Khamis, 29 Mac 2012

Normal or Ceaser???

            Genap dah 39weeks pregnant. Debaran sudah kian lama terasa...Mood malas nak buat kerja sentiasa rajin menjenguk tiba...stress ditempat kerja kerana sentiasa ada penambahan kerja sedangkan kerja yg perlu disetllekan sebelum cuti asik tergendala...Ikutkan hati nak je aku cuti awal...tapi aku akan jd lebih malas dan asik tido...oo itu sgt tidak elok....

             Kembali kepada topik...Isnin lepas aku berjumpa pakar O & G...bukan aku yg nak jumpa...tapi dah arahan doktor ataupun lebih mudah prosedur pemeriksaan dah macam tu kena lah ikut. Tapi tak semua org kena jumpa pakar, yg ada masalah kesihatan semasa mengandung. Tapi aku bermasalahkah? ooo rasanya mmg takde masalah...tapi sejarah kelahiran anak pertama yang terpaksa emergency ceaser tu yg menyebabkan aku perlu refer pada pakar... Ayat pertama dia "Puan jgn risau bersalin ni ada 2 cara shj kalau bukan normal ceaser, klu bukan ceaser normal" Allahuakbar Dr Ramadas ni...tu aku pun dah maklum....

           Jika dilihat dari scan, kedudukan, keadaan baby dlm perutku sgt ok. Mmg peluang utk normal 80-90%....tapi bila Dr. tu ckp tapi biasanya masalah poor progress(masalah yg menyebabkan aku terpaksa ceaser) ini kebiasaannya kerap berulang. Tapi jgn risau walaubagaimanapun puan akan cuba normal dulu. So kesimpulannya kalau cubaan utk normal berjaya...aku hanya akan lalui fasa itu sahaja...tapi klu kes dulu berulang maka aku akan melalui fasa dibius dan diceaser...-YaAllah aku redha dengan ketentuanmu. Hanya Kau yang Maha Mengetahui yang terbaik utkku- Mmg jauh di sudut hati aku nak melahirkan secara normal, tapi klu mmg terpaksa ceaser aku perlu terima utk kebaikan diriku dan anakku....

          So normal atau ceaser akan diketahui bila tiba masanya - alamak debaran semakin kencang, apalagi bila rakan seangkatan telah menyerah diri utk diinduce kerana berat baby dah melebihi sepatutnya...walaupun sepatutnya due aku dulu baru turn dia...apa-apa je lah yg penting selamat....

Persediaan nak masuk rumah baru...

            Wah sejak dah dpt kunci rumah ni entry asik pasal rumah jek. Walaupun rumah tu byk defect maka segala grill dan kabinet tak dapat nak buat selagi pemaju tak hantar kontraktor utk baiki defect tersebut. Jadi lmbtlah prosesnya...lambatlah nak masuk rumahnya...tp oklah setakat ni meter TNB dah pasang, DB dah pasang...mgkin sehari dua lagi meter air SAJ akan disambung...

             Jumaat yang lepas, 23 mac, aku cuti sbb nak keluarkan duit KWSP aku seberapa byk yg boleh. Tapi masalahnya tak byk sbb aku dh kelaurkan 10% masa loan beli rumah dah lulus. Seb baik aku ni kakitangan kerajaan dan ada skim pencen yg membolehkan aku mengeluarkan simpanan aku. Tapi bukan semua dan aku pun tidak pasti berapa byk. Tanya pegawai yg uruskan pun dia kata nanti puan tgk berapa masuk dlm akaun puan ye. Kami tak dapat memberi perincian sekarang....mmm sabar je lah...tunggulah seminggu dua lagi...

           Selesai urusan di KWSP aku pergilah ke Danga City Mall. 1st time aku masuk mall ni. Sbb ada Mom and Baby Expo. Tentang expo ni aku citer entry lain nnti yek...lps aku tgu en. Hubby solat Jumaat kami meneruskan misi mencari lampu dan kipas utk rumah kami...sambil-sambil nak survey kabinet dapur. Alhamdulillah kami pergi kat area Bukit Indah sbb byk kedai lampu di sana. Aku tak pernah tau pun, tapi en. Hubby kan kerja kat area sana...so dia yg beriya bawa aku ke sana. Ok 3 kedai kami masuk, cari design compare harga...terus decide dan beli...yang tak tahannya kami beli dari ketiga-tiga kedai. Yelah design lampu tiap kedai pun lain kan. lepas tu harga pulak ada kat kedai ni mahal tapi kedai sana ok. Kami taklah beli yg design pelik...just lampu hall utama, dining, car porch yg ada design sikit. Lampu dan kipas utk bilik dan yg lain semua yg biasa jek...nak harga yg biasa. Alhamdulillah selesai yg itu, tapi kabinet dapur mmg tak nmpk lagi...mgkin kumpul quatation dan compare dgn budget kami. Haraplah lepas.


salah satu kedai yang kami kunjungi...teruja dan rambang mata...tapi teguhkan iman perlu bersederhana...


hah tu dia ternganga en. Hubby...miss ni plak sgt peramah dan yg aku paling suka dia mudah utk negiotate harga. Semua yg kami beli dapat ditawar, menurutnya kedai dia ni sgt baru...so masih dalam promosi...


Nilah hasil yg dapat kami sambar...huhu rasanya setiap ruang yg perlu ada lampu dan kipas kami dah beli. tinggal pasang dan adalah point yg perlu ditambah memandangkan rumah tu hanya menyediakan poin kipas utk ruang utama dan master bedroom shj. Anak dara aku tu biasalah sgt suka jadi model tak berbayar skrg ni....

           Pada Sabtu kami meneruskan pencarian herga dan material yg berpatutan utk kabinet dapur kami. Tapi klu nak yg cantik dan tahan lama kena prepare RM10K ke atas ok...alahai sayangnya duit...tapi takpe mgkin lepas ni ada tmpt yg harga lebih murah dan materialnya ok...byk-byklah berdoa ye...

Terima Kasih abang....

           Seperti biasa org pertama yg wish happy birthday pastinya en. Hubby. Aku tau dia tak pernah lupa cuma kadangkala lambat sikit...dan aku pun tak pernah mengharapkan sesuatu yg bersifat material berharga. Kalau itu yg aku nak, pastinya aku tak memilih dia utk menjadi raja yg bertakhta di hati...pastinya aku cari org yg bergelar datuk ke jutawan ke...hihi tapi dia adalah pilihanku, jodohku yg dah tertulis dan aku rasa dialah yg terbaik dan sesuai untukku...moga Allah memberi jodoh ini sehingga ke Syurga. Semoga rezeki kami sekeluarga sentiasa dilimpahi rezeki dan rahmat...

ok takde sebiji kek...tapi 3 jenis potongan kek. So takdelah upacara potong kek, just ucapan dan ciuman dari en. hubby dan si comel kesayangan mama sebelum makan kek...

tadaaa...ni yg dia beli...alhamdulillah...mmg dia selalu ckp, "mama belilah purse baru dah mengelupas kt tepi-tepi tu" aku ni selagi duit tak bocor aku malas nak fikir...belum lagi tahap keperluan...lgpun purse bukan utk ditayang...duduk elok dlm hand bag kan. Tapi org dah bagi mestilah diterima dgn hati yg terbuka. berapa harga..takpelah tak perlu difikirkan...terima kasih abang...sayang abang...

              Semoga kebahagiaan ini kekal yaAllah. Semoga anak yg bakal lahir ini akan menambah kebahagiaan kami sekeluarga...Aminnn

Rabu, 28 Mac 2012

Horaayyy dah dapat kunci rumah baru....

            Ni entry tertangguh lama sgt dah. Nak share kat sini betapa gembiranya aku bila dpt call dah boleh amik kunci pada hari tersebut.(16 Mac 2011)....tapi aku tak dapat gak nak amik pada hari tersebut mengenangkan aku dan en. Hubby tak dapat nak meninggalkan keje utk amik kunci rumah.Ok tangguh ke hari Isnin. Teruja ok, rumah kami patut siap bln 6 thn lps, tp tertunda hingga tarikh ini. Tapi alhamdulillah penantian sudah berakhir.  Tapi bukan semudah yg disangka ye nak masuk rumah baru, byk perkara yg perlu disediakan....difikirkan...

            Ok antara perkara utama yg perlu difikirkan adalah grill pintu dan tingkap bagi keselamatan diri dan harta benda, kedua perkakasan elektrik sekurang-kurangnya yang wajib mestilah lampu dan kipas. Ada budget lebih bolehlah tambah kabinet dapur, perabot di bilik-bilik. Semua perkara ni akan jadi senang bila ongkosnya ada...jika tiada mmg beratlah jadinya. Aku??? sedang mencongak, mencari....mana-mana ada simpanan yg boleh mengadakan benda ini semua. Tak lupa kumpul quatation dari beberapa kontraktor supaya kita dapat perkhidmatan yg berkualiti dgn harga yg berpatutan. Harap sgt budgetku mencukupi utk buat kabinet dapur....

           Rumahku syurgaku...pasti aku nak yang terbaik utk rumah sendiri...sebelum ini meyewa tak bolehlah nak lebih-lebih kan....

ooo ni laa mahligai kami sekeluarga....
opps ni gambar dari web pemaju...gmbr cth jek, rumah aku bukan corner lot pun...

Bersyukur....

            Alhamdulilllah kupanjatkan syukur atas nikmat yg Tuhan berikan. Yaa aku sudah 31tahun berada di dunia ini. Semoga hari-hari mendatang aku akan lebih cemerlang dalam memberi kebahagiaan kepada keluarga serta kerjayaku. Terima kasih insan-insan tersayang yg berada di sekelilingku....semoga mereka tak pernah jemu dengan kerenahku....

           Ya Allah rezeki darimu tidak terhingga...rezeki yang jelas adalah anak yg bakal kulahirkan ini. Semoga semuanya dipermudahkan. Aku sentiasa berdoa semoga ditetapkan imanku dan semakin dekat denganmu. Amin...

Rabu, 14 Mac 2012

Kerja...kerja dan kerja

            Sebelum aku cuti bersalin ni byk benda nak kena settle. Takot nnti aku menyusahkan org lain. Klu org yg aku susahkan tu jenis yg paham dan tak berkira takpe. Klu jenis nak merungut dan rs beban tertambah... aku mmg rs tak sedap...Tapi sejak akhir-akhir ni macam byk sgt program kat kolej aku nih...walaupun sasarannya students...tapi sbg lecturer aku pun memainkan peranan jugak...tak pasal-pasal jd sibuk sbb nak menyibuk... Aku ngajar kt kolej komuniti...bukan unibesiti...so budak2 ni nak kena pantau dan selia selalu....tapi alhamdulillah 2 perkara dah selesai semalam

Perhimpunan pagi yang dianjurkan oleh student kelas aku ler...hihi kelas lain pun kena ikut turn jek...ni aku snap gambar persembahan  mereka...lagu 'ingat sokmo hok mok pese'...suara dah ok audience senyap (sgt memberi perhatianlah tu) tapi pemandangan kurang menarik pabila kurasakan mereka ni perlu belajar berdiri tegak...Tapi yang penting aku berterima kasih pada semua kerana beri komitmen pada tugas yg diamanahkan. Walaupun persediaan agak last minute...

Sempena sambutan Maulidurrasul pada 28 Mac nanti, diadakan pertandingan Nasyid antara kelas. Bayangkan pagi tu kami yg handle perhimpunan...ptg plak kena join pertandingan nasyid, yg menang kena buat persembahan di hari sambutan sebenar nanti. Tgk masalah yg sama susah nak berdiri betul...tapi better than persembahan perhimpunan tadi...

          Tu belum masuk lagi program CSR (Khidmat Bakti Komuniti)...dah berjalan 2 kali...dan akan ada sekali lagi dlm tempoh terdekat ni. Aku still kena join ke...tak larat nak naik turun tangga, setakat nak mengarah dan memantau student memastikan kerja selesai aku ok...tapi nak mendaki tu aku ralat sikit. CSR ni biasanya kat sekolah. Sekolah sekarang ada yg 4 tingkat...aircond yg nak diservis pn byk...Khidmat bakti kami adalah servis aircond...maklumlah dah ngajar budak course aircond kan....takkan nak servis benda lain plak...
hihi ni saje jek...bekas pelajar aku...sem lepas aku ajar diorang sem ni diorang dah ada lecturer lain...wahhh nampak khusyuk....

CSR di SMKA Bandar Penawar (28 Feb 2011)

Dah penat sgt lupa nak mengabadikan kenangan CSR di SK Datuk Usman Awang (6 Mac 2011), lagipun peg. yang entertaint kitaorang dah beredar mungkin byk kerja lain yg perlu disettlekan. Kitaorang sempat menyinggah rumah rakan sepengajaranku...sbb dia dpt new baby.

            Mungkin akan ada satu lagi CSR...dan majlis sambutan Maulidurrasul nanti pelajar wajib turut serta dalam pertandingan kain rentang dan perarakan. Itu memerlukan komitmen pelajar dan seliaan dari lecturer jugak...program dan aktiviti ni mmg bagus tapi anak-anak didikku...jgn sampai tak tergapai apa yg nak kamu pelajari dahlah....biar seimbang semuanya yek...



           

Balik kampung...tgk anak sedara baru

            Lama sgt tak di udpate blog ni. Si empunya sedang kemalasan...Aku pun pregnant dah masuk 37weeks. Dah semakin lambat pergerakanku. Dah semakin ramai yg menegur tumbesaran perutku yang sgt pesat. Tapi aku still kuat berjalan. Balik kampung lagi weh last weekend. Seperti biasa balik kampung bukan untuk berehat tapi melawati semua tempat.

           Seawal 10pg kami dah bersiap sedia utk berjalan. Kat Batu Pahat ni mana lagi nak pergi bandar je lah...aku pun ke Summit dgn alasan nak beli hadiah baby utk akakku yg sulong Kak Anti..atas kelahiran anaknya yg ke5. Balik tyerus menuju umah kak Anti. Malangnya dia takde kat rumah, aku membayangkan mestilah dia ada, belum 40 hari kan...Tapi dia mengunjungi umah sedaranya yang ada majlis sikit. Tapi menurutnya on the way balik. Aku pun pergi lepak surau berhampiran sementara. Setelah lama dan bosan menunggu, barulah dapat aku jumpa baby baru tu...klu.

            Oleh kerana sabtu dah lepak umah MIL...maka ahad giliran rumah aku pula. Kat umah abah ni ada baby gak...anak kak lela. Kak Lela balik kampung sempena cuti persekolahan. Aku dah tgk baby aqeel ni masa 5hari...ni aku dpt tgk lg, dah dekat 2 bulan...wahhh tak sbrnya nak menatap anak sendiri...baby dalam perut...jgnlah duk lama2 sgt...meh lihat dunia...lihat mama...eiii tapi kena lalui proses bersalin dulu...alahai kecut perutku...

              Aku sempat jumpa mak bidanku utk tgk kandunganku...dia menyatakan yg baby dah turun...suka aku dgr...tp oopss aku taknak over exited...pengalaman hingga terpaksa meyerah diri membuat aku lebih bersedia dan tak nak terlalu mengharap takot stress. Buktinya harini jumpa doktor...doktor kata baby tak turun lagi...so mana 1 yg betul???tunggu dan lihat sahajalah.

           Layan gambar anak daraku....

Tak abes-abes nak suruh snap gambar dia...nak fokus pilih brg pun susah. Lokasi: UO Superstore, The Summit, B. Pahat


Tgk...bukan beli hadiah baby semata melayang dah duit mama beli baju kakak Hanis. Takpelah dia dah makin meninggi baju jalan dia semua bila angkat tgn ke atas...akan nmpklah perut(dah singkat)

Sabtu beli, Ahad dah pakai...ayah dia laa ni. Nak pergi kenduri kawen eloklah pakai camni, sopan jek.. tapi nmpk serabut sbb baju besar. aku saje jek bli saiz besar biar leh pakai lama...mak aii kedekutkan aku nih....baru je lepas potong rambut...tapi nampak tak berubah plak ngan gambar di atas sebelum potong rambut...

          Selagi mama larat dan belum berpantang ni puaslah mama alayan Hanis jalan-jalan. Harapan mama bila mama berpantang nnti rajinlah ayah bawak Hanis jalan-jalan yek...sbb itu adalah permintaan dia bilan weekend menjelang....

Rabu, 7 Mac 2012

SBPA batal???

            Wahhh tajuk....sebelum ni slalu citer benda yg dah berlalu. Tapi yang ni pengumuman hari ni ok. Aku merupakan salah seorang dari penjawat awam di Malaysia. Aku tak pasti nak geram atau marah atau suka dengan apa yg PM umumkan ni. Pada mulanya dengar dr mulut kengkawan je berita ni, aku mmg sgt marah ok. Yelah kelas seharian, bila rehat jumpa staf kat kantin dan dgr berita yg mcm tak best ni (pd masa tersebut aku rasa berita ni sgt tak best)...

Inilah intipati penting pengumuman tersebut

          Setelah selesai membeli makanan terus laju aku mengadap lappy mencari info tentang pengumuman ini. Mmmm  tak perlu pun bukak website kerajaan or yg lain...Kat Facebook dah ramai yg update status dan share info. Setelah baca dan aku fahami reda sedikit kemarahan...cuma kesal sebab dah sign, siap menghabiskan masa pergi taklimat kat luar...dgr forum, bual bicara...then at last BATAL. Tapi yg membuatkan aku sejuk hati, gaji tetap naik...walaupun tak sebanyak seperti Skim SBPA. Aku nak buang marah aku ni jauh-jauh...dan cuba menerima rezeki yg ada ini...Ramai lagi di luar sana yg jauh lebih susah dari aku.

        Aku sebenarnya risau sbb bulan depan aku akan menyambut org baru dan kemungkinan besar akan terima kunci utk rumah yg aku beli. Of course perbelanjaan bulanan meningkat. Bila aku sign SBPA dah berangan menyusun budget utk thn ini. Tapi takpelah aku sgt pasti setiap anak tu adalah rezeki. So jgn marah jgn emosi...kita teruskan hidup dengan enjoyyy...Alhamdulillah syukur atas rezeki Allah berikan. Semoga kerja aku sentiasa dalam keberkatan.