Khamis, 21 Mac 2013

Community College Community Centre

Semoga sejahtera kepada yg membaca juga kepada aku yg menulis. Lari sekejap dari kesibukan yg kadangkala sgt memualkan. Apakandaya lumrah kehidupan takkan setiap masa nak bersenang lenang. Moga Allah memberi kekuatan kepada diri ini dan semoga aku dpt ikhlaskan segala kerja dan tanggungjawab yg diberi dan moga rezeki yg diterima sentiasa diberkati.

Merujuk tajuk di atas....ehhh ni ayat surat rasmi nih... ni salah satu program yg kolej kena anjurkan. Aku tak bagi pun nama utk jd AJK, tp spt biasa semua akan dapat bahagian. Yang berat sama dijunjung yang ringan sama dijinjing. Sama-sama ke?! Tapi bestnya aku kena bahagian aktiviti dan kursus pendek. Di hari kejadian salah satu aktivitinya ialah... huhuuu malas nak citer tgk gambar je lahhh....

hah ni lah sesi bersama selebriti... oklah Che Lah Masterchef musim kedua ni kira selebriti juga ape...
pose sebelum demo masak

 Pertandingan kek yg disertai oleh penduduk. Merekalah peserta kursus pendek dekorasi kek, abis kursus terus masuk pertandingan. hebatlah mereka nih...

 Ok sesi Che Lah bersama orang ramai... cayalah Che Lah sgt banyak kekurangan dan masalah tapi dia tak merungut pun. Sebab tu kut maintain cantik...

 Minta jasa baik Che Lah mengadili pertandingan dekorasi kek...

huuuu masa ni dah siap masak... Che Lah dah kena serbu, sapa cepat dia dapatlah bergambar bersama... Aku ni sbb org yg mengurus benda ni, klu tak mesti busy kat tempat lain.

Walaupun sejak akhir-akhir ni aku stress dengan kerja-kerja sampingan yang sentiasa mendatang tanpa penghujung tapi program ni sedikit enjoy, walaupun aku sgt cuak kerana tak dapat siapkan tmpt dan alatan yg cukup untuk Che Lah buat demo masakan, lagi plak ada masalah teknikal, bekalan elektrik asik terputus mungkin sbb terlebih-lebih penggunaannya. Hiii lagi satu aku dapat cabutan bertuah, aku dapat sekampit beras 5kg. Alhamdulillah. Walaupun beras kat rumah tupun tak terluak2 lagi, sbb jarang masak. (iskkkk malasnya aku kan, bukan malas tp pnt)

Oklah nak sambung buat kerja. Aku akan sentiasa cuba tersenyum supaya aku tak stresss... walau apapun terjadi life must go on....Aku pasti masih ramai lagi org yg lebih sibuk dan lebih besar dugaan dari aku. Ok daaa ntah bape lama lagi akan ku jengah blog sunyi sepi ku ini....

Khamis, 7 Mac 2013

Kesibukan

Sedih tgk blog aku nih, senyap sunyi tanpa cerita. Lama 2012 dah ditinggalkan, sgt byk kenangan manis yg ditinggalkan. Pahit pun ada kot... Cerita 2013 pun sgt byk, tapi aku mmg tak punya masa nak menarikan hujung jemari utk mengisi ruangan ini... Seterusnya mencoretkan kenangan 2012 utk tatapan sendiri di masa kan dtg mungkin.

Tapi hal kerja mmg hujung jari ini macam terpaksa melekat... Aku bukan pekerja cemerlang tapi aku sentiasa cuba yg terbaik di atas kerja yg dipertanggungjawabkan. YaAllah ikhlaskanlah hatiku dan permudahkanlah urusanku.

Anak-anakku klu mama tinggikan suara bukan sbb mama tak syg, tapi kadang mama penat dan itu semua berlaku di luar kawalan. InsyaAllah akan semoga ada yg terbaik masa utk diganti nanti. Ok Senyum jgn stresss ye diriku... dan anda semua.