Rabu, 29 Mei 2013

Remeh tapi menakutkan

Tiba-tiba rasa terpanggil untuk ulas sedikit isu bola sepak yg terjadi pada 28 Mei 2012 di Kuantan. Perlawanan antara Pahang dan JDT. Aku bukan peminat bola, tapi aku tetap mengikuti sebab en. Suami adalah sgt meminati bola sepak. Katanya tak tercapai cita-cita mahu menjadi pemain bola...huhu tergelak sekejap...

Sejak wujudnya JDT...mmg bertambah minat lah suamiku dgn bola. Ye dia selalu juga masuk stadium tgk depan mata... katanya aura yg sgt berbeza berbanding tgk depan TV. Tapi isu yang 2 hari lepas menjadikan aku mahu melarang suamiku masuk ke stadium. Ini soal keselamatan... Rakyat Malaysia, 1 Malaysia...tp nak gaduh sbb bola sepak. Yang berpenat dalam padang pun tak gaduh kenapa yg menyokong nak bergaduh.Sangat menakutkan ok...terutama sekali kepada kanak-kanak. Wahai ibu andai kamu peminat utama bola sepak pun...buat masa sekarang ni fikirlah 2 kali jika ingin membawa anak kecil. Itu keselamatan, belum lagi kalau mulut jahat yg mengeluarkan kata-kata yg kurang sesuai untuk anak kita dengar kan.

Pihak-pihak yang berkenaan perlu ambil berat, isu ini takkan timbul jika tiket yg dijual ikut kapasiti stadium kan...takdalah limpahan penonton. Iye mereka dah beli confirmlah mereka nak tgk. Tapi kalau takde yang mengalah permainan takkan dimulakan. Sudahnya lawan kat stadium lain. Ulat-ulat tiket tidakkah anda rasa bersalah atas insiden yg berlaku... Anda hanya tau mengaut keuntungan semata-mata. Moga perlawanan dapat dijalankan dengan aman di Bukit Jalil nanti. Pahang atau JDT yang menang tu semua adat pertandingan. Tapi kalau rezeki menyebelahi JDT alhamdulillah. Tumpang happy untuk suamiku... hhiiiihiii. Johor luaskan kuasamu...

Penyokong semua kawallah emosi anda...biarlah ia dikawal oleh akal yang waras... Kita tetap 1 Malaysia...Malaysia ni kecik jek...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan