Selasa, 8 April 2014

Baby & Sembelit

Alhamdulillah hingga sekarang masih diberi peluang bernafas. Suka nak menulis walaupun bukan pakar sbb blog peribadi saya ni kadang cuma luahan rasa kehidupan dan persekitaran saya je... Tapi susahnya nak ambil sedikit masa untuk menulis. Ada banyak perkara nak kongsi, persoalan yg nak ditanya. Tapi kesempatan amat sukar dicari. Dah lama tak menulis rasa dari awal pregnant anak ketiga sehingga anak saya dah lahir dan dah masuk 3 bulan.

Sambil mengadap persiapan utk ke kelas. Saya ambil sedikit masa menulis. Ada persoalan merunsingkan hati dan fikiran. Sembelit? (Sori tajuk entry busuk sikit hihiiii) Apakah sembelit? Kalau baby saya tak berak dalam bilangan hari yang banyak adakah ianya sembelit? Baby saya 3 hingga 4 hari kupujuk hati untuk sabar. Seminggu risau...ofkos risau, berapa lama nak simpan. Ok saya mencari info dari en. Google. Ooo terjumpa satu forum...
  • baby yang full breast feed tidak menjadi masalah jika tidak berak sehingga 2 minggu
  • yang penting baby kencing dan kentut (anak saya kentut busuk)
  • tiada keganjilan pada perut dan baby tidak kelihatan menanggung kesakitan
Ok anak saya ada semua tiga perkara di atas, tetapi bila dah 2 minggu macam mana? Saya
bawa baby jumpa doktor dan pancut ubat dari bawah. Tu saya tau dalam beberapa minit baby akan berak. Tapi persoalannya bagaimana jika 2 minggu lagi pun tak berak adakah perlu pergi jumpa doktor lagi. Saya tak nak dia bergantung kepada ubat. Ada tak cara lain ataupun cara rangsangan ke stimulation ke untuk bantu baby berak.