Terkejut mendapat perkhabaran yg seorang rakan meninggal dunia, semalam. Setiap yg hidup pastinya akan mati. Begitu juga kita tidak pasti sama ada panjang ke pendek ke umur kita. Bukan nak cerita pasal mati tapi bagaimana kematian itu berlaku.
Allahyarham Shahrizal Moksin...aku tak rapat pn dgn dia, kami sekampung dan dia memang tinggal di kampung. Tadika dulu pernahlah kami duduk sekelas. Sekolah menengah satu sekolah tapi x pernah sama kelas. Tapi En.Hubby kata dia rapat masa sekolah rendah. Ehh citer pasal sekolah plak...Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya di Pagoh. Kereta yang dipandunya berlanggar dgn lori tangki. Bagaimana kemalangan tu terjadi tidak pulak aku mendapat info. Tapi mengerikan kerana mangsa mati di tempat kejadian dan mengambil masa yg lama utk mengeluarkan mangsa. Rakan mangsa yg turut sama dilaporkan parah. Ni info dari adik bongsuku yg kebetulan balik kampung. Puas juga aku belek berita online kalau-kalau ada menyiarkan berita tersebut tetapi malangnya tiada.
Kepada kawan-kawan sedekahkanlah al-fatihah kepada Allahyarham semoga rohnya dicucuri rahmat. Kepada seluruh keluarga salam takziah, semoga tabah menghadapi ujian ini. Kepada semua berhati-hati di jalan raya kerana malang tak berbau. Tapi kalau memang dah tertulis begitu pengakhiran hayat kita itulah yg akan berlaku. Tuhan sahaja yg mengetahui....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan