Rabu, 15 Februari 2012

Lama bertukar baru

            Hiihii...tgk tajuk tu agak-agaknya apa yg terfikir oleh orang lain. Alkisahnya sempena nak menyambut baby yg baru ni...kan aku byk bersedia utk penyusuan susu ibu secara eklusif. Breast pump, storage bottle, coooler box dah ada...tapi peti ais aku comel sgt utk memungkinkan penyimpanan susu utk stok yg mencukupi. Jadi yg lama aku jual kt student dan aku beli yg baru yg besar sikit. Wahhh rasa teruja sgt dgn peti ais baru...padahal peti ais je pun...huhuu

         Kisah 15 feb....dgn susah payah aku menghantar peti ais lamaku ke rumah student. Memang agak mengerikan bila rasa mcm xmuat je peti ais ni dlm mr. Getz aku. Maklumlah ada dua kereta pun semuanya kecik. Menuju lah kami ke Bandar Penawar dalam kesempitan ruang...mujur jiran aku bantu setting peti ais tu bagi muat. Klu  tak muat jugak terpaksa pinjam Exora dia...hihiii bagi ke dia?? Sambil menyelam sambil minum air...terus jalan-jalan ke Tanjung Balau. Hanis la paling suka.

Ni peti ais lamaku LG satu pintu...berapa liter xpasti pulak aku...

Tgklah bahagian freezar sgt kecil...dan penyimpanan susu bagi 
peti ais satu pintu di bahagian freezer = bertahan 2 minggu
bagi peti ais 2 pintu di bahagian freezer = bertahan 3 bulan.
Sila abaikan tahap bersepahnya peti ais ku ini...

Nah tu dia yang baru...puas hati besar(bagi aku dah cukup besar..yg besar lagi kat kedai byk) aku pilih Panasonic 350liter. Jenama saranan rakan sepengajaranku...harap2 byklah susu yg dapat disimpan. Makanan basah mmg jarang sgt aku menyimpan klu ada pun sikit-sikit je. Tapi tak taulah klu dah ramai anak aku terpaksa merajinkan diri memasak setiap hari. 


pintu peti ais ni sgt ringan...so Hanis dengan gembiranya membuka dan menutup...Pantang mama snap gambar  dia mesti nak ada...




Aktiviti di Tanjung Balau. Ramainya pengunjung di hujung minggu ni. Selepas anta peti ais lepak jap kat Tanjung Balau...tapi kena beli layang-layang baru sebab Hanis teruja tgk orang main layang-layang. tgklah bukan main dia berlari bila layang-layang 'pempuan' dia dah terbang....(dia sendiri yg pilih ok, nak layang-layang pempuan). Takpe hujung minggu ni mama pasti akan bawak Hanis ke Festival Layang-layang Antarabangsa di Bukit Layang-layang Pasir Gudang. Sgt tak sabar...

           Ok peti ais lama dah tukar baru harapanku misi aku berjaya. Usaha+doa+tawakal....semuanya utk baby mama yg bakal lahir ini...hanya yg terbaik untukmu sayang....

4 ulasan:

  1. laa yeke...ni pun dh ada 3 org nak bli. Tapi sbb 1st booking dr student. So studentlaa yg dpt. Tapi risau gak klu anta perjalanan yg jauh takut rosak diperjalanan plak...

    BalasPadam
  2. moga berjaya dlm misi penyusuan nanti..
    mst semangat dgn peti ais baru kn?
    :)

    BalasPadam
  3. wah terima kasih...saya lebih bersemangat bila tgk blog org yg tak lokek berkongsi pengalaman penyusuan...awak dan mereka semua inspirasi saya...

    BalasPadam