Ahad, 12 Jun 2011

Dinner - Malam Pra Graduan

           Khamis lepas student dah abis exam. So yang semester akhir ni menganjurkanlah Malam Pra Graduan. Makan-makan, suka-suka. Bagi tidak mengecewakan mereka aku penuhi jugalah undangan dari students tu...Kiranya ni first time datang majlis yang diajurkan oleh student. Erm oklah semuanya berjalan lancar. Makan pun best walaupun mintak pakej semurah yg boleh. Yelah nama pn student...klu ada yang nak sponsor tu mesti best...huhu tapi siapa nk sponsor setakat bagi sikit sumbangan tu mampulah.

          Dari awal lagi aku dah mengagak yang penampilan student akan lebih vouge dari lecturer...biasalah diorang muda mesti nk bergaya. Mana lagi, bila lagi nak bergaya. Kan..kan... Masa ni lah. Mungkin masa ni juga yang single nk test market sebelum berpisah dengan rakan-rakan yang pastinya mempunyai hala tuju masing-masing yang berbeza. Tapi ni yang perempuan je la. Lelaki biasa-biasa je pakaian diorang. Kami sebagai tenaga pengajar pun biasa-biasa je. Tak apalah walau apa pun yang korang pakai asalkan tidak menjolok mata kami ni. Semoga semuanya akan lebih berjaya di luar sana.

          Ok habis citer student. Majlis tu aku ditemani budak comel...sapa lagi Hanis anakku lah. Ajak ayahnya tak sudi pula so pergi je lah berdua dengan si Hanis. Oleh kerana pergi berdua aku pun menumpang kereta kawan sahaja. Huhu event kat Hotel Selesa JB...aku ni masih tahap penakut dengan jalan dan kawasan JB. Kurang biasa. Bergelak ketawa ofismateku mendengarkan celoteh Hanis kat dalam kereta sehinggalah kat meja makan....lagilah bila nampak board kung fu panda kt tepi jalan. "ma tu ma ku aanda"....hahahaa budak umur macam dia masih sukar nak menyebut satu-satu perkataan dengan penuh dan betul. tapi oklah sekurang-kurangnya dia ingat lagi movie yang dia tengok minggu lepas.

 bersama ofismate ku....
bersama Hanis ku yang asik makan je...balik sampai rumah muntah sebab kenyang sangat
*ihsan gambar dari umi....huhu susah nak snap gambar bila berdua dengan hanis.

           Kami balik dalam 10.30pm....Masa tu Hanis dah mengantuk dan mula buat hal...tak nak jalan, baring atas lantail pulak tu...puas pujuk. Erm tapi lepas tu kena dukung dia ni yang tak larat ni. Suka sangat bawak dia jalan tapi bila datang mood tak ok dia...penat laa mendukung. Kalau ada ayah dia bagi je ayah dia dukung...Hanis....

Rabu, 8 Jun 2011

Kanak-kanak riang ria


Jom tengok aktiviti Hanis dan cousin dia. Bukan main seronok dia dapat jumpa kat kampung.



Kita sibuk rewang kat dapur dia gi serbu rumah nenek sedara a.k.a jiran sebelah. Kat sana ada basikal cucu-cucu nenek...Hanis asik jadi penumpang je sebab dia paling kecik antara semua yang ada kat situ.

Puas main basikal main buaian pulak, baik-baik risau kalau jatuh....

Ni Hanis dengan Hakim, pantang jumpa mahu bercakaran saja....tengok tu main tanduk-tanduk plak. Yang paling lawak bila tiba Hanis kalah dengan Hakim datang kat mama dengan tangisan nyaringnya. Mama selamba je pujuk "ala sikitlaa sayang, Hakim buat apa je yang Hanis sedih dan macam sakit sangat ni???" jawab Hanis "Mama sakit hakim gigit sambil tunjuk pergelangan tangannya yang masih jelas berbekas" alamak Hakim makin mengganas. Hanis ni memang jarang kalah tapi dia memang tak pandai gigit orang....huhu lawak plak...


Tido setelah keletihan. Walaupun di siang hari, dia sibuk nk berstokin sebab dia nampak stokin Hakim tu....Tak bagi menangis laa pulak. Layan je lah....

Kepada Ammar dan Haziq raya ni bolehlah korang join beriang ria sekali...menambahkan riuh rendah suasana...sekarang masih duduk dekat mak ayah masing-masing...masih takut kut....

Bila balik kampung banyaklah khabar gembira, atuk belah mama akan dapat sorang lagi cucu, belah ayah akan dapat 2 orang lagi cucu. Moga lepas ni adalah rezeki untuk mama hanis pula. Doa-doakanlah. Biar Hanis ada kawan. Seronok sgt tengok dia happy....

Selasa, 7 Jun 2011

Hati sakit....

           Sensitifkah diriku ini? Marahkah aku pada sidia? Wajarkah aku mendiamkan diri atau ia akan menjadikan sakit ini lebih parah? Atau sebenarnya dia tak pernah mengerti ataupun tau apa perasaan yang berbaur dalam fikiranku yang sedang bergejolak dengan emosi ini. Atau sebenarnya ini adalah masalah dalaman diriku sendiri. Dan tak perlu untuk aku melibatkan dia untuk segala apa yang dia rasakan tidak penting dan tidak ada kaitan pada dirinya. Sedangkan aku merasakan ianya sangat penting...sangat penting. Atau aku sudah tidak penting baginya? Hanya dia yang ada jawapan itu, tapi dia tidak tahu aku mempunyai persoalan itu pada waktu ini.
           
            Rasanya aku perlu beralah lagi. Demi untuk kebaikan aku mesti mengalah. Mengalah tidak bererti kalah, beralah mungkin akan akan kutemui ketenangan disebalik kekalutan hati ini. Arrgh hatiku cepatlah engkau sembuh dan jangan kau tinggalkan parut walau sedikit pun....Sabarlah duhai hati....Sesungguhnya sabar itu separuh dari iman. Amat besar ganjaran untuk orang-orang yang bersabar....Semoga orang yang menjadi kesayanganku akan tetap teguh menyokongku....kerana setiap hembusan nafas yang Tuhan nikmatkan kepada ku adalah untuk melihat kebahagiaanmu di dunia ini dan di Akhirat kelak insyaAllah. Maka tidak penting untukku membuang masa mendodoi hati yang lara ini. Pasti ini semua bersifat sementara... Semoga aku diberi kekuatan dalam menghadapi kehidupan seharian. Sesungguhnya dugaan ini amat kecil duhai hati....

Isnin, 6 Jun 2011

1234.....


aRIs ARiwatAn
Title : 1234

* 
Satu... kasih yg abadi 
Tiada tandingi dia yang satu 
Dua.. sayang berpanjangan 
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga 
Rela berpayahan setianya ayah 
Empat... mudah kau ketemu 
Berhati selalu beza antara 
Kasih dan kekasih

Ulang * 

Ibu kuingat dahulu 
Menyisir rambut ku kemas selalu 
Ayah menghantar ke sekolah 
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini 
Untuk kau sandarkan buat pedoman 
Jangan manis terus ditelan 
Pahit terus dibuang... itu bidalan 
Harus kau renungkan

Andai kau peroleh bahagia 
Ingat itu bukan 
Untuk selamanya 
Andai kau dalam sengsara 
Ingat itu bukan 
Untuk selamanya 
Hidup ini sementara (ulang 2x)

Lagu yang sentiasa mama nyanyikan untuk Hanis....Sayang mama padamu umpama pantai tidak bertepi.....

Ahad, 5 Jun 2011

Kung Fu Panda

           Jom ke panggung tengok wayang. Citer ape  ye sekarang...Pirate, Nur Kasih....huhu tak bolehlah nak tengok semua. Tengok satu movie je dulu. Kami tgk Kung Fu Panda...kami tu termasuklah dua orang kesayanganku Hanis dan en. hubby. Sayang sangatlah kat diorang ni sebab nak gak teman mama tgk wayang setelah sekian lama tak buat aktiviti ini. Ni first trial bawa Hanis masuk panggung, sebab itulah kami memilih Kung Fu Panda, supaya hanis tak boring.

           Menarik juga ceritanya. lebih-lebih lagi tengok panda yg terlalu lurus dan baik, berbadan bulat dan sangat comel lebih-lebih lagi apabila melakukan aksi sembunyi-sembunyi untuk mengelakkan diri daripada dilihat oleh pihak musuh. So cute tak tahan nak gelak...Hanis pn gelak, tapi tak pasti dia gelak sebab sama-sama merasakan lucu or dia terikut-ikut mama dia ni gelak. Lagipun suasana dalam panggung nampak sangat meriah dengan suara kanak-kanak. Ramai jugala kanak-kanak tapi kebanyakkannya yang age lebih dari Hanislah. Ok laa nampaknya bolehlah bawak hanis tengok movie lagi. Huhu sebenarnya mama dia ni yang beriya nak tengok tapi tak pasti mahu diletakkan di mana si Hanis ni. So bila dia dah boleh tengok oklaa, boleh dia teman mama kalau ayah buzy.....

Po....ni dia hero citer ni...hensem tak???

Hanis anak mama sementara menanti waktu menonton...tertarik dengan The Smurf....

           Alhamdulillah dalam kesibukan en hubby sempat lagi dia melayan kami tengok wayang. Thank you so much much.....Doaku semoga dia juga happy sepertiku dan Hanisku....

Khamis, 2 Jun 2011

Rindu menyapa...

            Menanti jam 5.00 ptg sempat lagi bersembang di FB bersama best friend ku noli eh..usatazah Norlee namanya. Kawan masa di Kuantan dulu. Perkenalan kami dah tiga tahun sama-sama menghuni di ofis yang sama. Bercerita tentang rakan-rakan di sana serius detik hati ni melonjak kerinduan pada memori yang tersimpan jauh di sudut hati yang pernah singgah selama 3 tahun lebih diriku berada di bumi Kuantan. Sangat ku rindui ofismate lamaku...rumah lamaku...walaupun keadaan di sana waktu itu agak sukar dan meyedihkan kerana tiada hubby kesayanganku di sisi, tapi diri ini still kuat menempuh dugaan dan tetap dapat mengumpul kenangan indah yang mungkin sukar untuk dilupakan. Alhamdulillah rezeki meyebelahiku dan bertukarla ofis yang baru di Kota yang tinggi ni...

             Memori yang dicorat-coretkan di atas gambar....

bersama Suhaini disambutan hari raya 2010, berlatarbelakangkan rakan-rakan sekerja. takde pose menarik bersama juadah hari raya

Lawatan ke Istana...Ampun Tuanku....yang bertudung paling labuh tu laa Ustazah Norlee....Rindunya....

 2 orang yang bertudung putih yana dan sue tu pernah menjadi housemateku...kenangan yang tak dapat di lupakan saat En. Wira(bekas kekasih lamaku) rosak kat depan Petronas jln ke bandar Kuantan terpaksa korang tolak en.wira ku walaupun pakai baju lawa-lawa. Lepas tu menyusahkan plak Syamsi hero moto hijau paling glemer kat ofis untuk datang tolong tgkkan en. wira ku itu.(tapi masa tu takda lagi moto hijau dia tu) Kenangan kan.... tempat jatuh lagi di kenang inikan pula...... Sekarang rakanku itu masing-masing dah bergaya dengan kereta sendiri.

hah ni aktiviti orang bujang dan tak bujang(tapi PJJ-perkahwinan jarak jauh). En. Hubby join sekali kebetulan waktu itu dia dtg melawat anak bini dia ni.....bestnya berendam kat Sungai Lembing....

             Nanti tiba saat dan ketika akan ku lawati Kuantan. Walaupun teman-teman mungkin dah berbeza arahnya, tapi dapat tengok rumah lamaku, ofis lamaku, bandar lama tempat shopping dan mengulo (jgn ckp ngan bos lamaku) hik hik keluar kadang-kadang jek bila takda kelas takda kerja yang berlambak... Dengarnya kelab staf ofis kat sini nak buat family day kt Bukit Gambang....Huhu I like....Harap-harap ini kenyataan bukan khabar angin. Kuantan tunggu....

Rabu, 1 Jun 2011

Blueberry Cheesecake

            Sebelum ni ada entry yg menceritakan tentang kursus kek. Kali ni nk masukkan resepi kek ni, huhu walaupun resepi cheesecake ni berlambak dah kt blog org lain lebih-lebih lagi yang memang karier atau hobinya memasak. Ok terus ke bahan dan caranya.


ni je pic yang ada, yg lain masih selamat dalam hensetku yang lama...

Lapisan bawah:
100g biskut oreo/chipesmore/marrie
50g butter dicairkan

Cara-cara
1-Hancurkan biskut dan cairkan butter
2-Sebatikan keduanya dan terap dalam loyang
3-Bakar dalam masa 5 minit dan sejukkan dalam fridge selama 20 min

Bahan A
250g creamcheese(keju philadelphia)
100g gula kastor

Bahan B
250g whipping cream (anchor)

Bahan C
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
20g tepung gandum
1 sb tepung jagung

Hiasan
Blueberry paste
biskut oreo
coklat emulco

Cara-cara
1-Pukul bahan A sampai kembang
2-Masukkan bahan C. Kacau sampai sebati
3-Pukul pula bahan B sehingga kembang (dalam bekas yang berlainan)
4-Campurkan bahan B ke dalam bahan A.
4-Tuangkan ke atas loyang base tadi. Bakar pada suhu 170C selama 1 jam
5-Bakar dengan cara steam bake


Suka sangat cheese cake...jom masak....