Isnin, 20 Februari 2012

Festival Layang-layang Sedunia kali ke 17

           Wah event ni dah lama sgt aku nantikan. Aku dulu pernah pergi sekali je masa tahun 2007 masa aku keje kat Masai dulu. Zaman bercinta hihi....Lepastu sebaik je aku kahwin terus dapat kerja kat Kuantan. Dah kat Kuantan, mmglah aku tak dapat nak tgk lagi event ni. Awal thn lepas barulah dapat pindah kat sini tapi masa event yg aku nnti-nntikan ni aku outstation ke UUM...jauh tu klu aku nak curi-curi balik... So tahun ni la aku dpt tgk selepas 5 tahun






Sekitar pemandangan di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang. Sgt ramai pengunjung...tapi layang-layang plak tak banyak. Layang-layang yg besar mmg aku tak berpeluang langsung nak tgk. Keadaan cuaca yg kurang baik menyebabkan festival ni kelihatan suram dibandingkan pada tahun sebelumnya. Tapi ada je layang-layang yang besar dinaikkan tapi bukan waktu aku berada di situ. Lagi satu...kawasan tgh padang dikepung dgn pagar, tahun sebelum ni takde ok...so pengunjung bebas membentang tikar di mana sahaja. tapi kali ini ruang utk pengunjung menghabiskan masa bersama keluarga sgt terhad. Masa pun agak terhad kerana hujan turun hampir setiap petang....


ok ni markah gaya adalah...tapi layang-layang hanis tak nak terbang. Serius angin tak banyak, klu dulu aku tak sempat nak rasa panas...kerana angin sgt byk. Tapi tidak kali ni. Oleh kerana kesian kat Hanis...mama belilah kepala angry bird yg dah siap dgn gas helium....yg ni confirm terbang...huhu...

Adikku, Nurin yg berusaha tlg En. Hubby ku nak naikkan layang-layang... hanis dah bahagia dengan angry bird dia

Ok ada pun muka aku...Tu laa layang-layang yang Hanis pilih masa kitaorang gi Tanjung Balau. 'layang-layang pempuan'

Erm sempat mengabadikan gambar dengan Funna ex opismate kt Kuantan dulu. Diorang punya program keusahawanan sampai kat sini. Cayalah korang....

            Terus terang aku katakan yang aku kurang berpuas hati dgn festival ini pada tahun ini. Harap-harap di masa akan dtg lebih meriah dan cuaca ok...aku pergi Sabtu dan Ahad...bukanlah dekat dari umah aku...tapi nak pastikan dapat tgk layang-layang dan kanak-kanak yg berlarian bersama keluarga masing-masing sambil angin bertiup nyaman....Tapi semua tu seakan kurang pada tahun ini.... mood kecewa...



Jemputan Majlis sambutan CNY

            Seronok minggu ni sbb student cuti....tapi keje yg tertangguh harus disiapkan. Tapi tak best gak, klu minggu ni jugaklah dipadatkan dgn pelbagai meeting dan kursus...adoiii still sama macam ada student...Dahlah lari tajuk dah ni. Tapi aku still sempat nak update citer kat sini.

            Ni bukan citer utk harini...biasalah hujung minggu je ada aktiviti so citer berkisar tentang aktiviti hujung minggu. En. Hubby ajak ke CNY celebration. Wakil bos dia. Aku on jek...cumanya soalan yg terus terpacul...'ada org melayu lain x dijemput?'...'Makanan disediakan halal ke?'...So husband kata dtg je laa klu rasa lain macam jek...kita blahlaaa..

ok ni dia kad jemputan...dari S.P. Setia Bhd Group...bertempat di Show Village Setia Eco Cascadia...sape takde kad ni jgn harap dpt masuk, guard dia tgk betul-betul tau....


Melambung Yee Shang...wah ni 1st time ni...tapi aku tak buat pun. Awal-awal Hanis dah amik chopstick mama. Aku rasalah jugak...Erm sedap gak cam buahan campuran yg manis ada keropok...
Ramuan-ramuan biasa termasuk: ikan salmon segar, daikon (lobak putih), lobak merahcili kembunghalia, kaffir lime leaves, parsli Cina, potongan kacang tanahbiji bijan bakar, keropok udang Cina (atau udang kering goreng), dan tepung lima rempah. Kuahnya diperbuat terutamanya daripad sos plum. sumber wikipedia

           Lepas lambung Yee Sang...apalagi masa utk makan. huhu ni lah tujuan utama kami dtg, utk makan. Ok kat tempat pinggan dah ada label Halal Jakim dan nama caterer. Ok bole makan tanpa was-was. Lagipun masa kami sampai je org Setia Group yg menyambut kami tu pun Melayu dan menempatkan kami di meja yg masih kosong. Kat meja kami hanya 2 org je berbangsa cina yg lain melayu. So memang sambutan ni terbuka bukan utk bangsa mereka semata-mata. Hihi aku ni kan jakun sikit mana pernah gi majlis cmni. Erm macam-macam  makanan ada...tapi lupa nak snap gambar...

          Kami dtg majlis dah mula. So persembahan tarian naga dh lepas sbb tgk dancer dia dah berkemas...nmpak kat atas jalan ada bekas seperti baru selesai mercun dibakar...dah dtg lmbt tak dpt laa tgk. Padahal aku duk cerita kat Hanis nnti kita tgk tarian naga...nasib baik dia tak menuntut apa yg mama dia ckp nih....

Tgk Landskap Taman ni...cantik kan...Tapi tgk gaya mmg ni kawasan perumahan yg mewah...kawasan dia agak tinggi...so nyamannya udara dgn angin yg sentiasa bertiup...



Ayah dan mama melayan kerenah Hanis...'mama nak piece(bergambar) mama' layanlah....tapi belakang waterfall je laa...

            Pengalaman baru yang mungkin sgt berharga. Yelah kita kan 1 Malaysia....Moga ada jemputan utk tahun lain...hihi...

Rabu, 15 Februari 2012

Lama bertukar baru

            Hiihii...tgk tajuk tu agak-agaknya apa yg terfikir oleh orang lain. Alkisahnya sempena nak menyambut baby yg baru ni...kan aku byk bersedia utk penyusuan susu ibu secara eklusif. Breast pump, storage bottle, coooler box dah ada...tapi peti ais aku comel sgt utk memungkinkan penyimpanan susu utk stok yg mencukupi. Jadi yg lama aku jual kt student dan aku beli yg baru yg besar sikit. Wahhh rasa teruja sgt dgn peti ais baru...padahal peti ais je pun...huhuu

         Kisah 15 feb....dgn susah payah aku menghantar peti ais lamaku ke rumah student. Memang agak mengerikan bila rasa mcm xmuat je peti ais ni dlm mr. Getz aku. Maklumlah ada dua kereta pun semuanya kecik. Menuju lah kami ke Bandar Penawar dalam kesempitan ruang...mujur jiran aku bantu setting peti ais tu bagi muat. Klu  tak muat jugak terpaksa pinjam Exora dia...hihiii bagi ke dia?? Sambil menyelam sambil minum air...terus jalan-jalan ke Tanjung Balau. Hanis la paling suka.

Ni peti ais lamaku LG satu pintu...berapa liter xpasti pulak aku...

Tgklah bahagian freezar sgt kecil...dan penyimpanan susu bagi 
peti ais satu pintu di bahagian freezer = bertahan 2 minggu
bagi peti ais 2 pintu di bahagian freezer = bertahan 3 bulan.
Sila abaikan tahap bersepahnya peti ais ku ini...

Nah tu dia yang baru...puas hati besar(bagi aku dah cukup besar..yg besar lagi kat kedai byk) aku pilih Panasonic 350liter. Jenama saranan rakan sepengajaranku...harap2 byklah susu yg dapat disimpan. Makanan basah mmg jarang sgt aku menyimpan klu ada pun sikit-sikit je. Tapi tak taulah klu dah ramai anak aku terpaksa merajinkan diri memasak setiap hari. 


pintu peti ais ni sgt ringan...so Hanis dengan gembiranya membuka dan menutup...Pantang mama snap gambar  dia mesti nak ada...




Aktiviti di Tanjung Balau. Ramainya pengunjung di hujung minggu ni. Selepas anta peti ais lepak jap kat Tanjung Balau...tapi kena beli layang-layang baru sebab Hanis teruja tgk orang main layang-layang. tgklah bukan main dia berlari bila layang-layang 'pempuan' dia dah terbang....(dia sendiri yg pilih ok, nak layang-layang pempuan). Takpe hujung minggu ni mama pasti akan bawak Hanis ke Festival Layang-layang Antarabangsa di Bukit Layang-layang Pasir Gudang. Sgt tak sabar...

           Ok peti ais lama dah tukar baru harapanku misi aku berjaya. Usaha+doa+tawakal....semuanya utk baby mama yg bakal lahir ini...hanya yg terbaik untukmu sayang....

Jumaat, 10 Februari 2012

Wedding Best Fren...

