Ni bukan citer utk harini...biasalah hujung minggu je ada aktiviti so citer berkisar tentang aktiviti hujung minggu. En. Hubby ajak ke CNY celebration. Wakil bos dia. Aku on jek...cumanya soalan yg terus terpacul...'ada org melayu lain x dijemput?'...'Makanan disediakan halal ke?'...So husband kata dtg je laa klu rasa lain macam jek...kita blahlaaa..
ok ni dia kad jemputan...dari S.P. Setia Bhd Group...bertempat di Show Village Setia Eco Cascadia...sape takde kad ni jgn harap dpt masuk, guard dia tgk betul-betul tau....
Melambung Yee Shang...wah ni 1st time ni...tapi aku tak buat pun. Awal-awal Hanis dah amik chopstick mama. Aku rasalah jugak...Erm sedap gak cam buahan campuran yg manis ada keropok...
Ramuan-ramuan biasa termasuk: ikan salmon segar, daikon (lobak putih), lobak merah, cili kembung, halia, kaffir lime leaves, parsli Cina, potongan kacang tanah, biji bijan bakar, keropok udang Cina (atau udang kering goreng), dan tepung lima rempah. Kuahnya diperbuat terutamanya daripad sos plum. sumber wikipedia
Lepas lambung Yee Sang...apalagi masa utk makan. huhu ni lah tujuan utama kami dtg, utk makan. Ok kat tempat pinggan dah ada label Halal Jakim dan nama caterer. Ok bole makan tanpa was-was. Lagipun masa kami sampai je org Setia Group yg menyambut kami tu pun Melayu dan menempatkan kami di meja yg masih kosong. Kat meja kami hanya 2 org je berbangsa cina yg lain melayu. So memang sambutan ni terbuka bukan utk bangsa mereka semata-mata. Hihi aku ni kan jakun sikit mana pernah gi majlis cmni. Erm macam-macam makanan ada...tapi lupa nak snap gambar...
Kami dtg majlis dah mula. So persembahan tarian naga dh lepas sbb tgk dancer dia dah berkemas...nmpak kat atas jalan ada bekas seperti baru selesai mercun dibakar...dah dtg lmbt tak dpt laa tgk. Padahal aku duk cerita kat Hanis nnti kita tgk tarian naga...nasib baik dia tak menuntut apa yg mama dia ckp nih....
Tgk Landskap Taman ni...cantik kan...Tapi tgk gaya mmg ni kawasan perumahan yg mewah...kawasan dia agak tinggi...so nyamannya udara dgn angin yg sentiasa bertiup...
Ayah dan mama melayan kerenah Hanis...'mama nak piece(bergambar) mama' layanlah....tapi belakang waterfall je laa...
Pengalaman baru yang mungkin sgt berharga. Yelah kita kan 1 Malaysia....Moga ada jemputan utk tahun lain...hihi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan