Rabu, 13 Julai 2011

Abang Johari sakit...balik kampung

            Abang Johari adalah abang  aku. Dia dah berkahwin dan mempunyai seorang anak tinggal kt kampung.... Dpt SMS dari wife dia kata dia admitted wad kt Hospital Batu Pahat. Tapi perasaan aku taklah terkejut sgt sbb dia mmg dah melalui rutin dialisis 3 kali seminggu sebab buah pinggang yg dh tak berfungsi dgn baik. So aku beranggapan sakitnya mesti berkaitan dgn sakit yg sedia ada tu. Tapi xdptlah nak balik segera utk melawat memandangkan kejadian berlaku pd hari selasa. Lagipun lepas sehari abang dah boleh discharge. Ada masalah sikit kat jantung. Nak menerangkan dgn lebih lanjut pn xberapa nk reti...org medical bole citer laa kot....

             Tapi kami balik gak kampung sbb mmg dah hampir sebulan xbalik dan adik bongsuku yg belajar kt YPJ sibuk ajak balik kampung risaukan abg Johari. Jadi balik laa kampung petang Jumaat lps. Hanis bkn main suka nk jumpa nenek...lagi satu ada Pak Usu kan....sukalah dia ada kawan kan...Aku plak mmg ada byk agenda yg nk diselesaikan. Nak anta baju melayu en hubby utk dipakai raya nnti. ..En. hubby ni mmg tukang jahit dia adalah kedai Nari kt Pt sulong tu satu jek tmpt dia nk...yg lain dia xnk. Cerewet sungguh...Agenda ke2 nak jumpa tukang urut yg jadi mak bidan aku masa pantang.Aku plak nak berurut rasa badan ni xsedap selalu angin satu badan...mana laa tau lps berurut boleh ada rezeki anak...aminnn.. Agenda ke3 nak amik sample kuih raya kat adik ipar nk bisnes kt ofis kununnya. Dapatlah jumpa Ammar anak sedaraku tu...tapi susah benar nak dgr suara dia.

Singgah kt kedai mkn dpn Sek. Agama Pt Sulong. Mintak maaf xingat apa nama kedai tu. Teringat tom yamnya yg power jek. Sedap sehingga ke titisan terakhir kuhirup kuah tom yam tu...Hah trylaa nk rasa

Ni laa Ammar, org amik gambar dia berpaling memandang mamanya...geramlaa tgk mata besarnya.

           Kami ni dapat jumpa abg Johari pn sekejap jek sbb dia skrg tinggal dgn family mertua. So ptg sabtu dptlah jumpa. Tapi alhamdulillah nmpk sihat seperti biasa...cuma adalah plak ubat tambahan yg kena mkn. Abang ni perokok yg boleh dikategorikan kuat....So adakah disbbkan rokok penyakit ni boleh singgah padanya...ataupun pemakanan kita yg sekarang ni terlalu byk pengawet, pewarna dan perasa.... ntahlaa nntilaa ada masa try google search.....

          Moga cepatlah sembuh...dan yg sihat tu jaga lah kesihatan. Tapi aku ni dah semakin kembang kena jg jugak mkn.takot jugak penyakit dtg kt diri sendiri...konon nk menguruskan badan...tapi belum betul2 kuat azam...Tapi kena mesti kurussss......

2 ulasan:

  1. wew~tertempek tubuh ammar di sini...ngehehe....huhu,smoga abg selalu dlm keadaan baik2 aje kan....sama2 kita berdoa

    BalasPadam