Isnin, 5 Ogos 2013

Alhamdulillah bertemu kembali...

Post ni adalah sambungan last post... hiii. Aku tumpang gembira kepada kawanku mangsa rompakan kereta. Dua hari selepas insiden rompakan tu polis menghubunginya untuk ambil keretanya yang telah dijumpai di Balai Polis Pelangi, JB sedangkan insiden kereta dirompak dan di bawa lari adalah di Kota Tinggi.

Menurut cerita mangsa, polis mengesahkan yang kereta mangsa digunakan untuk melakukan rompakan rumah dan kereta lain. OOo begitu ye modus operandi yg mereka digunakan...Cari kereta yg boleh bergerak pantas utk merompak kereta yg lebih pantas dan pasti lebih mewah. Siapa pulak agaknya mangsa dia. Atau mangsa akan menemui keretanya setelah perompak itu dapat habuan yg lebih besar. Takut aku... takut kami masih diperhatikan oleh perompak yg sama. 

Berbalik kepada mangsa, keadaan keretanya masih sempurna dan baik, cuma radio yg dicuri, ok takpe kerana mangsa mmg bercadang untuk tukar radio baru kerana radio lama selalu ada masalah. Tapi hand bag dan beg anaknya lesap. So isi dalam beg tak perlu ckplah takkanlah perompak berhati mulia nak letakkan ic, lesen, kad bank, kad kredit dlm kereta kot... So yg tu agak menyusahkan mangsalaa. Tapi dah dpt balik kereta dah cukup syukur. Tapi mangsa perlu berhati-hati selagi tak tukar kunci rumah, kerana kad akses dan kunci rumah mungkin ada di tangan perompak.

Sekian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan