Rabu, 29 Mei 2013

Remeh tapi menakutkan

Tiba-tiba rasa terpanggil untuk ulas sedikit isu bola sepak yg terjadi pada 28 Mei 2012 di Kuantan. Perlawanan antara Pahang dan JDT. Aku bukan peminat bola, tapi aku tetap mengikuti sebab en. Suami adalah sgt meminati bola sepak. Katanya tak tercapai cita-cita mahu menjadi pemain bola...huhu tergelak sekejap...

Sejak wujudnya JDT...mmg bertambah minat lah suamiku dgn bola. Ye dia selalu juga masuk stadium tgk depan mata... katanya aura yg sgt berbeza berbanding tgk depan TV. Tapi isu yang 2 hari lepas menjadikan aku mahu melarang suamiku masuk ke stadium. Ini soal keselamatan... Rakyat Malaysia, 1 Malaysia...tp nak gaduh sbb bola sepak. Yang berpenat dalam padang pun tak gaduh kenapa yg menyokong nak bergaduh.Sangat menakutkan ok...terutama sekali kepada kanak-kanak. Wahai ibu andai kamu peminat utama bola sepak pun...buat masa sekarang ni fikirlah 2 kali jika ingin membawa anak kecil. Itu keselamatan, belum lagi kalau mulut jahat yg mengeluarkan kata-kata yg kurang sesuai untuk anak kita dengar kan.

Pihak-pihak yang berkenaan perlu ambil berat, isu ini takkan timbul jika tiket yg dijual ikut kapasiti stadium kan...takdalah limpahan penonton. Iye mereka dah beli confirmlah mereka nak tgk. Tapi kalau takde yang mengalah permainan takkan dimulakan. Sudahnya lawan kat stadium lain. Ulat-ulat tiket tidakkah anda rasa bersalah atas insiden yg berlaku... Anda hanya tau mengaut keuntungan semata-mata. Moga perlawanan dapat dijalankan dengan aman di Bukit Jalil nanti. Pahang atau JDT yang menang tu semua adat pertandingan. Tapi kalau rezeki menyebelahi JDT alhamdulillah. Tumpang happy untuk suamiku... hhiiiihiii. Johor luaskan kuasamu...

Penyokong semua kawallah emosi anda...biarlah ia dikawal oleh akal yang waras... Kita tetap 1 Malaysia...Malaysia ni kecik jek...

Jumaat, 10 Mei 2013

Mampukah Aku?Pregnant...Menyusukan...

Alhamdulillah, syukur atas rezeki dan nikmat yang Allah SWT berikan. Aku masih terkedu dengan sebuah kenyataan yang harus aku terima dan bersedia dari segi mental dan fizikal untuk aku lalui. Hah walauapapun aku wajib terima dengan hati yang terbuka, rezeki Allah nak bagi.

Sejak akhir-akhir ni aku rasa aku bertambah kurus, dan satu hari tu selepas sambut birthday puteri-puteri aku tu...keesokkanya aku mengalami sakit perut, aku membuang dan muntah-muntah. Ku gagahkan diri menanti habis bekerja, tapi masa aku habiskan di surau. Aku yakin aku gastrik atau masuk angin sbb makan KFC semata-mata hari sebelumnya. Tapi ramai juga yang meneka mungkin aku pregnant...tapi aku nafikan sekeras-kerasnya.

Aku balik kampung untuk jalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Balik mengundi. Umi tegur "lin kenapa kurus sgt? mengandung ke?nampak cengkung sgt muka tu" aku ckp taklah semestinya...tapi jauh di sudut hati aku mula risau, kerana lepas bersalinkan Hannah aku ada 2 kali je period...dan tak teratur... YaAllah jgnlah...Mlm terakhir aku di kampung tidur di rumah MIL, aku bermimpi aku bersalinkan anak perempuan...

Hari Selasa aku start kerja selepas aku balik mengundi...sempat aku pesan kat en. suami, tlg beli pregnancy test. Sebab hati ni mcm dah merasai yang aku pregnant. Dahlah aku kerap lapar...walaupun lepas makan, ni simptom-simptom aku mengandung masa yg lepas. Ok pagi rabu aku test... ok confirm 2 jalur... Aku memang dah mengagak.

Pregnant!!! bersediakah aku. Masalah pertama, rapatnya anak aku. Masalah kedua aku masih menyusukan anak aku yang bongsu sedangkan dia baru cukup setahun... Rapat...oooh confirm akan ada mulut-mulut yg bercakap cepatnya...tak merancang ke? Ahhh aku abaikan rasa malu atas persoalan itu

Masalah kedua... yang ni agak berat untuk aku. mampu ke aku nak susukan anak aku sedang dalam perut ini ada si kecil yang membesar. Cukupkah bekalan kalsium untuk anak yang di dalam? Aku ada membuat sedikit pembacaan, boleh nak berikan susu pada anak jika kandungan tidak berisiko. Tapi pastikan makan makanan yang cukup nutrisi dan cukup rehat... Bukan mudah ye... Aku still teruskan penyusuan dan masih mengepam di ofis. Tapi aku rasa aku sangat letih dan sakit-sakit badan. Perjalanan ke tempat kerja sejauh 62km menambah keletihan, suami pulak tengah sibuk dan akan sampai ke rumah bila kami anak beranak sudah nyenyak tidur.

Sedaya mungkin aku akan cuba memberi susu kepada Hannah, kerana dia memang sedang sangat suka menyusu. Dulu balik kerja dia taklah begitu teruja nak mencari...tapi sekarang, asik nak melekat dengan mama. malam nak tidur, memang nak susu mama sampai nyenyak baru dia akan lepaskan. Tak sampai hati aku nak pisahkan. Tapi mampukah diri aku...

Jumaat, 3 Mei 2013

Cerita Susu...

Umur Hannah dah setahun setengah bulan.... Anak dara aku tu dah pandai jalan, panjat tangga, tolak kerusi... hiii macam-macam lagi lah dia pandai. Kalau mulut dia plak selalu sebut... "maaaaa... maaaa..." walaupun ayah yang dia panggil. Pastu suka sebut "nak" tak kisahlah dia meminta atau dia memberi. Kalau dengan kakak Hanis yang kedekut tu plak... apa yang kakak ada dia pun nak, apa yang kakak buat pun dia nak buat.... botol air pun kena beli sama, ada tali ok nak sangkut kat leher...jalan pun selalu tersadung, ada hati nak mengangkut barang... heiii Hannah... Hannah

Alhamdulillah selama mana Hannah ada di dunia ini selama itu jugalah mama tak pernah beli susu formula untuk dia. Bertuah kan Hannah. kakak Hanis dulu hanya 3 bulan sahaja tau. Masa tu mama sempit ilmu penyusuan. Tapi sebaik hannah 6 bulan, makanan tambahan lain dah diberi. eh rasa tak sempat 6 bulan dah makan bubur... kalau sekarang susu pun mama bawakkan 8 oz sahaja, macam dia masa umur 3 bln dulu. Sebab kat rumah pengasuh dia suka makan. Kalau kat rumah suka nak duduk dengan mama sambil selak baju mama... ish sungguh tak malu ini anak hiii.... Eiii ni nanti jgnlah ada masalah bila tiba nak pisah susu. InsyaAllah mesti boleh ditngani...

 Waah ni meriah stok susu untuk si kecik mama... ni sewaktu awal nak mula kerja. Tak banyak seperti ibu-ibu lain tapi alhamdulillah cukup.

 Ni tgh packing, abis kursus kat kal seminggu. Ni stok seminggu...sgt berat wooo. Seb baik kenderaan jabatan jemput depan lobby hotel...

Sekarang ni lah hasilnya setakat camni je lah... paling meriah pun 2 botol penuh = 10 oz. Tapi alhamdullillah stok sentiasa ada walaupun tak byk. Kalau setakat outstation 3 hari ok lagi. tapi kalau seminggu dua, parah gaklah...

Alhamdulillah aku bersyukur yaAllah kau tunaikan impianku untuk memberi susu ibu ini sepenuhnya kepada anak aku. Semoga Hannah membesar sebagai anak yang cerdas, cerdik dan taat kepada agama dan orang tua.

Kakak Hanis, mama tetap sayang akak sama macam mama sayang Hannah. Tak ada beza pun. Bukan itu je, kalau ada rezeki ada adik lagi tahun-tahun akan datang, sayang mama pada Hannah dan Hanis tak pernah berubah... Garang dan membebel tu bukannya benci, tapi habit yang sukar untuk dikikis dari diri mama ahaks...

Khamis, 2 Mei 2013

Happy Birthday My Princess

Post yang baru sebentar tadi kununnya nak citer pasal birthday diorang... tapi melaut plak aku. Birthday hannah jatuh pada 15 April, kakak Hanis plak 25 April. So mama bagi diorang share potong kek pada 29 April. Lambat sikit, almaklumlah mama dan ayahnya asik busy kononnya.

 Kek yang mama tempah dari http://delicioushalalcake.blogspot.com
Ada nama Hannah dan nama Hanis, ada gambar Hannah dan gambar Hanis...
 Hannah makan kek. Tu bersama pengasuh, kawan-kawan mama jgn kecik ati, mama just ajak pengasuh dan anak-anak dia jek, memandangkan merekalah yg paling rapat dengan Hannah dan Hanis
 Wah sudah remaja si kakak... perangai pun boleh tahan gak....
Seronok sgt bila dapat menghabiskan masa bersama... semoga sentiasa ada masa gembira untuk kita luangkan bersama

Agak-agaknya tahun depan bertambah ke bilangan...adoii sakit bersalin masih terasa, tapi ayah request nak anak lelaki kembar... Haahuuuhaaa ketawa kesesakan aku...mampukah aku menahan sabar, menjaga anak perempuan dua yang berbeza umur pun mama selalu 'bertukar' inikan pula kembar lelaki. Aku berdoa jelah, Allah yang memberi rezeki dan Dia juga yang Maha Mengetahui aku mampu atau tidak untuk menerima rezeki itu...

Sekian terima kasih... eh nyanyi sikit... Hepy besday to Hannah dan Hanis hepy besday to you

Cepatnya Masa Berlalu

Usang sudah blog ku ini. Tidak dikunjungi oleh sesiapapun rasanya sbb tuan yang empunya diri pun tak menjengah. Alhamdulillah sekarang student sedang cuti sem...markah student dah setle, so kerja-kerja sampingan shj yang menanti. So aku ambillah sedikit masa di hari Jumaat yang mulia ini update sikit cerita. Dapat aku tarik nafas panjang, lari seketika dari kesibukan yang kadangkala rasanya tak tergalas oleh manusia sederhana sepertiku...Tapi aku dibayar gaji tiap bulan untuk kerja yang aku lakukan...so ikhlaskan diri ye lin...

Kenapa tajuk "cepatnya masa berlalu" kerana Hannah Irdina puteri bongsuku itu setahun sudah....Dah semakin ligat...sebelas bulan sudah berjalan, nak compare kakak hanis dulu setahun sebulan baru berjalan. Tapi gigi lambat sikit... Sekarang dia dah faham arahan-arahan mudah. "hah pegang tgn kanan tak nak pegang makanan tgn kiri" lantas dia akan cuba tukar kuih yg disuap ke dalam mulut ke tgn kanan. "tolong amik tu" tunjuk barang yang kita nak dia akan tolong amik. Suka laaa, ish macam baru ada anak 1 je aku ni...

Kakak Hanis pun dah menjangkau 4 tahun. Yelah tarikh lahir anak-anak mama ni beza  10 hari jek. Kakak dah sekolah kat Tadika Aulad Hikmah. Wah tiap-tiap hari gigih menyiapkan home work...tp yg tak tahannya, mama mesti duduk kat sebelah tolong dia buat home work. Kalau mama tak tolong dia nangis, klu mama marah sbb buat asik salah dia nangis... adoiii kadang-kadang lebih byk nangis dari buat keje sekolah.

Hanis jenis yang mulut bising, suka bercakap, berangan... tapi nak mengenal huruf memang dia belum boleh, aku memang akui diri ini sgt garang kalau megajar anak. Aku selalu berjanji pada diri sendiri agar ajar anak tanpa dia menangis. Aku bukan orang yang sabar. Masih terlalu banyak ruang perlu aku baiki diri ini. Tapi aku kepenatan seharian kerja, pukul 6.30ptg aku dan anak-anak sampai kat rumah. Ayah dia belum tentu, sejak sebulan dua ni busy selalu balik rumah kami yang di rumah dah tido. Oleh itu aku mmg jarang masak, kalau aku masak pun benda yg senang dan cepat.... mana aku nak basuh baju, mana nak uruskan makan anak-anak, teman kakak buat homework, si baby hannah tarik baju asik nak menyusu...Adooiii kenapa aku tidak pandai menyusun waktu. Aku mmg sgt jauh utk jadi calon ibu mithali...Aku kagum dengan ibu-ibu yang bekerjaya tapi tetap dapat melakukan rutin di rumah seperti surirumah sepenuh masa.

Mama sangat berharap kakak dan hannah tak simpan perasaan marah kat mama. Anak-anak mama kan dah semakin besar, makin bijak. Moga menjadi anak yang solehah. Pastikan korang akan jadi lebih baik dari mama... Hujung minggu adalah saat yang ditunggu-tunggu utk kita menghabiskan masa kita sekeluarga bersama. Tapi bkn every weekend kerana selalu jek weekend kena keje. Barulah aku paham betapa susahnya mak abah nak besarkan aku dulu...


 Family Day SPB(Course yang aku ngajar)... raikan student sebelum abis semester...masa yang sama lecturer boleh bawa family. Ni kira keje weekend day, tp sbb bawak family aku suka....

Walaupun mama garang, walaupun mama jarang masak... tapi keluarga tetap yang paling mama sayang. Sayang semua...Mmg cepat masa berlalu masih terbayang kes jahitan terbuka masa bersalinkan si kecik Hannah ni...