Jumaat, 10 Februari 2012

Wedding Best Fren...

           Hari dan saat yg ditunggu telah tiba. Hari bahagia Suhaini & bakal suaminya (skrg dah sah jadi suami pun). Eeeh aku plak yg terlebih suka plak. Bukan apa aku tumpang gembira bila kawan kita bahagia. Lagi plak kawan kita tu pernah rapat dan berjasa pada kita. Dulu aku kan PJJ dgn en. Hubby...so anak-anak dara ofismate aku ni lah tempat menumpang gembira aku dan Hanis. Mungkin tak setiap masa walau beberapa kala sahaja tapi itu sudah cukup memberi makna dan kenangan manis. Eh pjg lebar dah aku melalut ni. Aku gembira juga disbbkan pastinya akan jumpa ex ofismate yg hadir di majlis itu nanti

          Aku bertolak pukul 10 pg...lewat sikit, mlm sblm bertolak sgt malas nak packing brg ok. Tido awal. Bila pagi baru terhegeh-hegeh nak berkemas, siap cuci baju dulu...bila nak gerak tgk dh pukul 10. Alhamdulillah perjalanan lancar dan kami tiba pukul 1 lebih dikala kompang mula dipalu. Macam menyambut kehadiranku plak hehee. Wahh baru nak parking dah nampak Ina dan family...sampai dpn umah pengantin...tgk team kompang majoriti ex ofismate aku...yang berderet menjenguk pengantin kat pintu juga ex ofismate aku...wah aku sgt seronok ok...dpt jumpa mereka semua, bersalam berpeluk, even just bercakap sepatah dua...yelaa masing dtg bukan lama. Cuma terkilan sikit xsempat nak bergambar dgn mereka semua. Mereka balik dikala Hanis mengajak ke toilet. Nasib baik pengantin ada...heheh takkan pengantin pun nak cabut awalkan...

tu dia pasangan pengantin dengan rona ungu...aku pakai color tema juga nmpknya...Tahniah Sue moga berkekalan bahagia hingga ke Syurga ye...Hanis yang sgt suka dpt pegang bunga pengantin...

         Dah dapat bergambar kami pun mengundurkan diri, tapi aku ada tempat nak dituju...teringain nak tgk Tasik Chini. Yela rumah pengantin kan kt Felda Chini, dah dekat sgt Tasik tu En. Hubby dah pernah pergi waktu mengikut rombongan pengantin kawan dia, tapi tu dah 6 atau 5 tahun yg lalu. Jom tgk Tasik Chini.

Jetty yang panjang sehingga hampir ke tgh tasik (ni mengikut pandangan mata aku...tai tasik ni sgt luas...siap dibahagikan kepada beberapa nombor-mengikut perjalanan bot disitu.) Hanis sibuk ajak naik bot, tapi aku taknak...aku takut....

Ececehhh...anak dara aku bersama ayahnya...


Luas tak? Mengikut info ini adalah tasik yg kedua terbesar di Malaysia....

Posing jap dgn anak dara ku ini

Senyum....


Sedikit info tentang Tasik Chini...baik-baik nanti penunggu tasik muncul....

           Oleh kerana penat kami terus ke Kuantan. Tempat yg terus dituju rumah pengasuh Hanis dulu. Tapi Hanis tak mesra dgn ma dia tu...mgkin dulu masih terlalu kecil untuk dia mengingati. Kami bermalam di Kuantan, sempat menjenguk  Teluk Cempedak yang mmg sgt happening dimalam minggu...kalah Danga Bay tau...Dan keesokannya awal pagi lagi kami dah bertolak balik, singgah sebentar kampung Tok Ubai untuk menikmati keenakkan sarapan di situ. hheehe teringin lagi...teringin makan nasi dagang....

Dah setahun ku tinggalkan Kuantan...Tapi dah 2 kali kunjungan aku ke sana. Sungguh aku tak dapat melupakan tempat itu walaupun hanya 3 thn aku di sana...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan