kalaulah ada yang nak belikan yang baru kan best....
Malangnya tak dapat untukku selitkan memori kegembiraan dan keseronokan anakku di kampung tersebut di sini kerana hensetku (telefon bimbitku) bermasalah. Huhu dah tiga tahun jugalah hensetku tu berkhidmat untuk diriku. Taklah rosak pun, tapi sangat susah untuk mengecas bateri. Satu ralat diriku ni pulak tertinggal pengecas di kampung. Masalah lupaku ni memang kadang-kadang keterlaluan. Bila dah tertinggal maka hensetku tidak dapatla berfungsi bila kehabisan bateri. Takpelaa mungkin di entry yang seterusnya akan dapat diselamatkan rakaman photo situasi riang ria hanis dan sepupunya.
Hatiku lega kerana opismate aku selalu tinggalkan pengecas baterinya di opis. Malang sekali lagi memang hensetku tidak dapat dicas menggunakan pengecas yang lain selain biasa walaupun dari jenis yang sama. Arrrghhh tensen....minta maaf kakak, adik, kawan atau sesapa yang menghubungiku pasti operator perempuan yg menjawablaa kot. Henset ni memang nak diganti dengan yang baru ni. Walaupun hensetku tu henset lama yang biasaaa je, tapi bile dia tiada di tangan terasa sangat kekurangan.
Di kala henset tiada di tangan, boleh pulak en. hubby ku balik lewat pagi. seperti kebiasaan dia balik lambat menyiapkan kerjanya, dan itu sangatku maklum. Lebih-lebih bertimbun kerjanya bila ditinggalkan untuk balik kampung. Tapi rasa sangat tak keruan bila aku tak dapat menghubunginya. Tak nak lah fikir yang bukan-bukan, tapi hati mana tak gusar bila ku terjaga jam menunjukkan 4.05am dan en. hubby tidak juga kelihatan di dalam rumah. Kehilangan arah sebentar...menangisku sambil memegang hensetku yg mati itu....Dalam hati berdoa tiada apalah yang berlaku. tapi kenapa dia lambat sehingga pagi, selalu lewat pun pukul 1.00am. Tapi waktu tu boleh dihubungi dan sekali je rasanya. Tiba-tiba terdengarlah deruan enjin menghampiri rumahku. pasti mesti en hubby. Alhamdulillah sempat ku memanjat syukur dengan deraian air mata. Tolonglah jangan buat begini..Kenapalah en. hubby balik sampai pagi bile hensetku mati....
Sabor jer la...nak kena beli Iphone ni lin
BalasPadamdh beli dah yang baru...tapi bukanlah Iphone...kena beli gak, sgt susah bila ada kecemasan....
BalasPadamsobssss...xsuka situasi mcm tu...kalau urgent susah nak kontek2...sy akan selamatkan charger kak lin..hik3...
BalasPadamselamatkan yea, walaupun dh ada yg baru semua benda dlm memori byk xtransfer lg.no kawan2, gambar hanis termasuk gambar budak2 masa kenduri tu...
BalasPadam