Salam Ramadhan
Alhamdulillah....usiaku masih panjang dapatlah merasai lagi kenikmatan bulan yg mulia Ramadhan al-Mubarak. Ntahlah kenpa tahun ini diriku begitu teruja utk menyambut Ramadhan...mgkin sbb kami dah disatukan sbg 1 family yg lengkap. huhu dulu kurang lengkapnya kerana en. hubby kat selatan aku dan si kecik Hanis berada di Kuantan nun....Alhamdulillah sekali lagi kerana nikmat Tuhan yg tak terhingga. Yelaa kan tmpt isteri tu adalah di sisi suaminya. Bekerja adalah untuk keluarga tapi apalah ertinya jika keluarga berjauhan. Tapi doaku utk kawan2 yg berjauhan dgn suami atas tuntutan kerja...semoga sabar dan tabah melalui liku2 kehidupan.

Pesanan dari seorang guru supaya jgn hanya melihat bulan ramadhan ini hanya ibadah puasa sahaja. Maka jika kita telah berpuasa selama 30 hari maka kita telah selamat beribadah di bulan ini. Sebenarnya puasa ialah hanya salah satu dari ibadah yg di tuntut. Banyak lagi ibadah lain yg mesti dilakukan seperti membaca Al-Quran, menjamu orang berbuka wlpn dgn sebiji tamar, sedekahlah walaupun dgn hanya senyuman, qimmullail, bersahur dan menjaga segala anggota badan yg tujuh iaitu mata, telinga, tangan, lidah, faraj, kaki dan hati dari melakukan maksiat kepada Allah. InsyaAllah sama2lah kita menjaga diri kita supaya terpelihara diri kita dari menghampiri maksiat dan berlumba2 untuk melakukan ibadah.
Sesungguhnya bulan ini juga mengingatkan aku pada arwah ibuku. Ya Allah tempatkanlah ibuku bersama2 hambamu yg beriman. Kehilangannya pada hari umat Islam menyambut Nisfu Syaaban 6 thn yg lalu begitu menyentap hati dan jiwaku. Tapi aku redha Tuhan lebih menyayanginya. Apatah lagi Ramadhan yg bertandang amat memilukan. Rindunyaa aku Ya Allah....Huh sudah2 jgn sedih2 setiap yg terjadi ada hikmahnya.
Harini 1 Ramadhan...30 hari lagi nak raya...huhu aku ni mengalahkan anak aku rasanya. Sebelum raya byk misi yg aku nk selesaikan. harap2 tercapai. Misi iye jugak...tp jgn sampai lalai amal ibadah di bulan mulia ini. Nak tau apa misi aku...tunggu next episod ok... daa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan