Rabu, 26 Oktober 2011

Deritanya sakit gigi

            Macam-macam perkara yang dirasai seminggu dua ni...rasa lelah nk menghadapi hari mendatang. Huh ayat macam putus asa pulak. Dulu 1st pregnant kurang masalahnya sekarang ni mgkin usia dah bertambah kut. ceh macam dah tua sgt plak.Minggu lepas sakit kepala sgt-sgt rasanya disebabkan masalah angin aku ni. Hrmm aku ni mmg mudah angin masuk...ntahlah angin ni takde faktor yg khusus...mungkin salah makan, mungkin kurang rehat, kadang-kadang salah bantal pun angin...tapi ntahlaa. Alhamdulillah bila berurut rasa ringan badan bila angin yg berkumpul dalam badan dapat dikeluarkan.

             Masalah angin dah sgt biasa bagiku....tapi masalah gigi agak kurang biasa. Terasa diri begitu tua bila tgk gigi rosak dan bertambah rosak bila kandunganku masuk 4bln. Cuti Deepavali ku abeskan di klinik gigi jelaa. Memandangkan walaupun ramai kawan-kawan cakap sakit gigi masa mengandung biasa...tak boleh cabut...kena tahanlah sampai bersalin. Allahuakbar aku rasa 2 3 hari pn dah tak boleh tanggung ni nak tahan sampai bersalin...5 bln lagi tu...So tanya doktor gigi lah biar dia yg bagi jalan penyelesaian dia lebih arif kot.

            Klinik gigi An-nur aku kunjungi pagi tapi penuh so dftr utk ptg. Alhamdulillah dpt gak jumpa doktor rasa separuh keresahan sudah hilang. Doktor nasihatkan gigi tu perlu dicabut tapi biarlah dah lepas trimester pertama dan keadaan ibu dan bayi sihat dan yg penting mestilah waktu tu gigi dah tak sakit. Aku sgt berharap kandungan paras HB aku tak turun...supaya aku boleh buang gigi yang rosak dan menyeksakan itu... Pada hari tersebut doktor trim gigi aku supaya kurang berlaga dgn gigi lain utk mengurangkan kesakitan. Ubat tahan sakit dan antibiotik pun diberi tapi dlm kategori yg rendah dosnya. Huhu sbb dos rendah gigi ni still sakit walaupun dh mkn ubat...."sabar ye mama mungkin amik masa sikit nak baik...baby nak mintak kalsium sikit so mama kena byk-byk minum susu laaa"

            Bila kita pregnant ni kesihatan dan pemakanan kenalah jaga kan....tapi baru anak kedua dah rasa bermalas-malasan berbeza seperti anak pertama. Malas minum susu, vitamin selalu lupa, tak sibuk nak mencari menu yg kaya zat besi. Alahai diriku kah ini...."mama mintak maaf baby, mama janji akan beri yg terbaik utk baby spt apa yg mama beri pada kakak Hanis"

           Gigi cepatlah sembuh supaya aku boleh menjalani kehidupan yg indah seperti sediakala...supaya aku tidak merasa org sekeliling hanya membuat aku marah (ni perasaan aku semasa sakit gigi). Kesian en. hubby dan Hanis tanpa sbb pn kadang-kadang aku marah mereka...padahal aku tak tahan sakit gigi....

Isnin, 17 Oktober 2011

Sepagi di HSI

            Hari Khamis yg lepas 13 Oktober 2011 tarikh yg ditunggu oleh en. hubby. Hari untuk dia menyerah diri ke hospital untuk operation kecil di kawasan berhampiran telinga. Alkisah dia ni mmg di tempat tu ada wujud lubang halus (mm lebih kurang cam lubang air mata) sejak dilahirkan lagi. Menurutnya juga, ibu dan kakaknya turut sama mempunyai lubang halus di tempat yg sama. Kenapa ada lubang tersebut hanya Allah yg mengetahuinya. Lubang tersebut ada yg boleh memudaratkan dan ada yg tidak memberi sebarang masalah pn. Buktinya en. Hubby mempunyai lubang tersebut dikedua-dua belah namun yg disebelah kiri sahaja yg menimbulkan masalah.

            Apakah masalah yg mengganggu sehingga suamiku rela utk dibedah....bisul. Bisul ni bkn kecik bila dia jadi...besar, terpaksa ulang alik klinik utk cuci dan buang. Bisul ni mungkin terjadi disebabkan sebarang kekotoran terperangkap di lubang tersebut. Sedangkan liang roma tersumbat pn boleh naik jerawat ni kan pulak lubang yang kedudukannya memungkinkan pencuci, minyak rambut mungkin losyen terperangkap di situ. Memanglah bisul tu terjadi setahun atau 2 tahun sekali namun dia tetap mengganggu kehidupan seharian. Nasihat dari kebanyakkan doktor supaya berjumpa pakar dan buang lubang tersebut. Rupa-rupanya kes sebegini dah biasa bagi pakar telinga. Kita je yg rasa pelik sebab jarang jumpa. Setelah berjumpa doktor pakar beberapa kali maka tarikh inilah en. Hubby akan di operate. Tapi sebelah yg biasa tumbuh bisul jek, yang sebelah lagi dia tak kacau.

            Awal lagi aku dah apply cuti nak menemani yg tersayang ke HSI. So pagi-pagi lagi en. Hubby spt biasa menghantar puteriku ke taska dan aku pura-pura hendak bekerja. Sebaik sampai ke hospital buat registration masuk tempat rawatan dan pembedahan, suamiku terus dipanggil. Terkedu aku seketika. Ntahlaa takut ke aku risau ke aku...walaupun doktor menyatakan pembedahan kecil dan tiada risiko namun sbb operate di kawasan kepala membuatkan aku risau. Tu yang aku sanggup tolak tawaran pergi ke Langkawi tu...

            Kerisauan ku mula pudar bila aku rasa sgt letih dan bosan menunggu. Masuk ke dalam pukul 9lebih....keluar dah hampir pukul 12...ooo lamanya. Bila saja nampak kelibat suamiku ditolak keluar dgn pantas aku mendapatkannya. Alhamdulillah dia senyum dan seperti tiada apa yg berlaku....bila nurse tanya ada rasa pening ke tidak dia kata tak ada...dia rasa ok. So kami boleh balik selepas amik ubat. Bersyukur dalam hati insyaAllah takde lagi bisul yg menakutkan...

 Sebelum operation...sempat bergaya dgn uniform tapi tak tahan tgk perut tu...mengalahkan bini dia yg pregnant ni....

sebaik sahaja selepas operate...sakit x? Gambar jahitan tak perlulah aku upload sbb aku sendiri ngeri nk tgk lama-lama.

Ya Allah semoga keluargaku diberi kesihatan dan kesejahteraan dan sentiasa di bawah lindunganMu...

Ahad, 16 Oktober 2011

Langkawi

             Bilalah agaknya aku nak sampai ke Langkawi. Keinginan dah sgt memuncak tapi kewangan dan masa masih menjadi kekangan. Tapi bila dapat offer pergi ke langkawi free aku pulak menolak. huhu....Aku tolak sbb itu adalah arahan berkursus. Bukan bercuti saja-saja. Tapi surat arahan last minute dan clash dgn cuti aku nak menemani en. Hubby operation. Operation ape?? Adalah masalah kesihatan sikit. Risau gak sbb ingkar arahan tapi aku ada sbb. Rasa terkilan pun ada sbb terpaksa tolak...klu tak mesti dah berjalan keliling pulau...yelah 4 hari tu...jadual kursus taklah pack sgt. Tapi takpelah takde rezeki...

             Jadi langkawi tu hanya ada dlm angan-angan sahaja. Tapi aku nekad nak pergi gak Langkawi bersama keluarga. Harap-harap tercapai impianku dalam tempoh masa yg terdekat ni. Lama sgt tak bercuti bersama keluarga...asik keje je, paling ok pn balik kampung je...Huhu ape yg best kt sana sampaikan aku ni cam mengidam sgt...

ihsan google

En. Hubby tlg bantu mama realisasikan impian  tak seberapa ni....Hanis jom kita pergi bercuti.....

Isnin, 3 Oktober 2011

Takziah buat keluarganya...

            Terkejut mendapat perkhabaran yg seorang rakan meninggal dunia, semalam. Setiap yg hidup pastinya akan mati. Begitu juga kita tidak pasti sama ada panjang ke pendek ke umur kita. Bukan nak cerita pasal mati tapi bagaimana kematian itu berlaku.

             Allahyarham Shahrizal Moksin...aku tak rapat pn dgn dia, kami sekampung dan dia memang tinggal di kampung. Tadika dulu pernahlah kami duduk sekelas. Sekolah menengah satu sekolah tapi x pernah sama kelas. Tapi En.Hubby kata dia rapat masa sekolah rendah. Ehh citer pasal sekolah plak...Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya di Pagoh. Kereta yang dipandunya berlanggar dgn lori tangki. Bagaimana kemalangan tu terjadi tidak pulak aku mendapat info. Tapi mengerikan kerana mangsa mati di tempat kejadian dan mengambil masa yg lama utk mengeluarkan mangsa. Rakan mangsa yg turut sama dilaporkan parah. Ni info dari adik bongsuku yg kebetulan balik kampung. Puas juga aku belek berita online kalau-kalau ada menyiarkan berita tersebut tetapi malangnya tiada. 

           Kepada kawan-kawan sedekahkanlah al-fatihah kepada Allahyarham semoga rohnya dicucuri rahmat. Kepada seluruh keluarga salam takziah, semoga tabah menghadapi ujian ini. Kepada semua berhati-hati di jalan raya kerana malang tak berbau. Tapi kalau memang dah tertulis begitu pengakhiran hayat kita itulah yg akan berlaku. Tuhan sahaja yg mengetahui....
    

Khamis, 29 September 2011

Balik kampung lagi...

            Entry yang lepas citer pasal kemeknya mr getzku kan...klu blum baca bole baca di sini. Erm bosan juga bila balik kampung dah macam patah kaki sbb takde transport nk bergerak...alahai kereta abah ada tp malu nk guna sentiasa....

             Tapi sabtu tu kami smpt juga meronda batu pahat-parit sulong.heheh kereta abah gaklaa yang aku gunakan..Sebaik hantar mr. getz kami pergilah shopping kt carrefour+parkson. Bukan apa mmg byk brg keperluan abes duk asik sibuk beraya...open house sana sini. Rumah pun dah tak terurus...

             Sempat gak potong rambut si kecik ku....tapi habes masa berjam nak memujuk dia. Kedai yg ketiga baru dia nak...itupun setelah diumpan macam-macam...hadoiii anakku nak diikat kemas rambut tu selalu tak nak. Bila balik dari sekolah bukan main cantik tapi dgn mama berserabut jek rambut. Bila suruh potong tak nak pulak. Tapi nasib baik akhirnya berjaya memujuk.....tgklaa hanis ni....

 gud gurl anak mama...diam aja menurut perintah walau sblm tu macam nak terjun bangunan duk protes tak nak potong rambut. Tapi ayah setia di sisi membelek magazine sambil bercerita supaya dia tak bosan...

opss mata hanis masuk rambut...hehe nak selesai dh tu...

hah ni laa umpannya. Binatang bergerak sambil menyanyi...abes beringgit2 gaklaa.....mama dah janji mama tunaikanlaa...sayang Hanis mama....

see rambut baru saya...still panjang tapi taklah nmpk begitu merimaskan...ikut mama nk lagi pendek tapi ayah tak bagi.....semua org tegur semakin nmpk bulat dan macam anak cina...heee tapi kurang nmpk cinanya kut sbb Hanis dah xcerah spt dulu....

            Aktiviti lain ape ye...duk rumah makan dan tido...teruk kan perangai...sambiln menanti panggilan telefon dr en. Pentong (nama glemer pemilik bengkel cat kereta). yeah mr getz kembali spt sebelumnya pd tghari ahad. Alhamdulillah. bebanyak kredit utk en Pentong.

            Sempat laa ke rumah mertua kebetulan kakak iparku yg di Sabah balik dgn new babynya...Hanis tgk cousin baru....tapi tak lama...kami nak balik kota tinggi.....xsempat plak nak snap gambar baby.....

sedapnya dapat makan rambutan terus dari pokoknya...ni aktiviti menarik gak nih....

         

Khamis, 22 September 2011

Kemek dan bercalar...

            Bagaimana title entry begitu jugalah hati ini....hehe hati ini jadi begini kerana ini.....lihat di bawah itu
             
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

mr getz ku perlu dimasukkan wad....wad yg dipilih mestilah di kampungku Pt Sulong.....huhu murah sikit. Harga kawan2....

             Bagaimana kejadian...alkisah last sunday beraya kt umah kakak ku waktu hujan yg sgt lepas dan dia arahkan en hubby ku utk parking dlm parking umahnya walaupun dah sedia ada kereta dia kt dlm tu....kami hanya menurut perintah dan mengikut saja arahan tgnnya. So kami yakin dpt lepas dgn selamat walaupun hatiku berdebar...tak semena2.....greeeettt!!!!(eeh cmni ke bunyinya) abis mr getz aku. En. hubby beriya meminta maaf melihat linangan air mata ku. Yelaa satu masa dulu aku pernah dpt title ratu hahhh...ratu apa ratu air mata laaa...nak salahkan en hubby ke?salahkan kakak aku kot....huhu xpelahh tgh cuba redha...dah memang bukan rezeki kot.

            Jum balik kampung Hanis rawat mr getz mama tu....alahai ada 6 kot majlis hari raya + rumah terbuka...minta maaf kawan2 dan jiran kami balik kampung...insyaAllah ada rezeki tahun dpn kami sampai....

Isnin, 12 September 2011

Marhaban ya Marhaban...

            Lamanya membisu...sibukkah aku. Sibuklah juga bila kerja kita akan dipantau dan disemak pada satu tarikh yg ditentukan...tapi taknak lah citer pasal kerja...bosannn. Raya...ooo ye Syawal belum berakhir. Seminggu beraya dikampung bila dah start keje beraya di rumah kita sendiri plak laa...jenguklah jiran tetangga, opismate...open house...

            Nak cite ni mlm tadi pengalaman pertama aku menyertai marhaban. Oleh kerana org baru di taman ni en. Hubby ckp "joinlah marhaban tu dahlah xkenal jiran tetangga pastu tak nak campur plak ngan aktiviti diorang" maka aku pn ikut serta laa marhaban yg ada lelaki+wanita+kanak-kanak...wah meriah bkn main, xmuat rumah. Tapi yg aku tak larat...abis membaca marhaban dan doa utk tuan rumah bergegas plak ke rumah seterusnya dan seterusnya. Weh xsempat aku nk meneguk air. Hanis plak sentiasa nak di depan...dia akan masuk umah seterusnya walaupun aku masih diluar...masuk umah ke lima aku dah rasa termengah2...umah ke 6 or ke 7 aku surrender...kepala pening ditambah pening bila hanis dah semakin menarik perhatian semua org...dan aku pn balik umah. Mintak maaf jiran tetanggaku aku xlarat...mlm lain aku sambung...tapi rumah kami ni jgn lupa singgah...

            InsyaAllah thn lain klu masa tu bkn dlm lingkungan morning sickness aku akan join marhaban dgn bilangan umah yg lebih byk...huhu harap2lah...Tapi marhaban ni sgt baik dpt mengiratkan persaudaraan sesama Islam....