           Hari dan saat yg ditunggu telah tiba. Hari bahagia Suhaini & bakal suaminya (skrg dah sah jadi suami pun). Eeeh aku plak yg terlebih suka plak. Bukan apa aku tumpang gembira bila kawan kita bahagia. Lagi plak kawan kita tu pernah rapat dan berjasa pada kita. Dulu aku kan PJJ dgn en. Hubby...so anak-anak dara ofismate aku ni lah tempat menumpang gembira aku dan Hanis. Mungkin tak setiap masa walau beberapa kala sahaja tapi itu sudah cukup memberi makna dan kenangan manis. Eh pjg lebar dah aku melalut ni. Aku gembira juga disbbkan pastinya akan jumpa ex ofismate yg hadir di majlis itu nanti

          Aku bertolak pukul 10 pg...lewat sikit, mlm sblm bertolak sgt malas nak packing brg ok. Tido awal. Bila pagi baru terhegeh-hegeh nak berkemas, siap cuci baju dulu...bila nak gerak tgk dh pukul 10. Alhamdulillah perjalanan lancar dan kami tiba pukul 1 lebih dikala kompang mula dipalu. Macam menyambut kehadiranku plak hehee. Wahh baru nak parking dah nampak Ina dan family...sampai dpn umah pengantin...tgk team kompang majoriti ex ofismate aku...yang berderet menjenguk pengantin kat pintu juga ex ofismate aku...wah aku sgt seronok ok...dpt jumpa mereka semua, bersalam berpeluk, even just bercakap sepatah dua...yelaa masing dtg bukan lama. Cuma terkilan sikit xsempat nak bergambar dgn mereka semua. Mereka balik dikala Hanis mengajak ke toilet. Nasib baik pengantin ada...heheh takkan pengantin pun nak cabut awalkan...

tu dia pasangan pengantin dengan rona ungu...aku pakai color tema juga nmpknya...Tahniah Sue moga berkekalan bahagia hingga ke Syurga ye...Hanis yang sgt suka dpt pegang bunga pengantin...

         Dah dapat bergambar kami pun mengundurkan diri, tapi aku ada tempat nak dituju...teringain nak tgk Tasik Chini. Yela rumah pengantin kan kt Felda Chini, dah dekat sgt Tasik tu En. Hubby dah pernah pergi waktu mengikut rombongan pengantin kawan dia, tapi tu dah 6 atau 5 tahun yg lalu. Jom tgk Tasik Chini.

Jetty yang panjang sehingga hampir ke tgh tasik (ni mengikut pandangan mata aku...tai tasik ni sgt luas...siap dibahagikan kepada beberapa nombor-mengikut perjalanan bot disitu.) Hanis sibuk ajak naik bot, tapi aku taknak...aku takut....

Ececehhh...anak dara aku bersama ayahnya...


Luas tak? Mengikut info ini adalah tasik yg kedua terbesar di Malaysia....

Posing jap dgn anak dara ku ini

Senyum....


Sedikit info tentang Tasik Chini...baik-baik nanti penunggu tasik muncul....

           Oleh kerana penat kami terus ke Kuantan. Tempat yg terus dituju rumah pengasuh Hanis dulu. Tapi Hanis tak mesra dgn ma dia tu...mgkin dulu masih terlalu kecil untuk dia mengingati. Kami bermalam di Kuantan, sempat menjenguk  Teluk Cempedak yang mmg sgt happening dimalam minggu...kalah Danga Bay tau...Dan keesokannya awal pagi lagi kami dah bertolak balik, singgah sebentar kampung Tok Ubai untuk menikmati keenakkan sarapan di situ. hheehe teringin lagi...teringin makan nasi dagang....

Dah setahun ku tinggalkan Kuantan...Tapi dah 2 kali kunjungan aku ke sana. Sungguh aku tak dapat melupakan tempat itu walaupun hanya 3 thn aku di sana...


A & W

            Lama tak update blog...bila update plak selalu story yg dah tertunda. Maklumlah sibuk sikit bila student dah masuk, kelas plak hampir setiap hari pagi sampai ptg. Balik rumah memang sgt penat. Masak uii sgt susah dapur nak berasap kecuali hujung minggu tupun kadang idak berasap jugak...

            Heeehee kembali pada tajuk...awal february ni tekak aku begitu merindui untuk makan di A&W. Siap dah ckp dgn en. Hubby nanti weekend kita mkn A&W yek. Seperti biasa dia layan jek...lagipun bukannya aku mintak dia belanja. Tlg temana dan jadi driver jek. Tapi xsempat weekend menjelma aku dah terbayang root beer float yg meresapi tekakku. Maka mlm jumaat tatkala org lain sedang membaca yaasin atau amalan2 baik di mlm jumaat aku pergi mencari restoren A&W... Walaupun jauh aku redah je. SLUrrPP...alhamdulillah. Harap perutku yg sensitif ni tak meragam dek aku belasah air berkarbonat ni.

pregnant dah nak masuk 8 bulan...tapi mengidam cam org baru start pregnant

Wahh Hanis pun antara individu yg sgt gembira bila mama ckp jum kita keluar makan...

            Bahagianya rasa bila saat-saat begini apa yg kita nak dapat...sambil ditemani insan-insan tersayang...