Khamis, 4 Ogos 2011

Sedih & Pilu...

            Suasana suram di pagi 5 Ramadhan. Ptg semalam kami dikejutkan dengan berita sedih kematian anak kembar perempuan yg masih di dalam kandungan yg berusia 7 bln. Kandungan yg dimiliki oleh wanita berwatakan lemah lembut tetapi tegas dlm aspek tugas. Kak Gy kami hanya mampu menitip doa agar dirimu tabah dan kuat menghadapi dugaan hebat ini....

            Walaupun dah berhabis belanja dan masa menjalani rawatan utk mengandung akhirnya dia berjaya juga mengandung...lamanya dia menunggu untuk mengandung dan mendapatkan anak sampaikan anak angkatnya pun dah besar dan bersekolah. Setelah bercuti panjang dia muncul bekerja semula setelah dirasakan kandungannya kuat...mgkin dah 4 bln kandungannya pada masa tersebut. Dia nampak kurus walaupun perutnya sudah jelas kelihatan. Alhamdulillah berjaya mengandung juga akhirnya, kemudian dikhabarkan pula berita gembira yg bayi dalam rahimnya adalah kembar...Ohh seronoknya, kami rakan sekerja tumpang gembira. Masih terbayang2 dia bercerita tentang bayinya selepas buat scan 3D....Jelas sgt kelihatan dirinya begitu bahagia dan sgt berseri2.

            Namun tanggal hari ke4 umat Islam berpuasa kebahagiaan itu telah direnggut semula. Tuhan memberikan perasaan bahagia itu sgt sementara. Memanglah semua org tahu kan apa yg ada di dunia ini bersifat sementara. Tapi bagi dia yg sgt sukar utk mengandung dan hanya sempat merasai gerak bayi di dalam perutnya sehingga 7 bln shj. Kemudian melahirkan seperti org lain sedangkan yg dilahirkan adalah bayi yg sudah tidak bernyawa....sukar utk ku katakan...aku juga seorang wanita, pernah mengandung dan ada anak...aku tak sanggup utk kehilangan anakku...tapi aku tetap sedar semuanya adalah sementara. Nyawaku juga sementara.Ya Allah panjangkan umurku...keluargaku...

            Status di muka bukunya "Allah lebih menyayangi puteri2ku" mahu mengalir air mata ini...luluh hati dan perasaan membacanya. Tiada apa yg dapat aku ungkapkan kepada dirinya hanya doaku dari sini semoga majlis pengkebumian dapat dijalankan dengan lancar dan dia terus tabah dan kuat utk meneruskan kehidupan.

2 ulasan:

  1. salam takziah.. mungkin blm rezeki dia lg.. sama2 doakan semoga keluarga tabah...

    BalasPadam
  2. iye sama2laa kita doakan...

    BalasPadam