Rabu, 26 Oktober 2011

Deritanya sakit gigi

            Macam-macam perkara yang dirasai seminggu dua ni...rasa lelah nk menghadapi hari mendatang. Huh ayat macam putus asa pulak. Dulu 1st pregnant kurang masalahnya sekarang ni mgkin usia dah bertambah kut. ceh macam dah tua sgt plak.Minggu lepas sakit kepala sgt-sgt rasanya disebabkan masalah angin aku ni. Hrmm aku ni mmg mudah angin masuk...ntahlah angin ni takde faktor yg khusus...mungkin salah makan, mungkin kurang rehat, kadang-kadang salah bantal pun angin...tapi ntahlaa. Alhamdulillah bila berurut rasa ringan badan bila angin yg berkumpul dalam badan dapat dikeluarkan.

             Masalah angin dah sgt biasa bagiku....tapi masalah gigi agak kurang biasa. Terasa diri begitu tua bila tgk gigi rosak dan bertambah rosak bila kandunganku masuk 4bln. Cuti Deepavali ku abeskan di klinik gigi jelaa. Memandangkan walaupun ramai kawan-kawan cakap sakit gigi masa mengandung biasa...tak boleh cabut...kena tahanlah sampai bersalin. Allahuakbar aku rasa 2 3 hari pn dah tak boleh tanggung ni nak tahan sampai bersalin...5 bln lagi tu...So tanya doktor gigi lah biar dia yg bagi jalan penyelesaian dia lebih arif kot.

            Klinik gigi An-nur aku kunjungi pagi tapi penuh so dftr utk ptg. Alhamdulillah dpt gak jumpa doktor rasa separuh keresahan sudah hilang. Doktor nasihatkan gigi tu perlu dicabut tapi biarlah dah lepas trimester pertama dan keadaan ibu dan bayi sihat dan yg penting mestilah waktu tu gigi dah tak sakit. Aku sgt berharap kandungan paras HB aku tak turun...supaya aku boleh buang gigi yang rosak dan menyeksakan itu... Pada hari tersebut doktor trim gigi aku supaya kurang berlaga dgn gigi lain utk mengurangkan kesakitan. Ubat tahan sakit dan antibiotik pun diberi tapi dlm kategori yg rendah dosnya. Huhu sbb dos rendah gigi ni still sakit walaupun dh mkn ubat...."sabar ye mama mungkin amik masa sikit nak baik...baby nak mintak kalsium sikit so mama kena byk-byk minum susu laaa"

            Bila kita pregnant ni kesihatan dan pemakanan kenalah jaga kan....tapi baru anak kedua dah rasa bermalas-malasan berbeza seperti anak pertama. Malas minum susu, vitamin selalu lupa, tak sibuk nak mencari menu yg kaya zat besi. Alahai diriku kah ini...."mama mintak maaf baby, mama janji akan beri yg terbaik utk baby spt apa yg mama beri pada kakak Hanis"

           Gigi cepatlah sembuh supaya aku boleh menjalani kehidupan yg indah seperti sediakala...supaya aku tidak merasa org sekeliling hanya membuat aku marah (ni perasaan aku semasa sakit gigi). Kesian en. hubby dan Hanis tanpa sbb pn kadang-kadang aku marah mereka...padahal aku tak tahan sakit gigi....

Isnin, 17 Oktober 2011

Sepagi di HSI

            Hari Khamis yg lepas 13 Oktober 2011 tarikh yg ditunggu oleh en. hubby. Hari untuk dia menyerah diri ke hospital untuk operation kecil di kawasan berhampiran telinga. Alkisah dia ni mmg di tempat tu ada wujud lubang halus (mm lebih kurang cam lubang air mata) sejak dilahirkan lagi. Menurutnya juga, ibu dan kakaknya turut sama mempunyai lubang halus di tempat yg sama. Kenapa ada lubang tersebut hanya Allah yg mengetahuinya. Lubang tersebut ada yg boleh memudaratkan dan ada yg tidak memberi sebarang masalah pn. Buktinya en. Hubby mempunyai lubang tersebut dikedua-dua belah namun yg disebelah kiri sahaja yg menimbulkan masalah.

            Apakah masalah yg mengganggu sehingga suamiku rela utk dibedah....bisul. Bisul ni bkn kecik bila dia jadi...besar, terpaksa ulang alik klinik utk cuci dan buang. Bisul ni mungkin terjadi disebabkan sebarang kekotoran terperangkap di lubang tersebut. Sedangkan liang roma tersumbat pn boleh naik jerawat ni kan pulak lubang yang kedudukannya memungkinkan pencuci, minyak rambut mungkin losyen terperangkap di situ. Memanglah bisul tu terjadi setahun atau 2 tahun sekali namun dia tetap mengganggu kehidupan seharian. Nasihat dari kebanyakkan doktor supaya berjumpa pakar dan buang lubang tersebut. Rupa-rupanya kes sebegini dah biasa bagi pakar telinga. Kita je yg rasa pelik sebab jarang jumpa. Setelah berjumpa doktor pakar beberapa kali maka tarikh inilah en. Hubby akan di operate. Tapi sebelah yg biasa tumbuh bisul jek, yang sebelah lagi dia tak kacau.

            Awal lagi aku dah apply cuti nak menemani yg tersayang ke HSI. So pagi-pagi lagi en. Hubby spt biasa menghantar puteriku ke taska dan aku pura-pura hendak bekerja. Sebaik sampai ke hospital buat registration masuk tempat rawatan dan pembedahan, suamiku terus dipanggil. Terkedu aku seketika. Ntahlaa takut ke aku risau ke aku...walaupun doktor menyatakan pembedahan kecil dan tiada risiko namun sbb operate di kawasan kepala membuatkan aku risau. Tu yang aku sanggup tolak tawaran pergi ke Langkawi tu...

            Kerisauan ku mula pudar bila aku rasa sgt letih dan bosan menunggu. Masuk ke dalam pukul 9lebih....keluar dah hampir pukul 12...ooo lamanya. Bila saja nampak kelibat suamiku ditolak keluar dgn pantas aku mendapatkannya. Alhamdulillah dia senyum dan seperti tiada apa yg berlaku....bila nurse tanya ada rasa pening ke tidak dia kata tak ada...dia rasa ok. So kami boleh balik selepas amik ubat. Bersyukur dalam hati insyaAllah takde lagi bisul yg menakutkan...

 Sebelum operation...sempat bergaya dgn uniform tapi tak tahan tgk perut tu...mengalahkan bini dia yg pregnant ni....

sebaik sahaja selepas operate...sakit x? Gambar jahitan tak perlulah aku upload sbb aku sendiri ngeri nk tgk lama-lama.

Ya Allah semoga keluargaku diberi kesihatan dan kesejahteraan dan sentiasa di bawah lindunganMu...

Ahad, 16 Oktober 2011

Langkawi

             Bilalah agaknya aku nak sampai ke Langkawi. Keinginan dah sgt memuncak tapi kewangan dan masa masih menjadi kekangan. Tapi bila dapat offer pergi ke langkawi free aku pulak menolak. huhu....Aku tolak sbb itu adalah arahan berkursus. Bukan bercuti saja-saja. Tapi surat arahan last minute dan clash dgn cuti aku nak menemani en. Hubby operation. Operation ape?? Adalah masalah kesihatan sikit. Risau gak sbb ingkar arahan tapi aku ada sbb. Rasa terkilan pun ada sbb terpaksa tolak...klu tak mesti dah berjalan keliling pulau...yelah 4 hari tu...jadual kursus taklah pack sgt. Tapi takpelah takde rezeki...

             Jadi langkawi tu hanya ada dlm angan-angan sahaja. Tapi aku nekad nak pergi gak Langkawi bersama keluarga. Harap-harap tercapai impianku dalam tempoh masa yg terdekat ni. Lama sgt tak bercuti bersama keluarga...asik keje je, paling ok pn balik kampung je...Huhu ape yg best kt sana sampaikan aku ni cam mengidam sgt...

ihsan google

En. Hubby tlg bantu mama realisasikan impian  tak seberapa ni....Hanis jom kita pergi bercuti.....

Isnin, 3 Oktober 2011

Takziah buat keluarganya...

            Terkejut mendapat perkhabaran yg seorang rakan meninggal dunia, semalam. Setiap yg hidup pastinya akan mati. Begitu juga kita tidak pasti sama ada panjang ke pendek ke umur kita. Bukan nak cerita pasal mati tapi bagaimana kematian itu berlaku.

             Allahyarham Shahrizal Moksin...aku tak rapat pn dgn dia, kami sekampung dan dia memang tinggal di kampung. Tadika dulu pernahlah kami duduk sekelas. Sekolah menengah satu sekolah tapi x pernah sama kelas. Tapi En.Hubby kata dia rapat masa sekolah rendah. Ehh citer pasal sekolah plak...Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya di Pagoh. Kereta yang dipandunya berlanggar dgn lori tangki. Bagaimana kemalangan tu terjadi tidak pulak aku mendapat info. Tapi mengerikan kerana mangsa mati di tempat kejadian dan mengambil masa yg lama utk mengeluarkan mangsa. Rakan mangsa yg turut sama dilaporkan parah. Ni info dari adik bongsuku yg kebetulan balik kampung. Puas juga aku belek berita online kalau-kalau ada menyiarkan berita tersebut tetapi malangnya tiada. 

           Kepada kawan-kawan sedekahkanlah al-fatihah kepada Allahyarham semoga rohnya dicucuri rahmat. Kepada seluruh keluarga salam takziah, semoga tabah menghadapi ujian ini. Kepada semua berhati-hati di jalan raya kerana malang tak berbau. Tapi kalau memang dah tertulis begitu pengakhiran hayat kita itulah yg akan berlaku. Tuhan sahaja yg mengetahui....