Rabu, 23 November 2011

Melaka - Nilai

            Alhamdulillah aku rasakan sejak akhir-akhir ni hati bagai berbunga-bunga. Diri ini pun kurang pasti kenapa...heee tp oklah kan drp stress or sedih-sedih kan. Bulan November ni membahagiakan sungguh..sbb byk cuti. Cuti Raya Haji, Keputeraan Sultan Johor dan Awal Muharam...yg bestnya cuti tu diawal minggu so cuti weekend menjadi lebih pjg...Lagipun kelas dah xde, en.Hubby nak pindah kerja tempat baru maka senang nk cuti sbb cuti dia masih berbaki...

           Sempena cuti yg byk ni kami pun bercuti laaa. Tapi percutian budget jek...walau dlm hati teringin sgt nk ke Langkawi tp ku batalkan niat tersebut memandangkan kos dan cuaca yg kurang mengizinkan. Nak ke Singapore plak pasport pn xde...en. Hubby plak kurang berminat. So kami pergi je la Melaka walaupun dah beberapa kali pergi. Kami bertolak awal pagi Ahad terus menuju ke Nilai. En. Hubby yg beriya nk tgk apa yg ada di Nilai. Beli laa brg sikit, round sekitar Nilai 3 dalam 2jam lebih jek rasanya...kami pun patah balik ke Melaka.

           Walau tak banyak aktiviti tapi rasanya dapat lah buat hati kami semua hepi...jum layan beberapa gambar yg sempat diabadikan....

@Nilai3: Hanis yg kepenatan dan kebosanan...menanti ayah yg menghantar brg ke kereta

Ni yg dtg balik semangat hanis bila ayah belikan pelampung duck ni...walaupun dia still xtau ape fungsi bendalah ni...

             Kami check in dalam pukul 2.30pm kt Hotel di bandar Melaka...dekat2 je dgn Dataran Pahlawan. Setelah solat dan berehat...kami keluar sekitar kawasan bandar Melaka.

@Bandar Melaka: mencari parking agak susah...mungkin kerana still hujung minggu so ramai yg menghabiskan masa bercuti di sini juga.

Dulu dtg Melaka Hanis masih kecil dan tak pandai meminta...tapi skrg dia tarik tgn mama...nak naik tu...tu yg kt gambar tu...layan je laa...



Sekitar kawasan muzium...tapi kami di sini dah ptg muzium tu kebanyakkannya dah tutup...Hanis skrg suka bergambar...dan dia nmpk exited nak pergi semua tmpt yg dia nmpk pelik...tapi kami xboleh lama...kesian abg beca menunggu utk bawa kami ke stesyen seterusnya...

Dalam Kota A'famosa

Di hadapan Kota A'famosa

              Malam menjelma...lepas makan mlm kami kembali ke hotel utk berehat sebelum menyambung aktiviti di esok hari.

Rasanya kami la guest yg paling awal turun breakfast...bersemangat nak meneruskan aktiviti so kena simpan tenaga yg banyak.

budak ni org nak check out dia pulak syg nak tinggalkan kartun dia...



@Wonderland Melaka Theme Park & Resort : Hah ni lah tujuan utama kami ke Melaka...marilah berendam...




Hanis sangat teruja...tapi ayah terover2...seronok tapi compare ngan Bukit Gambang sana better lagi kot. Tiket murah sikit, lebih luas dan banyak pilihan tempat, facilities pun lebih byk - ni just pendapat peribadi saya.

dah berendam berjam...sudahlah jum rehat dan makan....

bersiap utk balik...masa ni la segerombolan binatang ni lalu...puas mama panggil Hanis...manalah tau bole bergambar...yelaa org tak ramai masa tu...tapi hanis boleh plak lari dan sembunyi...penakotlaa anak mama

            Berakhirlah aktiviti kami di Melaka. kembalilah ke tempat asal...kena sampai awal ni sbb mlm nnti ada appointment di depan tv menyaksikan Harimau Muda menyerang Sang Garuda....Seronok tapi penat. Lepas ni harap sgt dapt gi Langkawi...tapi kena tgu baby dalam perut ni keluar dan besar sikit....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan