Apakah masalah yg mengganggu sehingga suamiku rela utk dibedah....bisul. Bisul ni bkn kecik bila dia jadi...besar, terpaksa ulang alik klinik utk cuci dan buang. Bisul ni mungkin terjadi disebabkan sebarang kekotoran terperangkap di lubang tersebut. Sedangkan liang roma tersumbat pn boleh naik jerawat ni kan pulak lubang yang kedudukannya memungkinkan pencuci, minyak rambut mungkin losyen terperangkap di situ. Memanglah bisul tu terjadi setahun atau 2 tahun sekali namun dia tetap mengganggu kehidupan seharian. Nasihat dari kebanyakkan doktor supaya berjumpa pakar dan buang lubang tersebut. Rupa-rupanya kes sebegini dah biasa bagi pakar telinga. Kita je yg rasa pelik sebab jarang jumpa. Setelah berjumpa doktor pakar beberapa kali maka tarikh inilah en. Hubby akan di operate. Tapi sebelah yg biasa tumbuh bisul jek, yang sebelah lagi dia tak kacau.
Awal lagi aku dah apply cuti nak menemani yg tersayang ke HSI. So pagi-pagi lagi en. Hubby spt biasa menghantar puteriku ke taska dan aku pura-pura hendak bekerja. Sebaik sampai ke hospital buat registration masuk tempat rawatan dan pembedahan, suamiku terus dipanggil. Terkedu aku seketika. Ntahlaa takut ke aku risau ke aku...walaupun doktor menyatakan pembedahan kecil dan tiada risiko namun sbb operate di kawasan kepala membuatkan aku risau. Tu yang aku sanggup tolak tawaran pergi ke Langkawi tu...
Kerisauan ku mula pudar bila aku rasa sgt letih dan bosan menunggu. Masuk ke dalam pukul 9lebih....keluar dah hampir pukul 12...ooo lamanya. Bila saja nampak kelibat suamiku ditolak keluar dgn pantas aku mendapatkannya. Alhamdulillah dia senyum dan seperti tiada apa yg berlaku....bila nurse tanya ada rasa pening ke tidak dia kata tak ada...dia rasa ok. So kami boleh balik selepas amik ubat. Bersyukur dalam hati insyaAllah takde lagi bisul yg menakutkan...
Sebelum operation...sempat bergaya dgn uniform tapi tak tahan tgk perut tu...mengalahkan bini dia yg pregnant ni....
sebaik sahaja selepas operate...sakit x? Gambar jahitan tak perlulah aku upload sbb aku sendiri ngeri nk tgk lama-lama.
Ya Allah semoga keluargaku diberi kesihatan dan kesejahteraan dan sentiasa di bawah lindunganMu...
alhamdulillah....semoga semua nya baik2 je
BalasPadamalhamdulillah ok...dh bukak pn jahitan semalam...
BalasPadamhah..anak i 2 org tu pun ada..risau gak ni hehe
BalasPadamyeke...tapi kdg2 klu ada tp xmenimbulkan masalah xpe...
BalasPadammasa akak kt kuantan dulu, anak jiran akak pn ada prob yg sama..selalulah kena gi hospital atau klinik tiap kali naik bisul. kesian umur baru dalam 3 thn...