Selasa, 27 Disember 2011

Shopping barang baby....

           Uiiii shopping bunyi cam best je kan...tapi klu shopping duit ada berkilo2 mmg best hihi. Membeli tu nampaklah ada brgnya. Tapi tak sangka aku pergi 3 tempat pada hari Sabtu nan indah yang lepas. Keluar umah dalam kul 11pagi dlm keadaan kelaparan terus menuju ke KFC...hiiii malas buat sarapan lah ni...Lepastu kami terus menuju ke The Store dapatlah aku capai 2 psg baju baby size 6month. Saja taknak beli newborn sbb Hanis dulu diperingkat awal sgt pesat peningkatan berat badannya. Yelah BF sepenuhnya kan dlm pantang. Lagipun baju kakak Hanis baby masih byk yg elok....cuma byk pink colourlaaa. Tapi aritu scan doktor kata perempuan...tapi hati aku ni taknak caya 100%. Takpelah klu lelaki pakai lah yg warna lain.

        Dalam cuci mata kat The Store tu boleh plak si Hanis berak...so lepas bawak dia cuci malas nak masuk balik ke pasaraya. Kami pun terus ke kereta utk menuju destinasi seterusnya. Masa aku berada kat Melaka lagi aku dh pesan kt en. Hubby sabtu ni jom gi Larkin teringin nak rasa mkn kacang pul yg aku selalu dgr je...nmpk dan mkn tak penah. Tapi kami pergi solat dulu di surau berhampiran Medan Selera sebelah Bomba tu...Kemudian makan...mmm bagi aku biasa je rasanya, mungkin mmg ada org yg sgt2 menggemari mknn sebegini tu yg mereka memperkatakannya. Tapi lepaslah hajat aku nak rasa kacang pul ni...

hah ni laa dia kacang pul ye. Makan dgn roti rupanya huhu baru aku tau.

           Bila perut dah kenyang aku pun teruskan misi shopping...destinasi seterusnya Mydin. En. Mydin kami dtg dari jauh semata-mata nak membeli keperluan brg mandi. Ntahlah bagi aku kat Mydin jauh lebih murah dari kat tmpat lain brg seperti sabun, shampo, mandian dll. Mydin seperti biasa sesak dgn manusia lebih-lebih lagi nak abes cuti sekolah ni... mana-mana tempat semua buat promosi jualan kembali ke sekolah. Aku ni anak tak sekolah pun menyibuk sama.

            Ok selepas Mydin kami ke Plaza Angsana yg juga sesak ni. Niat aku nak beli kain cotton flannel utk bedung baby. Tapi malangnya abg kat Kamdar tu ckp dulu mmg ada...tapi skrg takde dah. Alahai keciwa sungguh hati ini. Tapi aku tetap masuk ke pasaraya UO.  Beli brg keperluan baby sikit. Walaupun mata ni rambang je tgk tapi aku beli ikut keperluan bukan nafsu. Hanis mmg dh penat dan asik buat perangai, aku mmg malas nak amik tau sbb aku tau ayah dia yg terpaksa mengambil tau...huaaa zalimnya mama....

tgklah tu...ape je yg dia mintak. Tu belum part dia melalak mintak belon sbb nmpk budak2 lain pegang belon. Arrrgh...Hanis....pening mama, tapi ayah lagi pening kot walaupun nmpk maintain cool jek.

        Sebelum balik kami solat dulu sbb mmg dah ptg sgt. Tapi sempat gak kami singgah kedai kain yg lain bertanyakan cotton flannel tu. Tapi mmg takde. Masuk kereta jam menunjukkan hampir pukul 7mlm. Elok kereta bergerak Hanis terus tido penat sgt dah tu. Balik singgah beli cucuk2 kt tmpt  biasa, sbb aku pn merasa kepenatan dan pastinya aku takkan larat nak masak. 

         Tepat pukul 9.00mlm barulah kami sampai umah. Solat Maghrib pn kt jalan, sbb mmg tak sempat nak solat kat rumah. Penatnya tak terkata tapi bila nak menyimpan dan tgk brg yg dibeli rasa happy...nak sambut org barukan rezeki Allah mestilah gembira. Anak mama moga sihat selalu...Hanis pun sayang baby selalu....zzzzz

Berpisah dengan Hanis....

            Lama tak mengadap laptop...huhuuu sbb aku takde kat ofis. Kat umah internet takde huhu dah masuk bulan ke2 bil broadband ku tak berbayar. Terlupa ke???bukan rasanya sbb mmg kt umah sgt jarang aku gunakan kecuali emergency. Lagipun on je laptop mesti duk bergaduh dgn Hanis. Bila ayah dia yg bukak taklah menyibuk sgt si kecik tu...alahai Hanisku...tu yg malas nk byr tu. Tapi ni nak kena byr, taknaklah kena potong. huhu mintak maap ye Celcom...

           Selasa 20 Dis. aku meninggalkan umah. Outstation ke Melaka sampailah hari Jumaat. Berat sgt hati nk pergi sbb rasa tak sanggup nak berjauhan dgn si Hanis. Tapi nak buat camne dah arahan, aku kan makan gaji jek...Aku gerak lambat sikit so pagi tu masa dia nak ke taska aku ada di rumah. Seperti biasa dia takkan nak ke taska kalau aku ada kat umah. So en. Hubby laa yg memujuk berabisan agar dia ke taska. Aku nak hantar? ooo tidak tak jadi ke Melaka nanti.

         Alhamdulillah tugas di Melaka dapat dibereskan awal. So Jumaat aku dah berada di rumah. Hibanya hati ni Hanis sambut kepulangan mama dgn linangan air mata. Dahlah bgn pagi pun cari mama. Aduss minggu depan nak kena gi lagi ke Melaka tapi kat Jasin. Yang aku pergi kali ni ke Selandar. Harap sgt Hanis ok..."mama work jauh mlm tak balik...nanti mama balik kita jalan-jalan ye"...."ala tak nak Hanis nak ikut mama"....Sbb tu laa aku sentiasa mengelak diberi jawatan sampingan yg memerlukan komitmen di luar kawasan...eii mmg lmbtlah aku nak naik pangkat...huhu...takpelah rezeki Allah yg bagikan....

Isnin, 19 Disember 2011

Hujung minggu:hujan menemani...

            Rasa cepat je hari berlalu dah bertemu semula dengan sabtu dan ahad....tapi bila cuaca yg kurang mengizinkan aktiviti pn terbatas. Nak gi bershopping sakan aku dan en. Hubby mmg tgh kering...hiiii nasib baik harini dah gaji. So byk masa diabeskan di rumah. Tapi ada gak keluar...kesian kat Hanis klu asik terperap kat umah, pasti akan buat hal jek...

            Pagi-pagi lagi kami dah keluar ke Klinik Kesihatan...lupa apa namanya tp yg dkt2 ngan HSI. En. Hubby yg matanya ditumbuhi ketumbit (ntah betul ke tak namanya) dan berbiji di kelopak siap bernanah tapi menurutnya tak sakit. Tapi aku yg melihat ni risau...suh gi klinik bertangguh. Ni je laa masa yg ada, kami pergi klinik kesihatan je, jimat kos atau lebih sesuai kedekut... Tapi ok gak sbb pagi lagi dah sampai patient pn tak ramai. Balik dari klinik nak round jusco or tesco tak bukak lagi sbb jam baru menunjukkan 9.00am. Kami terus ke Kota Tinggi cari tmpt sarapan then sempat agk singgah Pasaraya Hari-hari. Mengumpul koleksi baju pregnantku laaa...pergi pasar balik terus masak....

            Pada hari Sabtu hanya gerimis dan mendung...hujan jarang. Tapi masuk malam dan Ahad hujan lebat walaupun tak sepanjang masa. Aku menghabiskan masa dgn menjahit....Huhu kandungan dah masuk bulan ke6. Risau persiapan tak berapa nak ada, jadi dah aku bukaklah mesin jahit lama mak aku tu drp berkarat...aku guna utk menjahit sarung tilam dan bantal utk adik Hanis dalam perut ni....tapi awal je aku bersemangat....belum pun siap mesin jahit buat hal....klu mesin jahit tu kecik dan ringan aku dah hempas ke lantai rasanya....uik sabar lin....mgkin mesin jahit nak berehat ataupun aku yg dah penat dan perlukan rehat...Hanis plak meragam dan asik cakap..."mama jom jalan" bila ku katakan hujan "mama jom naik keta" adui  betullah dia ckp kereta ada kan. Oleh kerana sampai ke tghari aku menjahit aku pn ajak en. Hubby makan kt Mc D...tak larat dah nak masak. Hanis lah yg paling happy.

tgk tu sibuk nak jadi model utk tilam adik dia...ni mmg sah nak kena buat gak cadar dan sarung bantal baru utk dia. Takut nanti jeles kat adik dia...harapan aku mesin jahit tu tak buat hal selalu...alahai...

            Esok outstation ke melaka...aduii tak sanggup nak tinggalkan Hanis walaupun cuma 3 mlm. Tapi apakan daya tuntutan tugas. Minggu dpn 2 mlm lagi kena pergi semula melaka utk sambung tugas tapi di Kolej Komuniti yg berbeza. Weekend kita jumpa ye sayang. nanti mama bawak jalan-jalan....

Khamis, 15 Disember 2011

Pening sekejap....

           Memandangkan aku ni penjawat awam...hihi dan sgt kurang info dan maklumat terkini. Rasa sgt pening dan ralat dengan isu options sama ada memilih utk terus dengan skim SSM atau skim baru SBPA. Wah mesti yg kerja swasta bosan dengan isu2 penjawat awam ni kan. Takpelah ptg ni ada taklimat SBPA di Politeknik Ibrahim Sultan. Tau tak poli tu kat mana...heheh Poli JB laa yg kt Pasir Gudang tu...baru je tukar nama semalam

         Banyak gak pembacaan dan info dari sekeliling...ntah rasa yg baiknya skim baru ni start tahun dpn gaji berbeza...ada byk sikit kenaikan...tapi yg lain2 tak jelas lah. CUEPECS plak nak jumpa PM nak bantah SBPA. Tapi kami kena sign option before 30 Dis....haiiyoook...aku tawakkal pada Allah...mungkin ikut majoriti, mungkin walaupun option tapi tetap kena pilih skim baru....

         Takpelah tunggu je lah pengumuman yg akan dtg dari masa ke semasa...harap2 tetap ada yg terbaik utk kami penjawat awam ni. Dan harap2 mutu kerja aku pn sentiasa lebih baik dari semasa ke semasa. Moga adalah rezeki utk anak yg bakal lahir ini...

Isnin, 12 Disember 2011

Majlis Perkahwinan di Sana Sini...

            Hujung minggu terisi dengan majlis jemputan kahwin. Musim cuti sekolah laa katakan. Kami menerima tetamu dari KL..Zahri n wife...hehe school mate kami dulu...dia dtg sbb nak pergi majlis kenduri sepupu dia yg pasangannya tinggal di Taman Rinting. Tapi sebelum tu mereka sempat berjalan ke Singapore. Waa bestnya tapi tak dapat joinlaa...
pemandangan di Pontian...tepi laut ni...

menikmati cendol....tu mmg kegemaran en Hubby...

           Lagipun hari tersebut kami perlu ke Pontian...ofismate en. Hubby jemput dtg majlis kahwin adik dia. Tak dtg mcm tak patut sbb ofismate dia bkn ramai pn. Sejam setengah gak perjalanan...dr umah 12.30 tgh hari...sampai dekat kul 2.00ptg....laparnya perut mmg tak tertahan...lepastu apa lagi makan cm xingat sbb lapar sgt...balik dari majlis ronda sekitar bandar dia. huh rasa cam tak pernah dtg laa tmpt ni...

           Hari ahad kami pun turut serta mengarak pengantin...walaupun kami ni bukan kawan dan bukan sedara...tapi dah alang-alang jadi penunjuk jalan...kami pun turut serta. Hanis dah lupa mama dia bila ada aunty yg suka layan dia tu...tu gambar di bawah sekitar majlis tersebut...
perjalanan tak berapa nak jauh tapi biasalah Hanis pantang masuk kereta mesti tido...tu mamai lagilaa tu...

rombongan diiringi kumpulan kompang...adehhh pedih gak telinga dgr lama2 dari jarak yg sgt dekat

hah tu laa mempelai yg dirai...si jejaka tu cousin Zahri...

Walaupun table utk makan beradap sgt2 tak mencukupi memandangkan rombongan dari pt sulong ni 1 bas...huhu tapi Hanis still dapat merasa makanan yg terhidang...mama dan ayah tgk je yek...tapi tak thn si hanis ni bleh plak teringat majlis kt Pontian ada pisang (yg kt dlm plastik), so kat sini pn mtk pisang...mujur lintas je jln ada kedai yg jual pisang

gaya apa lak anak mama ni senyum...tgklah asik duk dgn aunty je dia...

comel laa gambar candid ni...

bila kanak-kanak sudah berangan nak berposing....layan je laa

takde plak kanak-kanak lelaki nak di pasangkan...seronok Hanis dgn kawan yang baru je dia kenal.

             Kat majlis tu ada seseorang yg seperti ku kenali tetapi aku kurang pasti...tapi at last dia yg tegur aku..."rasa macam kenallah dari mana ye?" aku pantas menjawab "dari pt. Sulong" kerana aku pasti dia ni school mate dulu2..."saya adik Syukur...Syukur Md. Jaya"....ooo iye...patutlah aku rasa bukan kawan tapi aku kenal...hehe abg dia tu smart student kt SK Seri Maimon dulu...mmg class mate dr standard 1-6...tapi lepas tu tak pernah jumpa sampai skrg...dia budak pandai kan mgkin dapat sekolah yg setara dgn kepandaian dia...hehe teringat plak memori kawan lama kt sekolah SK Seri Maimon....

Selasa, 6 Disember 2011

Ombak Rindu

            Pernah baca novel ini? Tak pernah ke...jom tgk movie jom klu rasa malas nak membaca. Actually novel ni aku baca masa zaman sekolah menengah dulu. Kak lela lah yg promote kat aku. Kawan-kawan kata aku ni lmbt...membaca novel macam mengeja. Hihi mmg lmbt pn...klu baca laju aku kurang feel dan faham. Sebab tu lah aku jarang baca novel...tapi novel ni mmg aku baca dan aku sgt suka...Jalan citer kisah Ombak Rindu ni sgt menarik...mengisahkan Izzah gadis malang yg akhirnya berjumpa juga dgn cintanya.

            Abes jek solat maghrib hari sabtu yang lepas kami bersiap utk keluar tgk wayang...yela cuti awal Muharram tak jadi kan tgk wayang. Mujur en. Hubby layan gak aku ajak tgk citer cintan cintun ni...Hujan sgt lebat beserta angin dan kilat...basah suamiku tatkala menutup pagar rumah. Tapi ombak dadaku yang sgt merindui kisah izzah telah tersemat utk diakhiri pada mlm itu juga...maka kami redah hujan lebat itu...
utk mama, ayah dan Hanis...

beli tiket dulu....kat cni org tak ramai...risiko tiket abes tu memang takdelah...

sementara menanti tayangan....

bole plak anak dara mama ni joget kat stage sesuka hati dia...mama tak nak Hanis jadi penyanyilah...jadilah ustazah...ni pun menanti waktu tayangan

           Akhirnya berjaya kami menonton sehingga tamat. Maklumlah Hanis ada bersama kan...dahlah menonton filem bukan genre yg sesuai utknya(bukan kartun/filem animasi). Walaupun dia asik buat bunyi-bunyian dan asik ajak balik tapi kami bertahan sampai citer habis....Best, berderaian air mata aku yg mmg pernah digelar ratu airmata ni...walaupun awalnya Harris(Aaron Aziz) adalah lelaki yg tidak baik...tapi dia sgt berubah setelah mula mencintai Izzah (Maya Karin). Airmata yg sgt kerap mengalir dari seorang lelaki menunjukkan betapa sayang dan cintanya dia pada Izzah. Akhirnya cinta itu jadi milik mereka tanpa ada halangan lagi dari sesiapapun. Jalan cerita memang sama spt novel. Best ending....klu novel ada sambungan...filem ada ke tak yek?

Balik kampung...cuti pjg...

           En. Hubby tukar kerja...so ada gap seminggu before masuk tempat baru....apalagi enjoy...Tak ke mana pun, balik kampung je sempena cuti awal Muharram. Aku biasalah baki cuti rehat kan byk...yelah selalu nk cuti ada kelas tiap hari. So sekarang la masa nk cuti. Sebelum balik kampung pada hari Sabtu pagi singgah umah abg ipar kt Puteri Wangsa amik MIL yg dh hampir seminggu menjaga birasku dalam pantang. Tahniah kak yati dengan kehadiran baby Khalida. Rasa tak sabar plak nak bersalin asik tgk new baby je.

          Balik kampung pun xde ape sgt...tapi dapat berita kurang menarik, bila abah bgtau dia kena angin ahmar...nampak muka lain dah. Tapi alhamdulillah sbb takde darah tinggi maka abah masih gagah bergerak dan bekerja. Cuma katanya bahagian muka sebelah tak terasa. tapi setelah berjumpa doktor dan berubat kampung dah semakin ok. Semoga abah cepat sihat....tiba-tiba jek teringat kat mak...

          Hari Ahad ronda-ronda Batu Pahat...rasa mana ada tmpt jual brg baby mesti aku singgah tapi tak beli apapun...just survey jek...tak taulaa nak survey bape kali baru nak beli. Pejam celik nak bersalin dah nanti...perut pun dah start menunjukkan isinya ni...baby sedang giat mengembang...mama tgh sedap mkn pulak...tapi yg aku rasa lawak, dikelapangan yg ada ni  nak tgk wayang hajatnya...saja nk bawak Hanis tgk Happy Feet. Tapi betullah en. Hubby ckp wayang tutup atas arahan Jabatan Agama katanya. So meloponglah aku....

waa...ayam hot n spicy sudah kembali...dan aku sudah mula bole terima ayam semula setelah beberapa bulan  aku tak langsung menjamah ayam walaupun hirisan ayam kecil dalam mee goreng...

             Balik kampung yang seronok adalah jumpa adik beradik dan anak-anak sedara...alhamdulillah semua ada kecuali kak lela yg sentiasa bz itu....