Khamis, 26 Januari 2012

Cuti CNY...balik kampung laaa

            Sempena CNY ni aku balik kampung laa. Yelaa cuti isnin dan selasa, dari hari sabtu sampai selasa aku kat kampung. Puas juga duduk kat kampung lama...cuaca pun tak terlalu panas so ok laa xlah aku cpt terasa nak balik kota tinggi. Mengandung ni mmg aku sgt tak tahan dgn panas. Sebelum balik kampung dapat sms dari kak lela yg menyatakan dah masuk ke labor room. Ermmm balik dr kampung nnti laa baru kami melawat.

           Wah awal-awal lagi aku dah berpesan pada suami aku nak minum air kelapa muda yg fresh di bawah pokok juga rambutan. Agak kecewa bila takde pun rambutan yg berbuah sama ada di rumah MIL ataupun rumahku sendiri. Air kelapa huh sampai kembung minum. Sejak dh masuk 7 bulan ni aku dah berani minum air kelapa. Awal mengandung takutlah juga. Akhirnya dapat juga makan rambutan bila tgk umah mak cik aku sebelah rumah ada buah rambutan yg bergayutan. Aku apa lagi dgn tanpa segan silunya aku mintak...wah dpt mkn dpt lagi bawak balik kota tinggi. Yummm gembiranya hatiku ini...

          Aktiviti lain...biasa je. Jom layan gambar sikit....

Jalan kat Summit Batu Pahat. Best gak summit ni bila dah ada UO Super Store. Dulu bila The Store tutup rasa tak best langsung jln kat summit ni..Tgklah anak dara ku itu yg pantang nampak stage mesti nak naik. Aku peliklah...ni gara-gara mama dia suka tgk rancangan realiti nyanyian ni...sudahlah....

Makan di Juara Sulong Tom Yam...tempat kegemaran ku...tapi dululah. Mlm tu ntahlah rasa serba xbestlah. Tukang masak dulu dah berenti kot...hihi pandai je aku buat kesimpulan. Tgk gambar tu...kat belakang tu ita (cousin aku) dan family dia. Kebetulan tak janji pun....

Ni plak masa balik dari kampung. Kami singgah Air Hitam. En. Hubby nak belikan Hanis angry bird. Aku tak pasti sebenarnya Hanus or ayah dia yg nak angry bird ni....dulu Hanis xkenal pn angry bird ni, tapi sejak dia asik tgk mama dia main game kt hset tu...tiba-tiba dia pn sgt suka dgn angry bird. Ni salah aku lagi ni...sudahlaaa...

Ni wajib naik yek klu hanis nampak. So aku selalu akan pergi jln jsuh utk elak Hanis minta menunggang kenderaan or binatang yg makan syiling ni...Ni kat Tesco Kulai....rasa jauh perjalanan balik sbb byk sgt persinggahan.

Masing-masing nak melaram....apa yg ayah dia pakai pun dia nak. belilah satu utk puaskan hati dia...alahai anak mama

              Rasanya sebelum aku bersalin aku akan balik kampung kut...sbb kak anti dah masuk hospital 1 feb ni. Dah tiba masa ataupun belum tetap kena masuk, sbb dia ada kencing manis semasa pregnant kali ni. So kak lela dah selamat, kak anti sdg berdebar...aku tunggu dulu....InsyaAllah moga semuanya selamat.

1 ulasan:

  1. kak yanti pon da selamat mlahirkan..cepat sgt masa berlalu...

    BalasPadam