Usang sudah blog ku ini. Tidak dikunjungi oleh sesiapapun rasanya sbb tuan yang empunya diri pun tak menjengah. Alhamdulillah sekarang student sedang cuti sem...markah student dah setle, so kerja-kerja sampingan shj yang menanti. So aku ambillah sedikit masa di hari Jumaat yang mulia ini update sikit cerita. Dapat aku tarik nafas panjang, lari seketika dari kesibukan yang kadangkala rasanya tak tergalas oleh manusia sederhana sepertiku...Tapi aku dibayar gaji tiap bulan untuk kerja yang aku lakukan...so ikhlaskan diri ye lin...
Kenapa tajuk "cepatnya masa berlalu" kerana Hannah Irdina puteri bongsuku itu setahun sudah....Dah semakin ligat...sebelas bulan sudah berjalan, nak compare kakak hanis dulu setahun sebulan baru berjalan. Tapi gigi lambat sikit... Sekarang dia dah faham arahan-arahan mudah. "hah pegang tgn kanan tak nak pegang makanan tgn kiri" lantas dia akan cuba tukar kuih yg disuap ke dalam mulut ke tgn kanan. "tolong amik tu" tunjuk barang yang kita nak dia akan tolong amik. Suka laaa, ish macam baru ada anak 1 je aku ni...
Kakak Hanis pun dah menjangkau 4 tahun. Yelah tarikh lahir anak-anak mama ni beza 10 hari jek. Kakak dah sekolah kat Tadika Aulad Hikmah. Wah tiap-tiap hari gigih menyiapkan home work...tp yg tak tahannya, mama mesti duduk kat sebelah tolong dia buat home work. Kalau mama tak tolong dia nangis, klu mama marah sbb buat asik salah dia nangis... adoiii kadang-kadang lebih byk nangis dari buat keje sekolah.
Hanis jenis yang mulut bising, suka bercakap, berangan... tapi nak mengenal huruf memang dia belum boleh, aku memang akui diri ini sgt garang kalau megajar anak. Aku selalu berjanji pada diri sendiri agar ajar anak tanpa dia menangis. Aku bukan orang yang sabar. Masih terlalu banyak ruang perlu aku baiki diri ini. Tapi aku kepenatan seharian kerja, pukul 6.30ptg aku dan anak-anak sampai kat rumah. Ayah dia belum tentu, sejak sebulan dua ni busy selalu balik rumah kami yang di rumah dah tido. Oleh itu aku mmg jarang masak, kalau aku masak pun benda yg senang dan cepat.... mana aku nak basuh baju, mana nak uruskan makan anak-anak, teman kakak buat homework, si baby hannah tarik baju asik nak menyusu...Adooiii kenapa aku tidak pandai menyusun waktu. Aku mmg sgt jauh utk jadi calon ibu mithali...Aku kagum dengan ibu-ibu yang bekerjaya tapi tetap dapat melakukan rutin di rumah seperti surirumah sepenuh masa.
Mama sangat berharap kakak dan hannah tak simpan perasaan marah kat mama. Anak-anak mama kan dah semakin besar, makin bijak. Moga menjadi anak yang solehah. Pastikan korang akan jadi lebih baik dari mama... Hujung minggu adalah saat yang ditunggu-tunggu utk kita menghabiskan masa kita sekeluarga bersama. Tapi bkn every weekend kerana selalu jek weekend kena keje. Barulah aku paham betapa susahnya mak abah nak besarkan aku dulu...
Family Day SPB(Course yang aku
ngajar)... raikan student sebelum abis semester...masa yang sama lecturer
boleh bawa family. Ni kira keje weekend day, tp sbb bawak family aku
suka....
Walaupun mama garang, walaupun mama jarang masak... tapi keluarga tetap yang paling mama sayang. Sayang semua...Mmg cepat masa berlalu masih terbayang kes jahitan terbuka masa bersalinkan si kecik Hannah ni...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan