Khamis, 26 Januari 2012

Cuti CNY...balik kampung laaa

            Sempena CNY ni aku balik kampung laa. Yelaa cuti isnin dan selasa, dari hari sabtu sampai selasa aku kat kampung. Puas juga duduk kat kampung lama...cuaca pun tak terlalu panas so ok laa xlah aku cpt terasa nak balik kota tinggi. Mengandung ni mmg aku sgt tak tahan dgn panas. Sebelum balik kampung dapat sms dari kak lela yg menyatakan dah masuk ke labor room. Ermmm balik dr kampung nnti laa baru kami melawat.

           Wah awal-awal lagi aku dah berpesan pada suami aku nak minum air kelapa muda yg fresh di bawah pokok juga rambutan. Agak kecewa bila takde pun rambutan yg berbuah sama ada di rumah MIL ataupun rumahku sendiri. Air kelapa huh sampai kembung minum. Sejak dh masuk 7 bulan ni aku dah berani minum air kelapa. Awal mengandung takutlah juga. Akhirnya dapat juga makan rambutan bila tgk umah mak cik aku sebelah rumah ada buah rambutan yg bergayutan. Aku apa lagi dgn tanpa segan silunya aku mintak...wah dpt mkn dpt lagi bawak balik kota tinggi. Yummm gembiranya hatiku ini...

          Aktiviti lain...biasa je. Jom layan gambar sikit....

Jalan kat Summit Batu Pahat. Best gak summit ni bila dah ada UO Super Store. Dulu bila The Store tutup rasa tak best langsung jln kat summit ni..Tgklah anak dara ku itu yg pantang nampak stage mesti nak naik. Aku peliklah...ni gara-gara mama dia suka tgk rancangan realiti nyanyian ni...sudahlah....

Makan di Juara Sulong Tom Yam...tempat kegemaran ku...tapi dululah. Mlm tu ntahlah rasa serba xbestlah. Tukang masak dulu dah berenti kot...hihi pandai je aku buat kesimpulan. Tgk gambar tu...kat belakang tu ita (cousin aku) dan family dia. Kebetulan tak janji pun....

Ni plak masa balik dari kampung. Kami singgah Air Hitam. En. Hubby nak belikan Hanis angry bird. Aku tak pasti sebenarnya Hanus or ayah dia yg nak angry bird ni....dulu Hanis xkenal pn angry bird ni, tapi sejak dia asik tgk mama dia main game kt hset tu...tiba-tiba dia pn sgt suka dgn angry bird. Ni salah aku lagi ni...sudahlaaa...

Ni wajib naik yek klu hanis nampak. So aku selalu akan pergi jln jsuh utk elak Hanis minta menunggang kenderaan or binatang yg makan syiling ni...Ni kat Tesco Kulai....rasa jauh perjalanan balik sbb byk sgt persinggahan.

Masing-masing nak melaram....apa yg ayah dia pakai pun dia nak. belilah satu utk puaskan hati dia...alahai anak mama

              Rasanya sebelum aku bersalin aku akan balik kampung kut...sbb kak anti dah masuk hospital 1 feb ni. Dah tiba masa ataupun belum tetap kena masuk, sbb dia ada kencing manis semasa pregnant kali ni. So kak lela dah selamat, kak anti sdg berdebar...aku tunggu dulu....InsyaAllah moga semuanya selamat.

Selasa, 24 Januari 2012

Anak dan Diapers....

            Ini bukanlah kisah sedih atau gembira. Cuma nak tau agaknya bilalah masa yg sesuai utk mengajar anak supaya tidak lagi memakai diapers. Hanis anakku dah menjangkau 2 tahun 8 bulan...Sekarang dalam proses belajar lagi. Tapi letihlah nak melayan. Dalam sejam rasanya 4 - 5 kali dia ckp nak kencing. Iye mmg kencing, tapi kadang-kadang tak kencing pun. Namun aku sabar...sabarlah klu tak sbr aku suruh jek dia kencing kat diapers dia.

         Tapi masalah terjadi bila dia sedang asik berbuat sesuatu. Contohnya masa balik kampung dan dia sibuk bermain dgn cousins dia...ok dia ckp dia kencing tapi dah selesai. Tau-tau seluar dah basah, air dah bertakung atas lantai. Agaknya apa cara yg terbaik untuk dia ingat sentiasa waktu nak kencing dan kawal sikit kencing supaya tidak terlalu kerap. Huhu ini adalah ke arah penjimatan dan sesi pembelajaran buat dia memandangkan dia dah nak menjangkau 3 thn dan dah nak mempunyai adik pun....

        Moga aku diberi kesabaran dalam mendidik anakku ke arah kebaikan. Hanis moga jadi anak yang baik....sayang anak mama...

Khamis, 19 Januari 2012

Happy Birthday....My Hubby...

            Tanggal 15 Jan, birthday En hubby. Dah makin tua laa nmpknya. Hihi aku pun apa kurangnya hanya 2 bln membezakan umur kami. Lambat sikit aku wish birthday dia, sbb aku moody sikit hari sabtu tu. Aku rasa aku hilang mood sbb seharian duduk kat rumah, Hanis plak ntahlah asik nak mengamuk...tak larat dah aku nak layan, ayah dia plak sikit pun tak nak tolong pujuk anak tu. Aku pelik gak, nape En Hubby aku ni...kut mengada sbb esok nak jadi birthday boy....tepat 12am...huhu aku dah elok tido selepas aku pnt melayan Hanis. Aku tau Hanis spt aku klu seharian terperap dlm rumah mmg jadi cacing kepanasanlaa...ok lupakan citer xbest hari sabtu.

           Ok Ahad pagi dia dah keluar jogging sorang-sorang, then balik tgk Hanis dah bgn gi bawak bli bungkus sarapan kat luar. Malas nak bertanya aku kot takut mood aku still xok. Ok lepas mkn Hanis pun jerit "mama mandi laaa jum jalan-jalan" wah arahan yg bunyinya agak menggembirakan. Ok saat Hanis mandi ngan ayah dia aku pn keluarkan hadiah yg dah 2 minggu aku perap dlm store.Alhamdulillah dia suka...pastu kami jalan-jalan ke Plaza Angsana. Wah berjalan mmg terapi yg paling baik utk aku...mood confirm berubah ceria serta merta.

Huhu...sebelum mama dan Hanis tido mlm tu sempat kami main color2 jap...kad xbeli pun....

Tadaa lepas mandi ada hadiah menanti....barulah komunikasi kami lancar seperti biasa. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri...Happy Birthday sayang....

Inilah dia kasut futsal ikhlas dari mama. Ayah asik ckp gaji nanti nak beli kasut...tapi setiap kali gaji duit habis ke lain jek...Dari reaksinya dia sgt suka...harap bukan lakonan semata utk mengambil hatiku...huhu

Ni kat Pizza Hut Plaza Angsana...Hanis ni mama nak bli kek utk ayah dia yg sibuk nak kek yg ni. Bukan dia makan sgt pun.

Cupcake utk Hanis...1 slice cake utk ayah. Eiii kedekutkan aku ni beli tu jek...lilin pun takde. Oklaa tu isnin baru gaji laaa...masa ni tak gaji lagi hihi...kena jimat sikit...



Berselera sungguh Hanis makan haritu..tiba-tiba rasa macam birthday dia plak. Nanti birthday dia dah laa kita kat kampung mama tgh berpantang. Tak dapatlah nak celebrate kat Taska dengan kawan-kawan. 

              Seronok sgt hari tu sbb dpt gembirakan mereka berdua buah hati ku...Moga hadirnya puteri kedua ni dapatlah lebih menyinari dan menambahkan lagi kegembiraan keluarga kecil ini.....Sayang mereka semua....merekalah penawar duka dan laraku...

Rabu, 11 Januari 2012

Scan 4D at Poliklinik Yuslina

            Walaupun ini merupakan anak kedua tapi nilah 1st time aku scan baby 4d. Rasa lebih teruja bila kawan yg seangkatan dah pergi scan. Dan mereka kata ok...harga ok, service ok, doktor ok. Aku pun ajaklah en. Hubby ku pergi. Walaupun dia taklah exited macam aku. Siap ckp lagi "ok abg anta tapi mama bayar ye" cesss huhu takpelah aku tak kisah, dah byk benda yg aku selalu suruh dia byr.

           Ok lokasinya adalah...mmm org sekitar Kota Tinggi dan Jb bole kot nak ke klinik ni. Poliklinik Yuslina di Bandar Seri Alam, Masai....alamak address lengkap tiada disisiku pada waktu ini. Opismate aku yg suggest pergi tempat ni...opismate yg 1st pergi dia kena RM40 jek...tapi takde gambar dan cd included. Sbb dia pergi dah masuk week 31...baby dah sgt penuh susah nak dpt gambar yg jelas. Opismate yg second kena RM70 include CD...tapi yg ni muka baby pun tak dapat nak tgk sgt sbb tali pusat menutupi...

        Aku try pergi apa pula nasib aku...wahai baby mama ingin melihat mukamu...

kelihatan 2 tgn yg nmpk chubby menutup sebahagian muka. Mungkin dia malu atau baby mmg selesa pada kedudukan sebegini. Tapi dia mmg tak reti diam ok. Sgt aktif....

dengan sepantas yg mungkin doktor amik part ni...baby alihkan tgnnya sebentar. Nampaklah muka dia. Sama ke macam kakak Hanis? Hihii bila lahir nnti barulah jelas nak compare sama ngan sape kan....

ni report dia....

            Ok tulah hasilnya...kt CD ada byk lagi gmbr dan video...tapi cukuplah ini yg aku kongsikan. Wahhh aku mmg sgt exited...Macam tak percaya apa yg ada dlm perut ni aku boleh tgk dgn jelas dan sgt puas. Layanan Dr Hani mmg sgt memuaskan. Kami bersama selama sejam melayan baby, melihat baby...berborak dgn doktor..hingga Hanis kebosanan. Mujur ada tempat dia bermain di tempat menunggu. Aku dikenakan bayaran RM120. Ok mahal dari opismate aku...tapi aku ada gambar yg diprint dikertas foto serta cd video scan baby tadi. Wah menjadi tontonan ramai di ofis...huhu. Aku tak ralat pun kena mahal sbb aku rasa setiap byrn tu sgt berbaloi dgn layanan dan servisnya....ok konfem gugurl lagik...



Inilah dia gelagat kakak Hanis yg kebosanan lama di klinik. Menunggu turn...menunggu sejam mama dan ayah bersama doktor dan menunggu lagi CD dan gambar siap...Hanis jgn risau syg mama pada Hanis takkan kurang walau hadir seorang lagi puteri...

Selasa, 10 Januari 2012

Dinner dan Family Day

            Jumaat 6 Jan...akhirnya dinner ofisku dapat dijalankan walaupun urusetia asik terpaksa menunda tarikh. Alhamdulillah aku dpt hadir juga walaupun klu diikutkan Hanis belum baik betul. Tapi kami sampai lambat. Event start pukul 8mlm tapi pukul 8.20mlm aku baru bertolak dari rumah. Dahlah jauh kat Grand Bluewave Hotel, Stulang nuuun...mujur jalan tak berapa nak jam, dan en. Hubby yg drive, klu aku yg drive ntah nak abes event baru sampai. Aku mengharapkan dpt cabutan bertuah brg elektrik tapi dapat rak buku 3 tgkt pink color. Takpelah bagi kat Hanis.

             Makan...perjalanan majlis semua kurasakan biasa, tapi aku seronok tgk semua staff berkumpul membawa keluarga. Aku tak perlu risaukan Hanis kerana dia mmg mudah berkawan, bolen yg jadi perhiasan dewan dah dicabut dek para bapa yg malas mendengar rintihan anak. Huuuhu belon kat siling dah jadi bertaburan di atas menjadi mainan kanak-kanak.



sekitar dinner...tema pink+biru...tapi dalam hati terdetik nape Hanis tak menang kanak-kanak perempuan comel...hihi mama sedikit mengharap...walaupun mmg sgt ramai kanak-kanak perempuan...

            Hari Ahad 8 Jan, family day bertempat kat Damai Beach Resort Desaru. Kali ni en Hubby dah warning jgn lambat. Ikut jadual pukul 7.30pg dah sarapan kat resort tu...tapi kami still lambat keluar rumah pukul 7.20pg...pecut kereta bagai nak gila...pukul 8lebih sampai lah kami. Tapi aku hairan tiada pun kereta staff...bila masuk makin ke dalam aku baru nampak adalah 2 3 buah kereta staff. Terus pergi sarapan...huuuh aku orang ke 6 rasanya mendaftar. Alahai aku dah agak dah sbb cuaca tak begitu baik mesti ramai yg mengagak aktiviti akan bermula lambat.

           Iye aktiviti mmg bermula agak lambat, tapi perlu uga dijalankan. Hujan gerimis diredah jek. Aku hanya bagi en. Hubby ke padang aktiviti. Aku dan Hanis no no no....jg kesihatan jgn kena hujan. So mmg agak bosan. Tapi ibu yg ada anak kecil pun ramai yg lepak kt tempat makan tu...so taklah sunyi. Wahhh kumpulan kami menang tempat ke2 walaupun aku tak menyumbang ape-ape. hihi....




Aksi Hanis jela yg byk....gambar aktiviti mmg takdelah. Aku mmg tak turun padang hihi...perut memboyot, hujan memanjang, aku tak berani menanggung risiko

ini je lah yg hadir utk family day...utk dinner plak ramai sgt sampai tak cukup meja...

             Terima kasih kepada AJK BAKAT yang bertungkus lumus menjayakan event ni. Mana kekurangan tu kita jadikanlah sempadan utk yg akan dtg. Tapi silaturrahim antara kita kian erat jika aktiviti sebegini kerap dijalankan...huhu tapi klu ada mana agensi yg nak sponsor kn best....sempat berangan...

Isnin, 9 Januari 2012

Cuti Emergency...

           Post yg baru tadi, aku ckp aku cuti Isnin....Selasa kembali bertugas menyelesaikan byk benda..walaupun tak byk kerja tapi klu duk asik cuti jek mmg lah kerja berlonggok. Perkara pertama aku buat ialah claim aku ke Melaka yg lepas. Mahu tak tergesa-gesa aku menyiapkan ni hujung tahun, nak tutup akaun...klu lmbt sape mau ganti duit aku...Klu tak bayar hotel takpe...bayar hotel yg mahal tu...Ni lah aku tang duit mesti didulukan tang yg lain-lain...aku dulukan laa yg penting. Hihi insyaAllah mana yg tanggungjawab akan diselesaikan. Harini gak Check up perut...alamak HB rendah. Malas dah aku nak fikir, bukan tak nak mkn vitamin tapi selalu lupa. Tapi klu aku disiplin makan vitamin naik ke HB aki nih? Yela nnti aku disiplinkan demi baby mama ni...

         Ok Rabu aku kembali bercuti. teacher Hanis call inform yg Hanis kena chicken pox. Aduyaii...takpelah dugaan, aku terima...harapan tak teruklah, tak sanggup nak cuti lama...students nak masuk dah byk preparation yg nak dibuat...so aku amik cuti laa Rabu dan Khamis. Jumaat aku arahkan en. Hubby cuti...alahai seb baik cuti ku ada byk hari lagi...


Ni dia budak kena chicken pox...mujur tak teruk. 

             Doktor bg antibiotik dan berpesan jgn bagi minum air kelapa. Pelik gak aku pd awalnya, yela org dulu selalu ckp kena minum air kelapa biar cpt keluar semua. Tapi doktor ckp sbb minum air kelapa lah sampai ada yg teruk tak bole nak makan. Itu kan menyeksa namanya. Dari segi prinsipnya chicken pox ni akan kena sekali seumur hidup, so klu yg risau akan kena lagi, cuba elakkan, jg kesihatan dan pemakanan bila berada dgn pesakit. Alhamdulillah dia tak demam, dan tak berjangkit....setakat ni lah. YaAllah mintak jauhkan aku ni mengandung, dulu masa sekolah aku dah kena, pn tak teruk, tapi aku tak nak kena lagi....


       

Ahad, 8 Januari 2012

Balik kampung...aqiqah Khaleda

            Wah ni post pertama tahun 2012...sgt bz sejak akhir-akhir ni. Bukan saja xde post baru, nak bukak blog ni pun xsempat...tgk kat punch card pn tak lawa, byk sgt aku cuti akhir thn dan awal tahun. Bukan bercuti tapi emergency. Bermula dengan sakit perut aku, pastu balik kampung, pastu Hanis xsihat...aduhhh mujur student minggu ni baru daftar. Harapan aku dah berakhirlah segala kekalutan supaya aku bole fokus pada kelas dan student baru aku.

             Kisah balik kampung pd penghujung tahun dibuat last minit bila MIL aku nak buat yaasin. Aku ingatkan yaasin semata-mata, rupanya nak aqiqahkan cucu barunya Khaleda, anak kpd abg iparku. Majlis tu hari Ahad, tapi hari sabtu sempat gak aku memanjangkan kaki ke Batu Pahat. En. Hubby dah gaji aku nak tuntut baby cot yg ktorg dah tgk masa balik kampung yg lepas. Wah ada lagi design tu... cuma yg xbestnya ada warna biru spt display tu jek....tapi kami mengambil keputusan utk terus beli. Karang tangguh duit melayang kat lain. Rasa hepy sgt dpt beli tu...huhu org lain beli lagi mahal pun tak exited macam aku. Tapi lupa nak amik gambar, baby cot tu pn tinggalkan kat kampung sbb perancangan nak pantang kat kampung jek...
lepas bershopping pergi mkn kat tasik Y....teringat biasanya Sofya bawak Ammar main kt playground kat Taman ni....

            Hari Ahad semestinya sibuk di rumah MIL. Buat persiapan utk akikah. Rewang sikit je, sbb ramai makcik yg dtg membantu, lagipun daging dah upah org tlg masak. Aku cadang nak balik lewat mlm sikit, yelah penat rewang seharian...tapi aku lagi rasa penat dan letih dgn bahang cuaca panas kat pt sulong ni. Duk kat Kota Tinggi hujan dan angin sentiasa. Bila balik kampung panas yg sgt terik...ditambah pula rumah mertuaku rumah separa kayu, lagi bahanglah. Kami mengubah fikiran abes je majlis ptg tu kami terus berkemas utk balik. Masuk dlm kereta wow nyamannya...aircond. Ya Allah ini baru panas dunia, bagaimana aku nak menghadapi panas dia akhirat nanti. Moga terampun segala dosaku...

            Hari Isnin aku cuti. Org hari pertama bekerja utk tahun baru sepatutnya berkobar-kobar tapi aku cuti plak. Aku risau kepenatan bercuti pendek di kampung....bersambung...