Ahad, 12 Jun 2011

Dinner - Malam Pra Graduan

           Khamis lepas student dah abis exam. So yang semester akhir ni menganjurkanlah Malam Pra Graduan. Makan-makan, suka-suka. Bagi tidak mengecewakan mereka aku penuhi jugalah undangan dari students tu...Kiranya ni first time datang majlis yang diajurkan oleh student. Erm oklah semuanya berjalan lancar. Makan pun best walaupun mintak pakej semurah yg boleh. Yelah nama pn student...klu ada yang nak sponsor tu mesti best...huhu tapi siapa nk sponsor setakat bagi sikit sumbangan tu mampulah.

          Dari awal lagi aku dah mengagak yang penampilan student akan lebih vouge dari lecturer...biasalah diorang muda mesti nk bergaya. Mana lagi, bila lagi nak bergaya. Kan..kan... Masa ni lah. Mungkin masa ni juga yang single nk test market sebelum berpisah dengan rakan-rakan yang pastinya mempunyai hala tuju masing-masing yang berbeza. Tapi ni yang perempuan je la. Lelaki biasa-biasa je pakaian diorang. Kami sebagai tenaga pengajar pun biasa-biasa je. Tak apalah walau apa pun yang korang pakai asalkan tidak menjolok mata kami ni. Semoga semuanya akan lebih berjaya di luar sana.

          Ok habis citer student. Majlis tu aku ditemani budak comel...sapa lagi Hanis anakku lah. Ajak ayahnya tak sudi pula so pergi je lah berdua dengan si Hanis. Oleh kerana pergi berdua aku pun menumpang kereta kawan sahaja. Huhu event kat Hotel Selesa JB...aku ni masih tahap penakut dengan jalan dan kawasan JB. Kurang biasa. Bergelak ketawa ofismateku mendengarkan celoteh Hanis kat dalam kereta sehinggalah kat meja makan....lagilah bila nampak board kung fu panda kt tepi jalan. "ma tu ma ku aanda"....hahahaa budak umur macam dia masih sukar nak menyebut satu-satu perkataan dengan penuh dan betul. tapi oklah sekurang-kurangnya dia ingat lagi movie yang dia tengok minggu lepas.

 bersama ofismate ku....
bersama Hanis ku yang asik makan je...balik sampai rumah muntah sebab kenyang sangat
*ihsan gambar dari umi....huhu susah nak snap gambar bila berdua dengan hanis.

           Kami balik dalam 10.30pm....Masa tu Hanis dah mengantuk dan mula buat hal...tak nak jalan, baring atas lantail pulak tu...puas pujuk. Erm tapi lepas tu kena dukung dia ni yang tak larat ni. Suka sangat bawak dia jalan tapi bila datang mood tak ok dia...penat laa mendukung. Kalau ada ayah dia bagi je ayah dia dukung...Hanis....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan