Makan...perjalanan majlis semua kurasakan biasa, tapi aku seronok tgk semua staff berkumpul membawa keluarga. Aku tak perlu risaukan Hanis kerana dia mmg mudah berkawan, bolen yg jadi perhiasan dewan dah dicabut dek para bapa yg malas mendengar rintihan anak. Huuuhu belon kat siling dah jadi bertaburan di atas menjadi mainan kanak-kanak.
sekitar dinner...tema pink+biru...tapi dalam hati terdetik nape Hanis tak menang kanak-kanak perempuan comel...hihi mama sedikit mengharap...walaupun mmg sgt ramai kanak-kanak perempuan...
Hari Ahad 8 Jan, family day bertempat kat Damai Beach Resort Desaru. Kali ni en Hubby dah warning jgn lambat. Ikut jadual pukul 7.30pg dah sarapan kat resort tu...tapi kami still lambat keluar rumah pukul 7.20pg...pecut kereta bagai nak gila...pukul 8lebih sampai lah kami. Tapi aku hairan tiada pun kereta staff...bila masuk makin ke dalam aku baru nampak adalah 2 3 buah kereta staff. Terus pergi sarapan...huuuh aku orang ke 6 rasanya mendaftar. Alahai aku dah agak dah sbb cuaca tak begitu baik mesti ramai yg mengagak aktiviti akan bermula lambat.
Iye aktiviti mmg bermula agak lambat, tapi perlu uga dijalankan. Hujan gerimis diredah jek. Aku hanya bagi en. Hubby ke padang aktiviti. Aku dan Hanis no no no....jg kesihatan jgn kena hujan. So mmg agak bosan. Tapi ibu yg ada anak kecil pun ramai yg lepak kt tempat makan tu...so taklah sunyi. Wahhh kumpulan kami menang tempat ke2 walaupun aku tak menyumbang ape-ape. hihi....
Aksi Hanis jela yg byk....gambar aktiviti mmg takdelah. Aku mmg tak turun padang hihi...perut memboyot, hujan memanjang, aku tak berani menanggung risiko
ini je lah yg hadir utk family day...utk dinner plak ramai sgt sampai tak cukup meja...
Terima kasih kepada AJK BAKAT yang bertungkus lumus menjayakan event ni. Mana kekurangan tu kita jadikanlah sempadan utk yg akan dtg. Tapi silaturrahim antara kita kian erat jika aktiviti sebegini kerap dijalankan...huhu tapi klu ada mana agensi yg nak sponsor kn best....sempat berangan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan