Ahad, 5 Jun 2011

Kung Fu Panda

           Jom ke panggung tengok wayang. Citer ape  ye sekarang...Pirate, Nur Kasih....huhu tak bolehlah nak tengok semua. Tengok satu movie je dulu. Kami tgk Kung Fu Panda...kami tu termasuklah dua orang kesayanganku Hanis dan en. hubby. Sayang sangatlah kat diorang ni sebab nak gak teman mama tgk wayang setelah sekian lama tak buat aktiviti ini. Ni first trial bawa Hanis masuk panggung, sebab itulah kami memilih Kung Fu Panda, supaya hanis tak boring.

           Menarik juga ceritanya. lebih-lebih lagi tengok panda yg terlalu lurus dan baik, berbadan bulat dan sangat comel lebih-lebih lagi apabila melakukan aksi sembunyi-sembunyi untuk mengelakkan diri daripada dilihat oleh pihak musuh. So cute tak tahan nak gelak...Hanis pn gelak, tapi tak pasti dia gelak sebab sama-sama merasakan lucu or dia terikut-ikut mama dia ni gelak. Lagipun suasana dalam panggung nampak sangat meriah dengan suara kanak-kanak. Ramai jugala kanak-kanak tapi kebanyakkannya yang age lebih dari Hanislah. Ok laa nampaknya bolehlah bawak hanis tengok movie lagi. Huhu sebenarnya mama dia ni yang beriya nak tengok tapi tak pasti mahu diletakkan di mana si Hanis ni. So bila dia dah boleh tengok oklaa, boleh dia teman mama kalau ayah buzy.....

Po....ni dia hero citer ni...hensem tak???

Hanis anak mama sementara menanti waktu menonton...tertarik dengan The Smurf....

           Alhamdulillah dalam kesibukan en hubby sempat lagi dia melayan kami tengok wayang. Thank you so much much.....Doaku semoga dia juga happy sepertiku dan Hanisku....

2 ulasan:

  1. huihhh..hanis da masuk panggung laaa....unty lama gila xmasuk panggung ni..waaa..nak jugak...

    BalasPadam