Rabu, 28 Disember 2011

Menghuni Unit Kecemasan HKT

           Sabtu, Ahad dan Isnin...wah rasanya sgt seronok dpt menghabiskan masa cuti bersama keluarga. Tapi ptg nnti aku perlu meninggalkan rumah utk tugas esok di Melaka. Tapi nak dijadikan cerita klu mmg dah tertulis aku tak akan pergi jadi mmg tak sampailah. Rasa bersalah menyelubungi rakan sekerjaku. Last minute tak boleh pergi. Bukan saja mengada-ngada atau nak lari dari kerja...itu semua jauh sekali. Walaupun berat nak tinggalkan Hanis tapi aku takkan abaikan taggungjawab yg diamanahkan kecuali disebabkan kecemasan.

           Iye aku sgt cemas pagi isnin tu. Selesai menyiapkan sarapan aku ke toilet sakit perut. Tapi sakit perut nak membuang adalah sesuatu yg normal. Tapi lepas breakfast aku still sakit perut dan ke toilet sekali lagi. Aku tak tahan dan sapu minyak angin walaupun terngiang-ngiang suara kawan aku ckp jgn sapu minyak angin masa mengandung...tapi aku tak tahan. Aku amik ubat yang aku cirit birit masa balik kampung yg lepas. Tapi still xde perubahan. Dan makin lama sakit kat perut bertambah-tambah. Rasa sakit dtg semakin kerap dan aku yakin ini bukan sakit nak membuang...En. Hubby dah mula kerisauan bila aku menahan sakit dgn linangan air mata...uhkkk aku tak tahan sakit sgt sama sakit cam contraction.

          Kami mengambil keputusan utk ke klinik, tapi klinik byk yg tutup sbb ganti cuti hari Krismas kan. Kami gi klinik yg tak pernah pun aku dtg, jumpa je doktor bila dia dgr aku sakit perut sambil berkerut menahan sakit dan keadaan mengandung pulak tu dia nasihatkan aku ke hospital walaupun aku menyatakan aku baru 6 bln pregnant. So hospital yg paling hampir waktu itu adalah Hospital Kota Tinggi (HKT). Doktor meminta aku dimasukkan ke unit kecemasan sbb nak serah ke bahagian bersalin aku belum 28minggu lagi. Uiii aku pun mmg tak nak bersalin lagi, mana mungkin 6bln baby boleh survive. Dlm hati doa moga sakit berkurangan dan baby ok.

         Sehari sebelum kejadian, ptg tu kami ke luar ke Kota tinggi saja menghabiskan waktu bosan seharian kat rumah. Aku ke Kipmart beli brg basah dan hajat di hati nak beli buah. Tapi ada jual durian, bukan aku je yg beriya nak, tapi Hanis pn sama. Aku makan 2 ulas je tak byk pun. Tapi sebaik makan je aku dah rasa pedih ulu ati...tapi aku abaikan sbb mmg slalu sgt rasa cmtu. Sebelum balik singgah kedai mamak teringin makan roti nan ayam tandoori...wah selera aku ni...makan lah aku walaupun kurang berselera kerana ayam tu kurang masak. Adakah disebabkan ini perutku sakit.

         Doktor just bagi ubat yg macam kapur tu...dan sekejap-sekejap dtg tanya sama ada kurang tak sakit. Aku naik tensen plak...tapi kesakitan kurang walaupun dia still dtg dan pergi. Dan aku yakin ni bukan sakit contractian...tapi sakit angin berpusar2 dalam perut kot. Doktor ckp awak salah makan tu yg jadi gastrik. Tapi dah masuk kan kena laa tunggu turn...dari kul 12tghari sampailah pukul 3++ ptg aku baring di atas katil unit kecemasan. Pak cik sebelah aku mangsa kena serang tebuan dan paling mengerikan ada warga asing jatuh bangunan 4 tgkt. Uiii dugaan aku ni kecik je kot...tiba-tiba aku rasa sakit dah makin kurang dan mintak doktor scan baby. Ok aku dah nampak jantung dia ok. Aku pun terus tanya doktor...doktor saya nak balik. "Tak boleh tunggu dapat ubat dulu"

          Aku pun baliklah rumah walaupun kesakitan tu masih dtg. Esoknya aku MC...dan aku memang tak dapat ke Melaka. Memang tak daya aku nak kerja sambil menahan kesakitan. Nasib baik rakan sekerjaku faham. Dia juga dah berkeluarga mesti faham masalah perempuan pregnant. Harap sgt kerja dia berjalan lancar walaupun tanpa bantuan dari aku. Terima kasih juga pada en. Hubby yang setia menunggu dengan menjaga si Hanis...Aku pun dah semakin sihat hari ni. Tapi sebelum nak makan aku fikir dulu akibatnya. Tak sanggup aku nak mengulangi kesakitan itu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan