Ahad, 7 Ogos 2011

Grand Sale...

            Sale...perkara yg disukai ramai terutamanya wanita. Lebih lagi klu sale tu waktu baru dpt gaji...bersesak2 laa manusia dlm shopping complex. Huuhu diriku pn x ketinggalan...suka shopping tp biasanya window shopping jek...beli sikit2 jek mana yg perlu ikut kemampuan. Wow ni nak raya bukan main lagi semua tempat sale sepanjang Ogos ni. Pilih jek nak shopping kat mana...Jusco, Tesco, The Store, Uda Ocean..ni kt JB klu kat KL mesti lagi berlambak tempat camni utk kita laburkan duit.

             Tapi berhati-hatilah dalam membeli. Pernah x kita terfikir yang sale ni betul2 ke harga jatuh? Ntahlah aku sendiri sukar nak menjawab. Klu baju si kecik Hanis tu klu sale nampaklah ada perubahan sedikit harganya. Nak yang betul murah yang longgok2lah...Tapi pengalaman akulah yg suka memakai sandle dari jenama yg sama...walaupun aku xbeli aku still suka tgk harganya. Contohlah harga yg biasa aku beli tanpa ada diskaun adalah RM59.90...sekali sekala adalah menurun RM39.90 - 49.90...tapi sejak akhir2 ni ada beberapa kali sale, bukan main besar terpampang diskaun 50%...terujanya aku nak membilik dan nak membelilah kononnya klu ada yg berkenan tapi...terkejutlah sgt apabila harga asal adalah yg dilabel pada sandle tersebut adalah RM119.90...so harga dia sama je spt masa x ada sale...kecewa sgt. Dah 2 kali aku jumpa kes ni.

            Patutlah bila sale ni pn aku xmembeli sgt sbb ku rasakan brg tetap mahal. Tapi x dapat nak detect sbb aku bkn menggunakan brg yg sama dan beli berulang kali. So mestilah harga tu x melekat dalam kepala. Tapi benda ni mmg ada gak kawan2 cakap. Tapi bukti yg kukuh xpenah lagi nampak sblm ni...tapi bila dh jumpa bukti mmg rasa tertipulah...huhu org berniaga ni byk sungguh strategi dia nak memancing pengguna supaya cpt untung. So ingatlah diriku yek...boleh nak membeli tapi berhati2...

*tetiba teringat waktu di Kuantan kerap sgt shopping waktu bekerja nak2 lagi bila dkt nak raya...waktu rehat yek

Tiada ulasan:

Catat Ulasan