersyukur dalam hati insyaAllah takde lagi bisul yg menakutkan...

 Sebelum operation...sempat bergaya dgn uniform tapi tak tahan tgk perut tu...mengalahkan bini dia yg pregnant ni....

sebaik sahaja selepas operate...sakit x? Gambar jahitan tak perlulah aku upload sbb aku sendiri ngeri nk tgk lama-lama.

Ya Allah semoga keluargaku diberi kesihatan dan kesejahteraan dan sentiasa di bawah lindunganMu...

Ahad, 14 Ogos 2011

Gumbiranya dalam Hati....

            Waa asik2 gembira jek sejak akhir2 ni...last week hepy sgt bila diumumkan kakitangan awam dpt bonus. Kali ni ape plak yg membuatkan diriku gembira sgt yek. Gembira dgn rezeki yg Tuhan berikan....Alhamdulillah sekali lagi ku panjatkan syukur pada yang Esa. Sepatutnya awal Ramadhan lagi aku xdpt menyambut sbb cuti 'org perempuan'. Tapi nyata sehingga 15 Ramadhan ini aku still bole berpuasa tanpa halangan. Alhamdulillah...moga dapat diselesaikan ibadah ini sehingga ke hujungnya. Tapi kenapa aku begitu yakin....try tgk gambar kat bawah ni. Tu saya punya bukan curi dr yg lain.

test kali ke 3 barulah aku yakin kerana warna utk line kedua sgt pudar utk test yg 1st dan 2nd

           Tapi xsempat check doktor lagi...insyaAllah keputusan di atas boleh dipercayai. Semoga aku sentiasa sihat dan kuat serta dapat menjadi mama yg lebih baik dari hari ke sehari...aminnn...

Ahad, 7 Ogos 2011

Balik kampung...berbuka di kampung...

            Seronoknya balik kampung lagi...xsabar nak berbuka ramai2. Tak rancang pun nak balik kampung...tapi x sampai hati pulak bila Hanisku asik tanya Tok Umi, Atuk, Nenek, Hakim, Pak Usu...bukan sekali dah berulang kali selama 2 hari sebelum kami sekeluarga balik kampung weekend lepas. Hehe kadang rasa macam anak derhaka pun ada...yelah balik kampung nak tunggu si kecik yg berumur 2 thn 3bln tu yg mengingatkan. Memang nak balik tapi perancangan tu xmuncul lagi.

            Jumaat bertolak tapi xsempat nk berbuka bersama...waktu berbuka kami masih dlm perjalanan. Lepas tu sampai Pt. Sulong kami singgah kat Juara Tom Yam kedai makan kegemaranku...yum yum...Malam tu bersahurlah dikampungku dan berbukalah kami beramai2. Tapi lebih ramai yg xde biasalah kan masing2 dh ada keluarga, nak berkumpul memang susah komitmen berbeza kan, walaupun sebenarnya aku dah SMS kakak2 dan adik2 yg menyatakan aku balik kampung dgn harapan dpt berbuka bersama. Klu zaman budak2 dulu weh bukan main meriah siap sebelum berbuka dah berebut makanan...bila dah buka mkn pn jarang nak abes. Huhu org tamak selalu rugi kan...tapi best sbb mkn ramai cukup 8org adik beradik ada...arwah mak memang akan ttp ada menu special tiap2 hari. Tapi tu dulu skrg dh tua dah...huhu

           Sahur seterusnya di kampung en. Hubby...maklumlah kalau umah mak mertua takat bape jengkal jek...klu balik wajiblah adil pergi kedua2 belah macam raya...huhu. Seronok tgk Hanis dpt jumpa cousin dan org2 yg dia sebut2...cuma Pak Usu x dapat jumpa sbb masing2 xcuti...ada jek kt JB nu nnti kita dtg terjah diorang kt hostel ye Hanis ye...Hanis happy mama lagi happy....

Hanis ngan ayah dia kalut nak pakai jam hello kitty hadiah Chicky Meal...Huhu Hanis jek yg makan kami puasa. Lokasi di Summit Parade...mama beli manik2 dan labuci2 utk misi sebelum raya...

Dengan aktiviti kegemarannya sekarang...ok bagi pen dan kertas confirm khusyuklah dia dgn kerjanya...tapi still nak ada org teman dan layan dia...mestilah ayah dia...

serius benar buat kerja...mama snap gambar pn buat xtau jek....

InsyaAllah masa raya nantilah kita dpt kumpul ramai2, masa tu semua mesti adakan...lagipun dah janji thn lps masing2 1st raya kat rumah mertua so thn ni kat umah kita...hooyeyyy....