Jumaat, 10 Mei 2013

Mampukah Aku?Pregnant...Menyusukan...

Alhamdulillah, syukur atas rezeki dan nikmat yang Allah SWT berikan. Aku masih terkedu dengan sebuah kenyataan yang harus aku terima dan bersedia dari segi mental dan fizikal untuk aku lalui. Hah walauapapun aku wajib terima dengan hati yang terbuka, rezeki Allah nak bagi.

Sejak akhir-akhir ni aku rasa aku bertambah kurus, dan satu hari tu selepas sambut birthday puteri-puteri aku tu...keesokkanya aku mengalami sakit perut, aku membuang dan muntah-muntah. Ku gagahkan diri menanti habis bekerja, tapi masa aku habiskan di surau. Aku yakin aku gastrik atau masuk angin sbb makan KFC semata-mata hari sebelumnya. Tapi ramai juga yang meneka mungkin aku pregnant...tapi aku nafikan sekeras-kerasnya.

Aku balik kampung untuk jalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Balik mengundi. Umi tegur "lin kenapa kurus sgt? mengandung ke?nampak cengkung sgt muka tu" aku ckp taklah semestinya...tapi jauh di sudut hati aku mula risau, kerana lepas bersalinkan Hannah aku ada 2 kali je period...dan tak teratur... YaAllah jgnlah...Mlm terakhir aku di kampung tidur di rumah MIL, aku bermimpi aku bersalinkan anak perempuan...

Hari Selasa aku start kerja selepas aku balik mengundi...sempat aku pesan kat en. suami, tlg beli pregnancy test. Sebab hati ni mcm dah merasai yang aku pregnant. Dahlah aku kerap lapar...walaupun lepas makan, ni simptom-simptom aku mengandung masa yg lepas. Ok pagi rabu aku test... ok confirm 2 jalur... Aku memang dah mengagak.

Pregnant!!! bersediakah aku. Masalah pertama, rapatnya anak aku. Masalah kedua aku masih menyusukan anak aku yang bongsu sedangkan dia baru cukup setahun... Rapat...oooh confirm akan ada mulut-mulut yg bercakap cepatnya...tak merancang ke? Ahhh aku abaikan rasa malu atas persoalan itu

Masalah kedua... yang ni agak berat untuk aku. mampu ke aku nak susukan anak aku sedang dalam perut ini ada si kecil yang membesar. Cukupkah bekalan kalsium untuk anak yang di dalam? Aku ada membuat sedikit pembacaan, boleh nak berikan susu pada anak jika kandungan tidak berisiko. Tapi pastikan makan makanan yang cukup nutrisi dan cukup rehat... Bukan mudah ye... Aku still teruskan penyusuan dan masih mengepam di ofis. Tapi aku rasa aku sangat letih dan sakit-sakit badan. Perjalanan ke tempat kerja sejauh 62km menambah keletihan, suami pulak tengah sibuk dan akan sampai ke rumah bila kami anak beranak sudah nyenyak tidur.

Sedaya mungkin aku akan cuba memberi susu kepada Hannah, kerana dia memang sedang sangat suka menyusu. Dulu balik kerja dia taklah begitu teruja nak mencari...tapi sekarang, asik nak melekat dengan mama. malam nak tidur, memang nak susu mama sampai nyenyak baru dia akan lepaskan. Tak sampai hati aku nak pisahkan. Tapi mampukah diri aku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan