Selasa, 27 Disember 2011

Berpisah dengan Hanis....

            Lama tak mengadap laptop...huhuuu sbb aku takde kat ofis. Kat umah internet takde huhu dah masuk bulan ke2 bil broadband ku tak berbayar. Terlupa ke???bukan rasanya sbb mmg kt umah sgt jarang aku gunakan kecuali emergency. Lagipun on je laptop mesti duk bergaduh dgn Hanis. Bila ayah dia yg bukak taklah menyibuk sgt si kecik tu...alahai Hanisku...tu yg malas nk byr tu. Tapi ni nak kena byr, taknaklah kena potong. huhu mintak maap ye Celcom...

           Selasa 20 Dis. aku meninggalkan umah. Outstation ke Melaka sampailah hari Jumaat. Berat sgt hati nk pergi sbb rasa tak sanggup nak berjauhan dgn si Hanis. Tapi nak buat camne dah arahan, aku kan makan gaji jek...Aku gerak lambat sikit so pagi tu masa dia nak ke taska aku ada di rumah. Seperti biasa dia takkan nak ke taska kalau aku ada kat umah. So en. Hubby laa yg memujuk berabisan agar dia ke taska. Aku nak hantar? ooo tidak tak jadi ke Melaka nanti.

         Alhamdulillah tugas di Melaka dapat dibereskan awal. So Jumaat aku dah berada di rumah. Hibanya hati ni Hanis sambut kepulangan mama dgn linangan air mata. Dahlah bgn pagi pun cari mama. Aduss minggu depan nak kena gi lagi ke Melaka tapi kat Jasin. Yang aku pergi kali ni ke Selandar. Harap sgt Hanis ok..."mama work jauh mlm tak balik...nanti mama balik kita jalan-jalan ye"...."ala tak nak Hanis nak ikut mama"....Sbb tu laa aku sentiasa mengelak diberi jawatan sampingan yg memerlukan komitmen di luar kawasan...eii mmg lmbtlah aku nak naik pangkat...huhu...takpelah rezeki Allah yg bagikan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan