Rabu, 28 Mac 2012

Horaayyy dah dapat kunci rumah baru....

            Ni entry tertangguh lama sgt dah. Nak share kat sini betapa gembiranya aku bila dpt call dah boleh amik kunci pada hari tersebut.(16 Mac 2011)....tapi aku tak dapat gak nak amik pada hari tersebut mengenangkan aku dan en. Hubby tak dapat nak meninggalkan keje utk amik kunci rumah.Ok tangguh ke hari Isnin. Teruja ok, rumah kami patut siap bln 6 thn lps, tp tertunda hingga tarikh ini. Tapi alhamdulillah penantian sudah berakhir.  Tapi bukan semudah yg disangka ye nak masuk rumah baru, byk perkara yg perlu disediakan....difikirkan...

            Ok antara perkara utama yg perlu difikirkan adalah grill pintu dan tingkap bagi keselamatan diri dan harta benda, kedua perkakasan elektrik sekurang-kurangnya yang wajib mestilah lampu dan kipas. Ada budget lebih bolehlah tambah kabinet dapur, perabot di bilik-bilik. Semua perkara ni akan jadi senang bila ongkosnya ada...jika tiada mmg beratlah jadinya. Aku??? sedang mencongak, mencari....mana-mana ada simpanan yg boleh mengadakan benda ini semua. Tak lupa kumpul quatation dari beberapa kontraktor supaya kita dapat perkhidmatan yg berkualiti dgn harga yg berpatutan. Harap sgt budgetku mencukupi utk buat kabinet dapur....

           Rumahku syurgaku...pasti aku nak yang terbaik utk rumah sendiri...sebelum ini meyewa tak bolehlah nak lebih-lebih kan....

ooo ni laa mahligai kami sekeluarga....
opps ni gambar dari web pemaju...gmbr cth jek, rumah aku bukan corner lot pun...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan