Ahad, 4 Ogos 2013

Kita Mungkin Diperhatikan

Assalamualaikum... setahun 1 kot post aku kat blog ni. Teringin nak menulis tapi masa tidak mengizinkan. Sekarang hujung Ramadhan tinggal beberapa hari lagi. Buat kerja pun tak semangat sebab kepala dah fikir macam-macam tentang raya. Tapi kali ni aku bukan nak cite pasal raya tapi tentang satu insiden yg menimpa kawan aku merangkap opismate ku dan rakan car poolku. Aku gelarkan dia mangsa sahaja lah ye.

30 Julai around 7 pagi, hari tu turn mangsa drive membawa kami semua ke opis. Tapi sebelum tu dia akan singgah ke rumah pengasuh menghantar anaknya yg bongsu sebelum menghantar anak sulongnaya ke tadika. Namun sewaktu menghantar anak bongsunya di depan umah pengasuh dia didatangi 2 org lelaki dan yang berada depan rumah pengasuh mangsa. Lelaki tersebut  berpewatakan seperti berbangsa india. Waktu itu si adik sudah berada di dalam rumah manakala si abang masih berada dalam kereta. Lelaki yang berpakaian kemas mengarahkan si abang keluar dari kereta mangsa sedang rakannya telah bersedia di tempat duduk driver untuk memecut. Mangsa tidak dapat berbuat apa-apa kerana khuatir anaknya akan diapa-apakan. Walaupun di kawasan perumahan perompak tersebut kelihatan sgt tenang melakukan jenayah sehingga tiada siapa pun perasan yg mereka adalah perompak.

Untuk pengetahuan semua kami ni car pool berenam. Jimat kos, jimat masa dan tenaga. Rasanya aku pernah share sikit pasal perkongsian kereta ni di post yg lepas kat sini. So hari tersebut kami lambat sikit tp ok still pukul 8.00pg huuu bangga tu... Si mangsa dan seorang lagi rakan kami mmg biasanya akan park kereta kt dpn umah pengasuh keran mmg tu lah tempat kami berkumpul. Tapi bagi yg sang suami sudi menghantar kami akan tunggu kat dpn taman. My hubby mmg akan hantar sbb dia tak bg aku park kat sana...walaupun dpn rumah org tetap byk risiko yg ada. Dan yg aku rasa dan sgt pasti perompak tersebut telah membuat tinjauan berkali-kali ke atas aktiviti kami. Yelah mungkin tgk gaya kami walaupun tak kaya tapi kalau dirompak still berbaloi-baloi... maklum je laaa harga kereta kan, ni yg aku rasa nak naik keta kancil lama laki aku jek... tapi kita nak selesa kan... Rakan se car pool ku kereta semua boleh tahan, wish, stream, exora, avanza....huh

Aku berharap perompak tu akan mengalihkan perhatian ke org lain. Kami ni mkn gaji jek... tapi sape yg rela kena rompak ooo tidaklahhh jenuh nak byr htang tiap bulan alih2 org nak amik cam tu jek.. No way... tp klu dah mmg bukan rezeki nak buat macam mana. Mungkin ini ujian, mungkin juga balasan atas kesilapan yg kita tak sedari...

Cuma di sini suka saya nak mengingatkan...untuk diri saya juga. Off kan enjin kereta sebaik kita berenti, biarlah sekejap mana pun... mungkin nak turunkan anak, mungkin nak beli goreng pisang, mungkin nak tegur kawan yg dah lama tak jumpa. Mungkin leceh bagi kita, dan ia juga leceh bagi perompak. Tapi risiko tetap ada klu org dah hulur pisau, nyawa tak boleh diganti so pasrah je lah...

Berhati-hati anda mungkin diperhatikan. Amalkan ayat ni  InsyaAllah kita 'tidak dapat dilihat' oleh mereka yg ingin berbuat jahat terhadap kita terutamanya orang kafir....Wallahu'alam....

1 ulasan:

  1. Slottyro Las Vegas - Mapyro
    Looking for Slottyro 태백 출장안마 Las 김포 출장안마 Vegas? Mapyro is the best 공주 출장마사지 website where to find, compare and play 하남 출장안마 games for real money in 군산 출장안마 Las Vegas.

    BalasPadam