Jumaat, 3 Mei 2013

Cerita Susu...

Umur Hannah dah setahun setengah bulan.... Anak dara aku tu dah pandai jalan, panjat tangga, tolak kerusi... hiii macam-macam lagi lah dia pandai. Kalau mulut dia plak selalu sebut... "maaaaa... maaaa..." walaupun ayah yang dia panggil. Pastu suka sebut "nak" tak kisahlah dia meminta atau dia memberi. Kalau dengan kakak Hanis yang kedekut tu plak... apa yang kakak ada dia pun nak, apa yang kakak buat pun dia nak buat.... botol air pun kena beli sama, ada tali ok nak sangkut kat leher...jalan pun selalu tersadung, ada hati nak mengangkut barang... heiii Hannah... Hannah

Alhamdulillah selama mana Hannah ada di dunia ini selama itu jugalah mama tak pernah beli susu formula untuk dia. Bertuah kan Hannah. kakak Hanis dulu hanya 3 bulan sahaja tau. Masa tu mama sempit ilmu penyusuan. Tapi sebaik hannah 6 bulan, makanan tambahan lain dah diberi. eh rasa tak sempat 6 bulan dah makan bubur... kalau sekarang susu pun mama bawakkan 8 oz sahaja, macam dia masa umur 3 bln dulu. Sebab kat rumah pengasuh dia suka makan. Kalau kat rumah suka nak duduk dengan mama sambil selak baju mama... ish sungguh tak malu ini anak hiii.... Eiii ni nanti jgnlah ada masalah bila tiba nak pisah susu. InsyaAllah mesti boleh ditngani...

 Waah ni meriah stok susu untuk si kecik mama... ni sewaktu awal nak mula kerja. Tak banyak seperti ibu-ibu lain tapi alhamdulillah cukup.

 Ni tgh packing, abis kursus kat kal seminggu. Ni stok seminggu...sgt berat wooo. Seb baik kenderaan jabatan jemput depan lobby hotel...

Sekarang ni lah hasilnya setakat camni je lah... paling meriah pun 2 botol penuh = 10 oz. Tapi alhamdullillah stok sentiasa ada walaupun tak byk. Kalau setakat outstation 3 hari ok lagi. tapi kalau seminggu dua, parah gaklah...

Alhamdulillah aku bersyukur yaAllah kau tunaikan impianku untuk memberi susu ibu ini sepenuhnya kepada anak aku. Semoga Hannah membesar sebagai anak yang cerdas, cerdik dan taat kepada agama dan orang tua.

Kakak Hanis, mama tetap sayang akak sama macam mama sayang Hannah. Tak ada beza pun. Bukan itu je, kalau ada rezeki ada adik lagi tahun-tahun akan datang, sayang mama pada Hannah dan Hanis tak pernah berubah... Garang dan membebel tu bukannya benci, tapi habit yang sukar untuk dikikis dari diri mama ahaks...

2 ulasan:

  1. Chaiyok2 lagi 6bln PHD..jom kiter samer2 bf kn anak ek..

    http://ni-wani.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. anak saya pada masa sy post ni baru setahun 30 hari...bukan 1 stgh thn.
    Tapi agak terkilan sikit, sy hanya mampu merancang tuhan yg menentukan. Saya pregnant, dan sgt tak larat...so walaupun saya masih bf dan masih mengumpul stok walaupun sgt sikit, tapi saya dah campur dengan fm...maafkan mama Hannah

    BalasPadam