Isnin, 30 Mei 2011

bila hensetku mati....

            Lama sangat tak membebel dan mengadap corat coret ku ini. Sibuk sikit setelah bercuti dan menghabiskan masa di kampung. Alhamdulillah majlis aqiqah dan kenduri arwah mak berjalan lancar. Dapatla berkumpul adik beradik dan dapat melihat perkembangan anak-anak buah yang dah lama tak jumpa. Seronok sangat. Paling seronok tengok kasanyanganku Hanis...sungguh dia gembira di samping sepupu-sepupunya.

kalaulah ada yang nak belikan yang baru kan best....

            Malangnya tak dapat untukku selitkan memori kegembiraan dan keseronokan anakku di kampung tersebut di sini kerana  hensetku (telefon bimbitku) bermasalah. Huhu dah tiga tahun jugalah hensetku tu berkhidmat untuk diriku. Taklah rosak pun, tapi sangat susah untuk mengecas bateri. Satu ralat diriku ni pulak tertinggal pengecas di kampung. Masalah lupaku ni memang kadang-kadang keterlaluan. Bila dah tertinggal maka hensetku tidak dapatla berfungsi bila kehabisan bateri. Takpelaa mungkin di entry yang seterusnya akan dapat diselamatkan rakaman photo situasi riang ria hanis dan sepupunya.

            Hatiku lega kerana opismate aku selalu tinggalkan pengecas baterinya di opis. Malang sekali lagi memang hensetku tidak dapat dicas menggunakan pengecas yang lain selain biasa walaupun dari jenis yang sama. Arrrghhh tensen....minta maaf kakak, adik, kawan atau sesapa yang menghubungiku pasti operator perempuan yg menjawablaa kot. Henset ni memang nak diganti dengan yang baru ni. Walaupun hensetku tu henset lama yang biasaaa je, tapi bile dia tiada di tangan terasa sangat kekurangan.

         
            Di kala henset tiada di tangan, boleh pulak en. hubby ku balik lewat pagi. seperti kebiasaan dia balik lambat menyiapkan kerjanya, dan itu sangatku maklum. Lebih-lebih bertimbun kerjanya bila ditinggalkan untuk balik kampung. Tapi rasa sangat tak keruan bila aku tak dapat menghubunginya. Tak nak lah fikir yang bukan-bukan, tapi hati mana tak gusar bila ku terjaga jam menunjukkan 4.05am dan en. hubby tidak juga kelihatan di dalam rumah. Kehilangan arah sebentar...menangisku sambil memegang hensetku yg mati itu....Dalam hati berdoa tiada apalah yang berlaku. tapi kenapa dia lambat sehingga pagi, selalu lewat pun pukul 1.00am. Tapi waktu tu boleh dihubungi dan sekali je rasanya. Tiba-tiba terdengarlah deruan enjin menghampiri rumahku. pasti mesti en hubby. Alhamdulillah sempat ku memanjat syukur dengan deraian air mata. Tolonglah jangan buat begini..Kenapalah en. hubby balik sampai pagi bile hensetku mati....

Rabu, 25 Mei 2011

Aqiqah


 Hukum melakukan Ibadah Aqiqah dalam Islam 

Hukum membuat 'kenduri' bagi anak yang baru lahir hukumnya harus dan hukum ibadah aqiqah itu adalah Sunat Muakkad, caranya ialah :
Membuat Aqiqah dengan menyembelih seekor kambing bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan. Jika mampu yang afdalnya bagi kanak-kanak lelaki dua ekor kambing dan sebaiknya disedekahkan daging kambing itu kepada fakir miskin dan lain-lain sesudah dimasak.
  1. Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib. Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.
  2. Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.
  3. Anak zina, aqiqahnya sunnat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu tanggungan ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Syaikh Ibnu Hajar dan Syaikh Ramli, manakala Khatib Syarbini pula berpendapat, adalah tidak sunnat bagi ibu mengaqiqahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi nafkah kepadanya.
  4. Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing.
  5. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi).
  6. Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan: Bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)


Hikmah Ibadah Aqiqah
  1. Bersyukur kerana mendapat cahaya mata
  2. Mengeratkan hubungan kekeluargaan
  3. Dapat mendekatkan kanak-kanak yang baru lahir dengan perkara-perkara kebajikan
  4. Menggalakkan orang islam beramal
  5. Berkongsi perasaan gembira
terlalu banyak kekangan sehingga waktu ni barulah mama dapat buat majlis aqiqahuntuk kesayangan mama hanis

Semoga kenduri doa selamat untuk aqiqah Hanis dan kenduri arwah mak akan berjalan lancar. Mak aku terlalu merinduimu. Semoga Mak tenang di sana dan di tempatkan bersama hamba-hamba Allah yang beriman. Aminnn...

Belajar buat kek....

           Rasanya diri sendiri pun kurang percaya....wah kursus kek mestilah kena buat dan ada hasil di akhir kursus. Huhu sebenarnya susah diri ni nak hadir kan diri dalam kursus-kursus cenggini ni. Tapi bile dengar cheese cake rasa macam nak tau sangat, macam mana caranya, susah ke senang. Sebenarnya taklah susah sangat tapi kalau ada penyakit mim alif lam sin memang tak akan jadi laa kek. Sangat suka cheese cake yum yum...

tada....ni laa kek yang dihasilkan diakhir kursus, kiri sponge kek jek, kanan blueberry cheese cake....

            Kursus kek ni hampir sehari jugalah, penatnya mengalahkan kelasku yang full seharian. Mengajar dah memang kerja rutin, buat kek ni memang bukan rutinlah. Agaknya bile kali terakhir diriku ini mengadun kek pun tak ingat dahlah(maksudnya dah lama sangat lah tu). Kalau makan kek selalu jugalah. Harap-harap ni bukan kek yang terakhir, moga lepas ni rajinlah tanganku untuk menghasilkan kek lagi. Resepi kek akan kumasukkan dalam entry seterusnya yek sebab terlupa pulak di mana ku letakkan resepi itu, jangan hilang dahlah.

Ada gaya orang pandai buat kek tak? hehe...

           Kalau nak raya nanti nak buat kursus buat kuih raya, dalam pada kursus dapat jugak hasil tu dibawa balik untuk dijadikan kuih raya, jimat kos dah tu....harap ada kursus kuih raya di opis menjelang raya nanti.

resepi klik sini

Selasa, 24 Mei 2011

sepi melanda

            Sejak kebelakangan ni en. hubby terlalu byk kerja kat ofis dia. Selalu sangat balik lambat, hari cuti pun kena bekerja. Kadang-kadang kesian sangat tengok dia, tapi dah memang tu tanggungjawab dia cari rezeki dan selesaikan kerja yang diamanahkan kepadanya. Sebagai isteri apalah yang mampu untuk ku bantu. takut menambah beban pulak jadinya nanti

             Keadaan sebegini bukan berlaku seminggu dua, rasanya dah sebulan lebih en. hubby ni tak bercuti. Kalau kami nak keluar jalan hanya ada waktu malam yang singkat di hujung minggu. Tupun mungkin sempat atau tak sempat. Sampaikan kami ni tinggal sebumbung, tapi dapat berborak melalui telefon sahaja. Yelaa kalau dah dia balik anak bini dah tido, pagi-pagi pula saya keluar awal untuk perjalanan 60km ke tempat kerja. Sampai satu tahap rasanya hilang kesabaranku ini, wife dia ni bukan jenis yang suka memerap kat rumah, ditambah pulak rengekan hanis yang sudah  kebosanan seperti mamanya....Huh kadang-kadang sepi tu memberi ketenangan, tapi kadang-kadang boleh mendatangkan stresss...huwarggg aku nak jalan-jalan. Boleh je kalau nak jalan berdua dengan Hanis, tapi kalau dia buat perangai kat luar tak mampu nak mengawal sendirian. Rasanya kali terakhir bawa Hanis berjalan masa duduk kat Kuantan dulu kut. Nak dibawa bersiar sekitar rumah cuaca pula sejak akhir-akhir ni tak menentu. Cuaca panas dan terik sangat, bile menjelang petang pula hujan. Manusia ni sering merungut kan...panas salah, hujan pun salah (aku laa tu).


Hari Ahad 6.00pm en. hubby baru balik kerja dan Hanis "ayah jom donay(Mc Donald) ayah"

            Sentiasa berdoa supaya en. hubby dapat kerja yang berpada-pada sahaja busy nya supaya dapatlah kami meluangkan masa bersama. Dan moga Tuhan memberikan kesabaran kepada diri ini dan dapat lebih memahami kesibukan yang melanda en hubby ku sayang...Walau apapun semoga keluarga kami kekal bahagia.

Sabtu, 21 Mei 2011

Pelamin Anganku Musnah

             Mendengarkan title kali ni mungkin agak mengejutkan. Tapi jangan risau kerana ianya bukanlah kisah diriku. Tapi agak menyedihkan juga kerana kisah ini adalah kisah seseorang yang agak dekat dengan diriku. Cukuplah ku kenalkan dia sebagai gadis A dan jejaka B. Sebelum tu doaku kepada gadis A supaya tabah dengan dugaan yang melanda kehidupannya. Jejaka B...arghh rasanya tak perlulah diambil peduli lagi.
           
            Berkenalan, berhubungan dan bercinta, begitulah permulaannya. Bercinta sakan sehinggakan keluarga terasa tak sedap mata memandang kalau dah seperti belangkas. Pantang ada waktu free mesti berjumpa. Kalau tak dapat keluar ke bandar duduk lepak depan rumah pun takpe. Ohhh mungkin bagi mereka, mereka adalah merpati dua sejoli. Sangat serasi bersama seperti gambar kat bawah ni. (tapi tu bukan gambar burung merpati). Dipendekkan cerita si ayah gadis A ni minta mereka disatukan. Rupa-rupanya keluarga jejaka B ni pun menunggu saat itu. Alhamdulillah majlis pertunagan berjalan lancar.

gambar sekadar perhiasan

            Namun disangkakan panas hingga kepetang rupanya hujan di tengah hari. Jejaka B ni rupa-rupanya penipu. Penipu yang macam mana susah nak diperincikan di sini. Bukan gadis A ni je yang tertipu, malah keluarganya sendiri pun tertipu. Terpaksalah keluarga si jejaka memohon maaf dengan tindakan kurang ajar anak lelakinya itu. Maka terlerailah ikatan pertunangan. Walhal seminggu je lagi majlis akad nikah akan dijalankan. Sadis sungguhkan. Huwaaa samapainya hati dia..... Bayangkan persiapan majlis yang dah tersedia hampir sepenuhnya, hanya menghitung hari untuk tibanya hari bahagia. Alih-alih kesedihan yg mungkin tak bertepi melanda. Nasib baik kad belum diedar. Jejaka B semoga engkau akan menerima pengajaran atas apa yang engkau lakukan. Si gadis pula laluilah kehidupan seperti sediakala. Rawatlah luka dengan mendekatkan diri dengan Tuhan. InsyaAllah kebahagiaan lain pasti akan tiba. Pelamin yang musnah tidak bermakna hidup pun akan musnah kan....

             Seperti insan lain yang bercinta dan pastinya inginkan ikatan tersebut berakhir dengan mahligai perkahwinan. Tapi tak pelik pun kalau impian tak kesampaian sebab memang ramai juga pasangan yang bercinta berakhir dengan perpisahan. Tapi kita sebagai orang Islam wajib percaya Qada' dan Qadar Tuhan. Anggaplah ia sebagai bukan jodoh kita.InsyaAllah pastinya ada yang lebih baik nanti dan setiap kejadian terdapat hikmah yang tersembunyi.

Khamis, 19 Mei 2011

Kesayanganku....

Dalam hidup ini semua orang mempunyai sesuatu yang disayangi kan....rasanya sayang yang paling utama mestilah pada keluarga yang seumpama harta yang tidak ternilai. Gantilah dengan emas pertama, intan baiduri atau keseluruhan harta Qarun sekalipun tidak akan sama sekali sanggup untuk menggadaikan keluargaku....terutamanya anak. Anak ni dialaa racun, dialaa penawar...dialaa kawan dia laa lawan. hehe ni bagi diri sendiri laa sebab klu berdua je duduk kat rumah dengan anak mau bergegar rumah...sekejap bergelak ketawa sekejap menjerit...huhu macam-macam. Walau apa pun yang berlaku antara mama dan anak mama ni oooh sayang mama pada Hanis tidak pernah luntur walau sedikit pun.
Menjamu mata dengan menatap insan-insan kesayanganku ini..."sungguh aku lelah tanpa kamu"

puteri kesayangan
ayah + puteriku
Semoga keluarga kecilku ini sentiasa bahagia dan terus bahagia. YaAllah aku xsanggup berjauhan walaupun satu masa dulu kami pernah melaluinya. Sayang anak mama dan ayah dia sekali.

Berjinak-jinak

Alhamdulillah...rasanya dah lama nak buat coretan untuk tatapan sendiri dan sesiapa yang sudi singgah. Tapi takut pula hanya melalut tanpa ada mesej atau pengisian. Tapi tak salah rasanya bila coretan kita yang tak seberapa akan jadi sangat bermakna pada satu masa nanti.
Bila melihat coretan rakan-rakan terasa teruja untuk memiliki apa yang mereka miliki...cerita kebahagiaan, pengalaman, kongsi ilmu...tak kisahlaa apa jenis ilmu..kekeluargaan, masakan dan macam-macamlaa.
Ini permulaan semoga banyak yang boleh dikongsi bersama